As-Salam. Maakkkkk ... terkejut! Dah la buat blogwalking malam hari, speaker komputer tak tutup. Anak yang dok sebelah pun leh terjaga. Mana taknya, tetiba masuk blog tu ... ada muzik dok terus berlagu. Dok cari-cari juga butang nak pangkah muzik .... errr mana mana ... tak jumpa, yang dengar Kosong ... Kosong .... tanpa buang masa, terus je klik pangkah.
Muzik Dalam Blog
Muzik dalam blog. Hmm .... ramai blogger, terutama blogger remaja, blogger baru, yang suka letakkan widget lagu dalam blog. Masuk blog je pasti akan berlagu. Tanpa suruh.
HH masuk dalam kereta pun nak dengar lagu kena tekan butang play dulu. Bukan automatik walaupun masuk ke dalam kereta jenis automatik kepunyaan isteri. Ada pilihan diberi.
Tolong jangan paksa pengunjung untuk suka. Bukan semua orang suka dengar lagu sebegitu. Alangkah baiknya kalau ada butang tutup. Berikan pilihan, bukan paksa pengunjung tercari-cari butang close di tengah malam hari tatkala sedang asyik blogwalking.
Isu Lama Tidak Ambil Peduli
Bukan isu baru. Dah lama dah buka. Cuma mungkin ada yang kurang ambil tahu. Kurang nak prihatin. Blogger remaja lebih suka layan sendiri-sendiri sahaja. Nah ... bila blog tak ada orang baca, tak ada komen singgah, mulalah keluh kesah, lepas tu tulis entri bajet kesian. Hmm salah sendiri, jadi betulkan sendiri.
Berikan Pilihan Buat Pengunjung
HH pun pernah remaja. Tahu jiwa remaja macam mana. Cuma mungkin yang beza adalah dulu, jiwa remaja HH berkonsep rock ..... heehehe..... walaupun ada rock kapak dan rock jiwang, tapi tak adalah suruh orang lain untuk suka apa yang HH suka. Pilihan diberikan. Weihhh... HH juga dengar lagu keroncong dan lagu pop, layan gak lagu Shima, Zaiton Sameon dan lagu Noorkumalasari. Agak-agak tak suka, tutup radio, tekan stop!
Masuk blog ada lagu, buat sesetengah pengunjung agak kurang senang. Mungkin pada anda, macam tak ada apa masalah. Jika mahu blog anda diterjah orang lain, jadi sediakan keselesaan buat orang lain, bukan untuk susahkan.
Fikir. Tentu anda tidak mahu masuk ke rumah yang syaratkan anda untuk buka baju! Buka baju? Oppss ... tak suka kan? Tentu tak mahu masuk ye tak? Kalau masuk pun (lelaki) ... mungkin itu kali terakhir anda kan pergi ke rumah tu.
p.s: Contoh melampau ... hehehe... apa nak buat, tetiba idea jadi blank.
Sy skrg mmg off je speaker laptop sbb takmo tiba2 dia mnjerit....kkdg2 sndri yg terperanjat tau bila bukak blog ada lagu nih..
ReplyDeletehihihi...good komentar. terkena batang hidung sendiri. Blog saya ada lagu tapi mmg tak semua orang suka...tahu..tapi tak tau nak buat camne nak letak button stop tu. ajar ekk.. thank you.
ReplyDeleteOppss...blog saya ada lagu la HH tp button stop sentiasa terbuka even saya sendiri pun tekan button stop bila buka blog sendiri..hahaha
ReplyDeletehaha tu lah terkejut gk dgn contoh tu.. hihi. emm betul2 tlg la bg pilihan , xlarat nk bw kalo bukak tab 4, empat4 pasang muzik *pengsan*
ReplyDeleteAs Salam, tau tak per. Ada muzik tak per laie. Yang tak tahannya tu, tak jumpa kat mana muzik tu and tak jumpapun button close. Last-last blog hang yang kena close. kan rugi cam tu.
ReplyDeleteslalu gk kene mcm ni...pangkah trus sng...hehe
ReplyDeleteAJ pun tak suka masuk blog berlagu2 ni...
ReplyDeleteNak pulak bila bukak banyak2 tab & kebanyakkannya ada lagu..
Kadang starting lagu dah buat kita hampir sakit jantung sebab terkejut......
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.