As-Salam. Twitter merupakan antara media sosial yang terbukti mempunyai impak tersendiri. Bagi seorang blogger, Twitter boleh dijadikan sebagai sebuah tapak untuk berinteraksi dengan pengikut (follower) blog. Selain itu, ia merupakan media sosial yang dapat mempromosikan penjenamaan blog menerusi katakunci atau hashtag (#) tertentu.
Kaedah Penjenamaan Blog Menerusi Twitter
Jika anda mahu Twitter melakukan penjenamaan untuk blog anda, pertama sekali, anda perlulah mempunyai akaun Twitter yang membawa jenama blog anda itu sendiri. Caranya ialah dengan menggunakan nama login Twitter dengan nama blog anda, contohnya hasrulhassan.com.
Profil di dalam Twitter mesti dilengkapi dengan pautan ke blog anda. Jangan lupa tagline blog untuk dimasukkan dalam profil anda.
Dan apabila anda tweet sesuatu menerusi media sosial ini, cuba letakkan hashtag (#) yang menunjukkan atau menjadi tanda (marking) ia adalah dari blog anda. Sebagai contoh, seandainya HH Tweet sesuatu menerusi blog atau berkaitan blog, HH akan menggunakan hashtag (#) #panduanblogger.
Penggunaan hashtag (#) ini akan membolehkan entri-entri daripada blog dapat dikumpulkan menerusi satu hashtag lalu memberikan satu bentuk impak penjenamaan bagi blog anda di laman sosial Twitter. Apabila mana-mana pengguna cuba mencari tag, katakunci tertentu menerusi Twitter, maka tweet berkaitan akan dipaparkan berdasarkan hashtag tadi.
Tweet Entri Berkaitan Dari Blog Lain
Manfaatkan penggunaan Twitter ini untuk menjenama blog anda. Oh ya, anda tidak semestinya tweet entri-entri anda (dari blog) sahaja untuk bina jenama anda di laman sosial, tetapi anda boleh juga tweet entri-entri di blog orang lain yang ada kaitan atau sama niche (tema) dengan blog anda. Yang penting, HH sarankan anda gunakan hashtag tadi.
Ini merupakan antara langkah untuk anda membina jenama blog menerusi Twitter. Lihat sahaja bagaimana Ben Ashaari, Denaihati dan ramai lagi blogger yang membina jenama menerusi laman sosial Twitter ini.
Oh ya, anda juga dapat menjana pendapatan menerusi laman sosial Twitter ini menerusi Churp Churp dan SAYS Malaysia. Dan jika anda mempunyai ramai pengikut di Twitter, anda boleh ambil peluang jana pendapatan $USD dengan Sponsored Tweets yang memang lumayan.
Saya lebih gemar menggunakan twitter cuma sejak akhir-akhir ini mula aktif dengan FB kerana sumber trafik. Twitter bagus untuk positioning google 1st page.
ReplyDeleteremy takde twitter.....nak kena bukak lah camnie...
ReplyDeletenampaknya kena aktif baliklah pakai twitter lepas ni
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.