As-Salam. "Entri ini adalah entri terbaik daripada saya"; kata seorang blogger tak berapa nak kacak dengan rambut ramos terjuntai di dahi. "Aku dah buat entri paling best untuk korang, pasti korang suka baca ..."; seru dengan nada bangga seorang blogger kecil molek manis senyuman.

Buat entri untuk blog, untuk bacaan orang lain dengan buat entri untuk kepuasan diri sendiri adalah dua perkara yang ada sedikit perbezaan. Anda mungkin tulis entri yang telah memuaskan diri sendiri, tetapi mungkin tidak semua pengunjung blog anda akan suka dan baca entri tersebut.

Entri terhasil disebabkan atas permintaan adalah contoh untuk membuat entri terbaik untuk orang lain. Yelah, macam ada request tertentu dari beberapa pengunjung blog minta buat entri tentang resepi Durian Crepe atau mungkin minta anda buatkan entri bagaimana nak buat pelangi muncul atas header blog.... anda terpaksa menulis entri tersebut untuk memuaskan hati pengunjung setia blog anda, yelah ... tanpa mereka, blog anda mungkin tidak dibaca.

Antara Permintaan dan Kepuasan Diri

Semput dan tersepit antara permintaan dan untuk kepuasan diri. Namun, dua perkara ini boleh disulam andai ia tidak lari dengan minat dan kecenderungan anda.

HH nampak ada blog-blog tutorial yang tidak hari-hari buat entri mengenai tutorial buat itu dan ini. Ada kala, ada masa blogger tersebut akan buat entri yang agak lain sedikit, mungkin bercerita tentang pengalaman bersama blogger lain dan sebagainya.

HH juga pernah baca ada blogger yang terkenal dengan blog masakan, tetiba muncul entri yang menusuk kalbu.

Bagaimana tulis entri yang puaskan diri sendiri dan puaskan hati orang lain? Hmm tak susah sebenarnya... anda tulis sahaja apa yang anda dah biasa tulis, kerana kadangkala kepuasan itu datang kemudian selepas ada pengunjung berkata; "Wahh bestlah entri ni, saya suka baca .... terima kasih sebab kongsi.." di dalam ruang komen.

7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Yelah, betul la tu. kepuasan utk diri sendiri & org lain tu perkara yang berbeza..
    Hanya dengan membaca pun kadang2 mampu buatkan kita tersenyum senang & puas. Menulis utk diri sendiri -ya & masih tetap mengharapkan org lain senang dgn apa yg dibaca walaupun hakikatnya kita tak mampu nak puaskan hati semua pihak..


    ~terima kasih utk entri ni HH

    ReplyDelete
  2. Wahh bestlah entri ni, Abe suka baca .... terima kasih sebab kongsi..

    ReplyDelete
  3. SUka (LIKE) la ehh? mekasih @google-3cbe62b4ce152ed628141d72f6c98c19:disqus .... tadi ada sasul sebut Que Haidar

    ReplyDelete
  4. Suka ayat ' tulis apa yang biasa kita tulis'.....

    ReplyDelete
  5. betul.... buat entry utk org lain........ mereka yg menilai.........bukan entry syok sendiri...... kekadang kita tak tahu penilaian org lain.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement