As-Salam. Bayangkan penduduk dunia yang mengenal akan bahasa arab. Dan bayangkan seandainya blog anda, ditulis dengan bahasa arab. Dan bayangkan blog anda yang berbahasa arab menjadi pilihan nombor satu! Best kan?

Bahasa arab bukan bahasa biasa. Ia adalah bahasa Al Quran. Orang yang pandai, bijak dan mahir dalam bahasa arab, tentu tiada masalah untuk fahami maksud ayat di dalam Al Quran. Bahasa arab berada di dalam ranking keenam bahasa dunia, dan dianggarkan lebih daripada 186 juta menuturkan bahasa arab (statistik 2011)

Tentu anda mahu tahu statistik berkaitan pengguna internet yang menggunakan bahasa arab ini. Jadual di bawah menunjukkan statistik berkaitan pengguna internet yang menggunakan bahasa arab. Lihat jumlah, perghhhh ...memang banyak. Bayangkan angka itu memberikan pulangan trafik hebat kepada blog anda.




Sebenarnya tidak susah mana pun untuk belajar bahasa arab. Di internet sendiri ada tutorial mudah untuk mempelajarinya. Cuma kita, terutama HH yang mungkin kurang ambil peduli dan kesah mengenai bahasa yang boleh meningkatkan metod penyampaian dalam blog ini.

Bahasa memang main peranan penting untuk menjana trafik ke blog. Jika anda tidak menggunakan bahasa yang betul dalam blog, maka agak sukar untuk menerima trafik yang betul-betul mantap - dari seluruh dunia.

Rakan blogger BloggerSentral adalah contoh terbaik bagaimana bahasa menjadikan blog tersebut laris di enjin carian. Bukan blogger Malaysia sahaja yang merujuk ke blog hebat ini, malah seluruh dunia singgah dan mencari entri berkaitan tutorial, tips dan panduan mengenai blog. Dikenali, bukan setakat di Malaysia, Indonesia tetapi sehingga ke India, Amerika Syarikat dan banyak lagi.

Maka, rakan blogger yang HH hormati, bahasa itu penting dalam penyampaian. Untuk menyebarkan ilmu, informasi, cubalah untuk kuasai atau setidaknya menggunakan peluang mempelbagaikan bahasa dalam blog - kecualilah anda meletakkan translator dalam blog.

Alangkah bagus andai ada blogger Malaysia buat blog dalam bahasa arab!

Kredit: Internet World Stats

14 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. susahnya nak buat bahasa arab walaupun ada blajar...hehe

    ReplyDelete
  2. Saya sedang buat assignment bina laman web. Kawan-kawan lain semua buat subjek mereka dalam bahasa Melayu. Saya je sorang buat dlm bhs arab. huhu... macam tak pandai je tapi nak usahakan juga. Bukan senang tu...

    ReplyDelete
  3. apa lagi bro, sila buat satu blog bahasa arab..

    ReplyDelete
  4. saya pernah belajar bahasa Arab tahun lepas tapi tak boleh la HH. Mungkin sebab masa tu saya belajar bahasa Korea sekali..so dah confuse

    ReplyDelete
  5. HH ayat ini umpama suatu cbrn kan ? Hehe - Alangkah bagus andai ada blogger Malaysia buat blog dalam bahasa arab! oh alangkah bagusnya :)

    ReplyDelete
  6. tulis je dalam bahasa melayu, pastu translate n publish. Rasanya pun boleh kot..

    ReplyDelete
  7. HH pernah belajar sikit bahasa Arab ni, wife mungkin lebih tahu sbb dia belajar dari f1-f5.

    ReplyDelete
  8. Hmm ada kata bahasa arab ni susah ...:)

    ReplyDelete
  9. Hmmm ... nak kena cari keyboard bahasa arab dulu tuan @a6789c32ee128219ebec3c93933ae031:disqus

    ReplyDelete
  10. Wow .. hebat, menarik sekali. Satu usaha yang baik dan murni.

    ReplyDelete
  11. Ohh tau bahasa arab, wahh bagus dan beruntungnya @facebook-1360958390:disqus

    ReplyDelete
  12. Hmm ... pernah cuba ... tapi tak menjadi la ..kena gelak lagi adalah sbb maksud ada lari ...dia macam english ... ada present tense plural bagai...

    ReplyDelete
  13. sebab di sekolah kebetulan mengajar subjek b. arab. Terpanggil pula nak cuba buat 1 kelainan. doakan sy berjaya ya. Terima kasih SIFU

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement