As-Salam. HH berani cakap kepuasan setiap orang dalam dunia blog Malaysia adalah berbeza. Mungkin kata di mulut lain, tapi hati cakap sebaliknya. Ada yang melihat kepuasan berblog ini adalah menerusi jumlah pengikut. Ada yang berkata mereka puas bila setiap entri dalam blog ada yang tinggalkan komen.
Dan ramai yang sipu-sipu kata, puas hati ada blog sebab blog dah berjaya jana pendapatan sampai dapat beli telefon bimbit sendiri tanpa nyusahkan mak pak, adik kakak, suami isteri. HH nampak, walaupun mereka tak kata ... menerusi entri yang dipaparkan dalam blog, sudah boleh tahu apakah yang sebenar memuaskan hati.
Jika dilihat, ada rakan blogger akan buat entri pendapatan menerusi Nuffnang ... saban bulan pasti ada. Itu tandanya nilai kepuasan berblognya adalah kerana blog memberikan hasil dari segi kewangan.
Ada yang suka tempelkan bilangan pengikut apabila dah cecah beribu riban. Buat entri mengenai jumlah pengikut yang bertambah.
Salah? Tak salah pun. Ia sebenarnya satu perakuan akan pencapaian blog. Bukan mudah. Sesekali menyatakan kejayaan dalam blog adalah antara luahan kepuasan. Dan ia juga boleh jadi pemangkin untuk blogger lain berusaha mencapainya. Malahan, ia sebenarnya menjadi katalis (perghhh ayat!!!) .... untuk empunya blog terus berblog.
Seperti HH katakan, kepuasan berblog adalah berbeza. Ada rakan blogger dah cukup puas hanya kerana dah berjaya tulis 1-3 entri sehari - walaupun dia tahu, blognya kurang pembaca. Apatah lagi mengharapkan jumlah pengikut.
memang lain citarasa kepuasan berblog,yg menarik blog hebat dari segi ramainya pengunjung berbanding pengikut..mana utamanya...)
ReplyDeletepuas!!!!
ReplyDeleteremy puas..... sebab byk support dari rakan2 blogger lain......
ReplyDeleteAssalamualaikum hh....ramai kekawan yg sokong...
ReplyDeleteKepuasan berblog akan terhasil jika ada pulangan dari segi wang.Wang bukanlah segala-galanya namun tiada wang mana mungkin dapat berblog.
ReplyDeleteMASING-MASING MEMPUNYAI KEPUASAN BERBEZA..
ReplyDeletestuju..setiap org dgn mtlamat masing2.
ReplyDeletep/s:2 kuntum bnga kat blkg bro dlm gmbr tu nmpk menarik hehehe!!
saya puas ada pembaca...cukup dah...
ReplyDeletekpuasan berbeza antara kita. yg penting menulis dgn ikhlas. yg penting ada yg sudi baca. penulis amnya akn mrasa puas jika hasil karya dia dimenafaat. ada yg baca artikel wlpn xramai, tp sudah ckup rasa bangga klu ada yg ckp, "sy baca blog awk !"wlpn yg ckp tu sorang je dlm rmai2 tu..
ReplyDeletesalam,,
ReplyDeletesaya kena dengan ayat yang last sekali
"Ada rakan blogger dah cukup puas hanya kerana dah berjaya tulis 1-3 entri sehari - walaupun dia tahu, blognya kurang pembaca. Apatah lagi mengharapkan jumlah pengikut."
saya, ada email mengenai blog saya, jika ada masa bolehlah jenguk..huhu..tq
kepuasan berblog berbeza mengikut individu..ermm memang jadi catalyst (hahha nak gelak baca word ni tdi) untuk berbelog lah hehe http://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/
ReplyDeletePendefinisian puas memang banyak.. Setiap blogger mempunyai maksud puas yang tersendiri.. ada macam2 jenis puas.. HH dh listkan jenis2 puas tersebut..hehe
ReplyDeletehmm berfikir-fikir di manakah kepuasan berblog saya :)
ReplyDeleteSalam HH,
ReplyDeleteKepuasan berbelog ini sebenarnya mengikut nawaitu apa sebenarnya motif blog anda di wujudkan...Andai motif anda tercapai, pasti kepuasan tercapai!
Anda puas sekarang? Tepuk dada sendiri jawab ye...
sy puas bila tgk trafik ada pengunjung dr pelbagai negeri & tmpat dtg ke blog sy....bila certain entri capai ribuan pembaca lg la sy rasa puas...ada org baca my writing...yeehhaa !!
ReplyDeletesaya puas jika informasi dan ilmu yg saya sampaikan dipraktikkan oleh pembaca
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.