As-Salam. Akhirnya sudah boleh tersenyum lebar lagi manis bergula pemilik blog Lyssasecret.com. Setelah bergelut dengan masalah domain, akhirnya blog ini kembali 'hidup' semula. Bagai pengsan diketuk kayu pemukul besbol, blog yang mempunyai ramai pengikut dan terkenal di kalangan blogger remaja ini kini sedang boleh berlari kembali.
Tahniah dan alhamdulillah.
Blog Terkenal Lyssasecret.com Selamat Kembali
Blogger Lyssa Faizureen akhirnya boleh merasa lega kerana domain Lyssasecret.com kembali nyawa di dunia maya. Untuk info, blog yang menyediakan banyak tutoril menarik untuk menghias blog ini telah hadapi masalah apabila nama domain lyssasecret.com telah tamat tempoh nyawanya. Anda boleh baca entri tersebut di sini - Blog Lyssa Faizureen (Lyssasecret.com) Berkubur?
Atas pertolongan beberapa rakan blogger, akhirnya Lyssa berjaya 'ambil' kembali nama domain yang dihadiahkan sempena satu kontes yang dimenangi. Arakian berlaku kejadian tak disangka ini adalah kerana nama domain yang terkenal ini didaftarkan oleh orang lain dan bukan oleh Lyssa sendiri, akibatnya tuan punya domain dan blog tak tahu menahu akan tamat tempoh domain.
Domain Tamat Tempoh Sah
Nama domain mempunyai tamat tempoh tertentu berdasarkan yuran yang dikenakan untuk satu-satu domain itu. Selalunya, harga domain seperti benashaari.com, tiffinbiru.com, denaihati.com, hasrulhassan.com dalam lingkungan RM30-40 setahun. Harga domain baru adalah berbeza ikut standard tertentu. Dan nama domain yang didaftarkan perlu diperbaharui dari semasa ke semasa mengikut terma yang ditetapkan semasa pembelian.
Blog ini HH daftarkan selama 2 tahun, dan nama domain ini telah dikunci untuk tidak dijual oleh sesiapa tanpa minta keizinan dari HH. Dan nama domain boleh berpindah dari satu pemilik ke satu pemilik lain dengan beberapa cara dan kaedah tertentu, atas makluman si pemilik domain.
Domain Popular Jadi Rebutan Bernilai Tinggi
Katakan satu hari nanti, ada orang nak beli nama domain hasrulhassan.com; jika kena tawaran harga ...mungkin akan dijual.
Kan. Boleh buat duit tu. Seandainya penjenamaan mantap telah dilakukan, maka orang akan berebut-rebut untuk dapat nama domain yang sudah establish.
Nasib baik blog Lyssa Faizureen ini tidak dimiliki oleh orang lain. Kalau tak, menangis tak berlagulah jawabnya.
Apapun, syabas dan tahniah kepada Lyssa kerana berjaya menimba satu pengalaman berharga di dalam dunia blog. Bukan semua orang boleh dapat pengalaman ini. Selagi kita tak mencuba, kita takkan tahu punya. Dapat pengalaman dan ilmu baru, mungkin nanti Lyssa Faizureen akan bercerita pengalamannya nanti.
Sepatutnya orang yang beli dulu tu sepatutnya kasi tukarlah email yang digunakan untuk memaklumkan tentang benda2 tu semua. Itu adalah salah satu kesilapan yang saya nampak. Sebab dulu saya pun ada juga belikan domain untuk orang lain. Tapi saya suruh orang tu create email sendiri dan masa beli saya akan buh detail orang yang saya tolong tu. so apa2 hal berlaku, owner domain boleh alert dengan perkembangan terkini domain mereka sendiri walaupun 3rd party yang belikan.
ReplyDeletefuhh..bahaya jgk domain free ni klau xkene cara hndlenya.!
ReplyDeletesegala penat lelah lesap gitu jee
mujurlah da OK balik blog lyssa tu..:D
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Rezeki masih ada pada dia..
ReplyDeletepuhh!! nasib baik...susah gan nak contact beliau..
ReplyDeleteyeahhh Alhamdulillah :)
ReplyDeleteassalamualaikum hh... patut la hari tu x boleh buka blog lyssa ni skg dah okay...:)
ReplyDeleteBaguslah...kesian Lyssa..payah juga ya bile domain ni dapat kerana hadiah
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.