As-Salam. Ramai yang kadangkala penih kepala mengenai kata kunci yang sesuai untuk sesebuah entri mahupun blog bagi tujuan pendekatan SEO (Search Engine Optimization). Pada yang tak tahu apa itu SEO, cukuplah anda tahu tujuan SEO itu. SEO adalah untuk membolehkan blog anda menerima trafik unik menerusi enjin carian seperti Google, Bing, Yahoo Search dan pelbagai lagi. Ia penting andai mahu blog anda memperoleh trafik di kala anda tiada entri baru diterbitkan.

Dalam SEO, pemilihan kata kunci adalah sangat penting. Memilih kata kunci yang betul dan tepat akan membolehkan anda menerima trafik ke blog tanpa disangka. Persoalannya, katakunci yang bagaimana yang bagus untuk diaplikasikan - katakunci pendek atau katakunci panjang?

Maksud Katakunci (Keyword) Pendek - Panjang

Kata kunci pendek adalah katakunci (keyword) yang menggunakan kurang daripada 3 patah perkataan. Seperti contoh; iPhone5 Gadget Impian atau Lelaki Kacak

Manakala kata kunci yang panjang melibatkan lebih daripada 3 patah perkataan seperti 10 Blog Pilihan 2013 atau 10 Blogger Terbaik Malaysia.

Dengan katakunci ini, apabila seseorang pengguna internet menaip perkataan katakunci tadi. Maka akan terpangpanglah url atau link ke blog kita. Cuba lihat contoh ini. dengan katakunci 10 Blogger Terbaik Malaysia:


Guna Katakunci Panjang Dapatkan Trafik Unik

Seandainya anda mahu bersaing di dalam dunia SEO, HH nasihatkan anda menggunakan katakunci yang lebih panjang, tetapi tidak terlalu panjang. Ini adalah kerana, apabila penggunaan kata kunci terlalu pendek, ia menjurus kepada satu perkara yang terlalu am, dan tidak spesifik.

Penggunaan katakunci yang lebih dari 3 perkataan adalah kata kunci yang nampak lebih lengkap, lebih tertumpu dan menjurus kepada entri yang tepat dan benar-benar berkualiti. Ini adalah kerana ia lebih kepada apa yang dicari.

Contohnya:

Kata kunci pendek - Kisah Kucing
Kata kunci panjang - Kisah Kucing Comel - Kisah Kucing Comel Bermata Biru, Kisah Kucing Comel Berkawan Dengan Burung, Kisah Kucing Comel Ajaib, Kisah Penjagaan Kucing, Cara Jaga Kucing Comel

Antara variasi katakunci yang boleh diletakkan bagi sebuah blog yang ceritakan mengenai kucing. Dengan katakunci panjang yang lebih terumpuk, anda bukan sahaja mendapat trafik berkualiti, tetapi juga mungkin akan membina backlinks serta kredibiliti blog anda.

Tak ke best kalau bila ada orang nak cari tentang kucing, mereka akan rujuk blog anda?

19 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. yeah.. setuju amat....

    BalasPadam
  2. hihi...btol2..kata kunci mmg sgt pnting :)

    BalasPadam
  3. bila bab kata kunci je, fyna memang failed. tak paham. nak panjang ke nak pendek. nice entri abg HH nih.

    BalasPadam
  4. salam bro... lama x singgah sini


    bagi blog yang ingin menangkap trafik dari search engine, keyword sememangnya memainkan peranan penting :)

    BalasPadam
  5. menarik info nie..terima kasih :)

    dkna baru cuba kata kunci 'senarai persiapan majlis perkahwinan' tak pasti ini menepati citarasa seo ke tak :)

    BalasPadam
  6. stuju..mmg teruja bila dpt trafik dr search engine!
    tp sy kekadang je dpt hehe!!

    BalasPadam
  7. wah... tambah semangat nak tulis tajuk panjang-panjang... :D

    BalasPadam
  8. Kalau dulu jarang nak guna kata kunci yang betul. Pakai taram je. Sejak baca blog HH, saya tahu sikit2 pasal seo..terima kasih. ^___^

    BalasPadam
  9. Bila kita tahu gunakan, kita akan lebih menghargainya.

    BalasPadam
  10. Memang awalnya pun, saya sendiri pun bengap (anda tak). Tapi atas usaha sendiri dan pertolongan rakan blogger yang lebih tahu .. dapat jugalah tempias sikit2 soal SEO ni.

    BalasPadam
  11. Hmm jangan pilih kata kunci hot je, kata kunci tak hot pun berbaloi gak

    BalasPadam
  12. @google-b4ead0f8c1cfeb18fb3106fb9b12fe97:disqus .. lama tak nampak .. :)

    BalasPadam
  13. Kekadang dapat lebih baik dari tak dapat langsung .. kan kan?

    BalasPadam
  14. Hehehe.. dah try guna kata kunci tu tadi .. nampaknya ada rakan blogger lain lebih dahulu buat kata kunci tu ...

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah, saya sangat suka mengetahui perkara ini. Moga apa yang dipelajari akan diberkati, dan mungkin satu hari nanti, anda boleh ajari yang lain untuk ketahui pasal guna kata kunci ini.

    BalasPadam
  16. assalamualaikum hh...memang dah gunakan info dari hh ini memang berkesan la...suka sangat...:)

    BalasPadam
  17. saya masih lagi dalam usaha untuk mendalami SEO. memang best bila ada artikel yang masih dibaca walaupun ianya ditulis 3 tahun dulu hanya kerana SEO

    BalasPadam
  18. Panduan yang menarik.
    Trimas bro HH

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement