As-Salam. Luahkan segala benda, tak payah tutup-tutup atau nak bermain kata kiasan. Lupakan soal kemaluan orang lain, yang penting adalah anda telah menulis segala benda yang terbuku di hati, biar semua orang tahu apa yang dah lama anda pendam. Tulis ikut apa yang dirasakan, tak perlu malu, tak perlu segan. Persetankan dengan apa orang nak kata ... sebab ini adalah penulisan paling ikhlas yang anda pernah buat!

Geleng kepala. Ya, tulisan anda adalah luahan kata apa yang tersirat dan tersurat. Anda memang berhak nak luah segala benda biar satu dunia tahu. Ya, anda mahu berlaku jujur dan ikhlas dalam memberikan pendapat.

Memang Seronok Tulis Ikut Nafsu

Tapi, apabila anda menulis ikut sedap rasa, ikut sedap hati, ikut hawa nafsu, mana arah tujuan penulisan anda itu? Memang seronok menulis begini. Cuma, jangan terpedaya dengan bisikan Syaitan dan Iblis. Makhluk tuhan yang dilaknat ini sering sahaja cuba memesong diri kita. Mungkin anda boleh menulis apa sahaja, dengan bersandarkan bahawa anda cuba mahu menegakkan kebenaran, mahu menulis seikhlas dan sejujur mungkin. Itu hanya alasan yang dibisikan kepada anda.

Sifat marah dalam penulisan entri


Kita manusia ada akal. Disebabkan akal itulah, kita boleh berpakaian lengkap ke pasar malam. Dek kerana akal jugalah, anda akan makan nasi dengan tangan dan bukan dengan kaki.

HH bukan mahu melarang anda untuk tulis luahan rasa, tetapi berpada dan ingat akan pesanan Nabi Muhammad S.A.W. Kita sesama umat, perlu saling hormat-menghormati, perlu jaga aib sesama saudara seagama. Atas dasar kalimah yang satu, kita seharusnya mendidik diri dan orang lain dengan penulisan berhemah kita. Bukan menulis ikut rasa dan nafsu yang sering membawa padah di penghujungnya.

Ya, kita bukan Nabi. Namun, kita ini dilahirkan dalam keadaan ada agama, ada pegangan. Maka, berpeganglah ... bukan main sentuh-sentuh. Kita sudah ada kitab yang boleh pandu kita. Dalam tu dah tertulis banyak perkara dan pengajaran lampau.

Jadilah seperti Hassan bin Thabit yang bijak dalam bersyair. Dengan kata-kata indah, syair dialunkan meruntunkan jiwa dan melembutkan hati. Bukan syair mengutuk mengata atau mengeji, apatah lagi menyebar fitnah. Syairnya membakar dan menaikkan semangat untuk tujuan murni.

Tepuk dahi dan fikirkan.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kalau terlebih ikut nafsu....... buruk padahnya....kerana kata2 tak boleh diundur..apatah lagi kalau yg menyentuh perihal peribadi dan juga agama.......

    ReplyDelete
  2. Betul tu.. Kerana mulut/taip di keyboard badan binasa..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement