As-Salam. Ramai antara kita yang bekerja di luar negara, dan mereka termasuklah blogger Malaysia. Ya, memang ramai blogger yang sedang bekerja atau menetap di luar negara. Kepada blogger yang berada di luar Malaysia, dinasihatkan anda untuk muat turun borang permohonan undi pos PRU13. Itupun, seandainya anda mahu terbabit dalam mencorak kepimpinan dan masa depan negara dalam Pilihanraya Umum 13 (PRU).
Permohonan Undi Pos PRU13 Blogger Luar Negara
Muat turun borang permohonan undi pos PRU13 ini boleh didapati menerusi laman sesawang khas untuk Pilihanraya Umum ke 13. Ia merupakan borang 1B untuk warganegara Malaysia yang berada di luar negara, samada sedang bekerja ataupun belajar.
Ia diberikan secara percuma dan mesti diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Namun begitu, untuk muat turun borang ini dan seterusnya memohon untuk melakukan undi pos, anda seharusnya terlebih dahulu telah semak samada anda merupakan pengundi berdaftar atau tidak bagi tahun 2013.
Garis Panduan Isi Borang Permohonan Undi Pos PRU13
Syarat dan garis panduan am untuk memohon borang 1B - Borang Permohonan Undi Pos PRU13 ini boleh anda dapati di sini - Panduan Mengisi Borang 1B
Contoh Borang Permohonan Undi Pos PRU13
Contoh borang 1B yang lengkap diisi boleh anda rujuk di sini - Contoh Lengkap Pengisian Borang Undi Pos PRU13
Jangan tunggu lagi. Cepat bertindak sekarang dan jadilah pengundi berdaftar. Pohon melakukan undi pos andai anda berada di luar negara. Muat turun borang permohonan undi pos PRU13 sekarang di pautan ini - Muat Turun Borang Permohonan Undi Pos Pilihanraya ke 13 (PRU13)
tak seronok bro...tak puas dan tak rasa sendiri kehangatan waktu mengundi tu.....
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.