As-Salam. Jangan marah, satu entri melawak yang mungkin menarik minat anda untuk membacanya. Raih RM 5 ribu menerusi blog dalam masa setahun! Macam best je kalau ada blogger yang berani mengaku boleh mendapatkan jumlah sebegitu menerusi blog dalam masa setahun. Weihh ... Redmummy yang keluar muka hadapan akhbar sebab pendapatan blogging tinggi pun tak berani nak buat kenyataan macam ni.
HH berani kata, ia agak mustahil dalam masa setahun anda buat blog, anda boleh peroleh pendapatan menerusi blog sehingga RM5000. Kalau ada, tolong beritahu HH ... dan berikan info mengenai blogger berkenaan, nanti leh HH buat temuramah dengan blogger hebat tu dan tampilkan di blog ini untuk anda semua belajar teknik dan taktik.
Kalau benarlah, tentu ramai blogger yang tidak mengeluh mengenai Nuffnang pilih kasihlah, Innity tipulah, Advertlets tak bayarlah, Adsense tak approve iklanlah ... Yelah, berharap sangat blog boleh jana pendapatan. Bila tak dapat, atau kurang memberansangkan, muka jadi monyok lapan hari, blog lak dah malas nak update. Dey dey ... apa daa ....
Raih RM5000 sebulan hasil berblog, memang boleh. Ada blogger berjaya lakukan, tetapi bukan masa setahun berblog. Bukan juga dua tahun. Bukan 3 tahun ... uishhh ..bertahun-tahun weihhh. Yang HH nampak, ada yang dah buat duit dulu menerusi benda lain, pastu baru buat blog ... buat blog untuk beritahu mereka ada bisnes yang boleh buat secara online dan jana pendapatan ribu-ribu menerusinya.
Keliru Kenyataan Jana Pendapatan Ribu-Ribu Menerusi Blog
Jangan salah faham dan keliru.
Dapat pendapatan ribu-ribu jual produk tertentu - pastu buat blog bercerita mengenai produk dan pendapatan yang dijana. Haa ini bukan buat blog jana pendapatan, tetapi dah dapat income masyukk pastu baru buat blog bercerita mengenainya.
Ramai ingat, ada blog boleh buat duit. Tetapi apa yang sebenarnya berlaku ialah ... Jual Produk Menerusi Blog .... tu yang ada blogger leh claim buat duit menerusi blog dapat ribu-ribu tu.
Buat blogger baru, hati-hati dengan janji palsu. Seperti kata rakan blogger Sop, nama dia, buat blog sebab minat, sebab mahu menulis, sebab mahu bercerita. Soal pendapatan menerusinya, itu adalah satu bonus yang tak perlu pun anda fikir. Tiba masa, akan dapat ... ala macam PM nak beritahu bonus untuk kakitangan awam la ... kerja je rajin-rajin, tiba masa .... andai kerja bermutu tinggi, dapatlah habuan lapan bulan bonus!
Kredit: SP Blogger
oooooo, faham faham
ReplyDeletebetul2..Nuffnang memang susah nak dapat earning
ReplyDeleteNuffnang ? ibarat bini pertama yang susah nak bagi zuriat..haha
ReplyDeleteseronok tgk blogger2 yg berjaya...... kita jadikan semangat utk kita semua......
ReplyDeletekalau 5K sebulan hasil menulis sepenuhnya, itu memang blogger full time. Tapi kalau jual barang atau jual perkhidmatan melalui blog, itu dah lain.
ReplyDeletekalau dia blogger yang lama dan buka blog baru untuk setahun boleh diterema juga lah..hehe
ReplyDeleteEhemm .. :)
ReplyDeleteHmmm berapa ramai blogger full time dalam masa setahun lebih dapat pendapatan sebgtiu?
ReplyDeleteYa, namun kejayaan bukan kerja sehari dua untuk dicapai
ReplyDeleteHAhahahaa... uiksshhh sampai kesitu
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.