As-Salam. Luahan blogger, nak kata baru tidak juga ... dah lebih setahun pun berblog. Katanya; "Payah betul bang nak dapat pembaca setia" ... ya, memang sukar sekarang ni. Untung mereka yang dah punyai blog sejak 2007. Untung mereka yang telah berusaha memajukan blog sejak dari itu untuk menempatkan diri dalam dunia blog Malaysia ini.

"Bro, gua dah ada blog sejak 2010 .... followers blog tak sampai pun 200 .... nak kata pengunjung setia ... pembaca setia lagilah tak mandang ...susah rupanya eh Bro, kasik tips la Bro!".

Sukar kalau kita merasakan ianya sukar. Seperti mana yang pernah HH katakan, ia bukan perkara yang datang secepat kilat lepas kita berblog. HH sendiri berblog sejak 2007-2008, tetapi blog mula dapat perhatian pada akhir 2010.

Macam-macam tips, petua dibuat. Ada yang menjadi, ada yang tak menjadi. Walaupun awal-awal macam nak mengalah, tetapi tetap diteruskan juga. Dan alhamdulillah, ada ramai rakan blogger yang support dan sokong. Dan kini, mereka juga dah berjaya dengan bilangan pengikut blog yang ramai, dengan pembaca setia yang kian meningkat setiap hari.

Apa yang HH nampak ialah cara penulisan dalam blog. Kalau nak dapatkan pembaca setia, anda perlu kaji penulisan entri anda dalam blog. Lihat mana entri yang paling banyak dikomen dan disukai, maka kumpulkan ia lalu jadikan ia sebagai satu template entri anda yang akan datang.

Template ini bermaksud anda jadikan entri-entri kegemaran ramai itu sebagai satu panduan bagaimana anda perlu menulis dan buat entri baru dalam blog.

Untuk dapatkan sokongan dari rakan blogger lain, maka anda juga harus dan perlu menyokong mereka. In Sya Allah, akan nampak hasilnya nanti.

Lagi satu, dari pengalaman HH .... apabila blog sudah ada sokongan sedikit dari rakan blogger, bila ada nampak blog anda sudah ada pertambahan pengikut blog, maka perlu pastikan blog sentiasa update dengan entri terbaru. Usaha untuk menghasilkan entri-entri yang telah HH katakan di awal entri ini tadi.


18 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. assalamualaikum hh...yer betul tu memang kena bersusah payah dulu barulah ramai yg dtg ke blog kita...semangat perlu adakan...:)

    BalasPadam
  2. betul tu, kene rajin update

    BalasPadam
  3. Abe mula berblog sejak awal bulan 4 Mei 2012. Alhamdulillah, berkat tak putus asa selalu update Blog, hasilnya baik & memberangsangkan. JANJI KENA RAJIN UPDATE, hehehhee

    http://www.queachmad.com/2013/01/sahabat-yang-dilarang-itu-juga.html

    http://quereka.blogspot.com/2012/12/rumah-que-syurga-que-rumahku-syurgaku.html

    BalasPadam
  4. Tips yang berguna.. tq

    BalasPadam
  5. memang sangat payah.. Tapi kalau kt berusaha InsyaAllah akan dapat.. :)

    BalasPadam
  6. Macam @82bd1d46d5af13f92825cba29b543b0e:disqus .... blog makin ramai yang baca .... fuhh jeles jeles ..

    BalasPadam
  7. Terima kasih kerana kesudian anda membaca dan mendapatkan tips dari blog ini.

    BalasPadam
  8. Ya .. semangat semangat .. sampai badan pun jadi semangat sangat2 dah ni .. tu pakai korset ... hahahaha

    BalasPadam
  9. Salam...che mat sebagai blogger masakan sejak 2007, agak makan masa juga untuk mendapat pengunjung setia. Masalah blogger masakan, bila anda letak entri menu yang sama berulang kali, maka pengunjung lama yang kerap masuk akan rasa bosan...Cuma satu jelah, untuk mendapat pembaca setia, kita tak boleh 'paksa' mereka, tapi kita boleh 'memikat' mereka....

    CATATAN MAT GEBU : Kenapa che mat mula menggemari 'cerita2' dalam blog HH ni yea?..hmmmmm ....

    BalasPadam
  10. As Salam,

    Pembaca setia memang susahlah nak diperolehi. Ini kerana pembaca setia akan wujud bila adanya revisit visitor (betul ke ayat ni?..hehehe). Sebenarnya jangan difikir sangat pasal loyal reader. As long ada trafik/kunjungan ke blog, itu sudah memadai sebenarnya. Kerna itu adalah permulaan kepada revisit visitor.



    Sebenarnya apa yang ditulis adalah kunci kepada mewujudkan loyal reader. Yalah, orang datang ke blog kita mestilah nak membacakan. Tapi kalau orang datang ke blog kita. Tapi blog pula tiada isi yang mempunyai "HIGH VALUE", bagaimana nak terciptanya "LOYAL VISITOR"? and 1 lagi. Bila kita nak menghasilkan sesuatu penulisan. Kita harus titik beratkan "INFO" yang ada didalam artikel tersebut. Tanya pada diri, artikel ni berbaloi tak untuk dibaca?


    And the most important. Elakkan penggunaan short form dan typo yang terlalu kerap dan disengajakan ketika menaip sesuatu artikel. Sometimes orang kita ni bila menulis artikel. Suka sangat menggunakan short form yang adakalanya membuatkan pembaca rimas nak membaca dek kebosanan sebab tak faham apa yang penulis cuba nak sampaikan. Yeah, kadang-kadang pada pengamatan kita ianya ok. Tapi pada persepsi pembaca pula agak berbeza sekali.


    Herm..design blog pun sebenarnya memainkan peranan untuk memperoleh loyal reader. Seboleh-bolehnya, elakkan menggunakan lebih dari 1 tona warna bagi penulisan artikel (warna font) unless untuk menghighlight ayat-ayat tertentu sahaja. Janganlah sekejap perenggan 1 ayat warna biru, perenggan 2 warna merah and banyak lagilah. Warna latar artikel pun memainkan peranan yang penting juga. Dimana warna latar haruslah matching dengan warna font. Tak digalakkan menggunakan warna ala2 pelangi untuk artikel.


    and lastly. If you want loyal readers, you should be a loyal reader 1st and don't wait for the others to be your blog loyal reader.

    BalasPadam
  11. Artikel yang mempunyai HIGH VALUE adalah seperti artikel diatas ni (artikel Bro HH)

    BalasPadam
  12. betul tu HH..memang susah nak dapatkan pembaca setia..tapi dengan usaha, insyaAllah kita mampu

    BalasPadam
  13. betul tu bro..... skrg lambakan blog dah terlalu byk........ kekadang nak BW pun tak sempat..... alhamdulillah remy bina hubungan dgn pembaca setia.......baru saling memerlukan.....tapi tak dinafikan..... kita kena buat penulisan yg menarik utk dikongsi....

    BalasPadam
  14. nice info bro HH.gua pn ada mslh yg sma jg..blogging dah lama, tp masih susah nk dptkn steady reader..dulu dah ada sket,tp dah lari la...mungkin sbb gua ni blogger on/off kot...

    http://tekok-beriuh.blogspot.com/

    BalasPadam
  15. Hmm yang sikit itulah kena jaga .. :)

    BalasPadam
  16. Dan hari ini .. @c347d57277b2fc88cad5528f9f0392ac:disqus adalah antara blogger pujaan ramai ... yummmiii ..

    BalasPadam
  17. Ohh terima kasih .. terima kasih ...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement