As-Salam. Ada blogger yang baru sahaja buat blog terus sahaja buat aktiviti mempromosikan blognya. Sebenarnya teknik ini adalah salah. Apa yang sepatutnya blogger itu lakukan ialah menentukan waktu yang sesuai untuk mempromosikan blognya. Jadi bilakah waktu yang sesuai untuk seorang blogger terutama seorang blogger baru mempromosikan blognya?

Bagi seorang blogger baru, promosi merupakan perkara yang perlu dilakukan agar blognya disedari dan diketahui di dunia blog Malaysia. Ada banyak kaedah dan cara promosi yang boleh dibuat oleh seorang blogger baru. Anda boleh baca cara dan kaedah yang telah HH lakukan untuk mempromosikan blog ini satu ketika dahulu - 6 Cara Mempopularkan Blog

Waktu Sesuai Promosikan Blog


Teknik Promosi Blog - Waktu Sesuai Dilakukan

Namun, sebelum anda melakukan promosi, perkara yang paling penting dilakukan terlebih dahulu ialah memperlengkapkan dan memantapkan kandungan blog anda terlebih dahulu. Jika tiada entri yang menarik untuk dibaca, jadi bagaimana promosi anda akan berjaya?

Ramai blogger baru yang melakukan kesilapan apabila baru buat beberapa entri (itupun banyak copy-paste) terus sahaja melakukan promosi sana sini. Ping sana, ping sini, join segmen tu, join segmen ni, tapi apabila blognya mula terima pengunjung, pengunjung rasa kecewa. Kerana apa? Kerana tiada apa yang menarik atau yang baru yang boleh mereka baca. Bila buka je, nampak banyak segmen, banyak entri yang mereka dah baca dari blog orang lain.

Terlepas Peluang Dapat Pembaca Setia

Sayang sekali. Anda bukan sahaja mengecewakan pengunjung tetapi terlepas peluang untuk mendapat pembaca setia blog anda. Pengikut blog (follower) mungkin bertambah, tetapi anda tidak mahu atau tidak berjaya menjadikan mereka sebahagian daripada blog - atau menjadi pengunjung berulang.

Maka, dinasihatkan agar anda penuhkan blog anda dengan entri-entri yang best, terbaik, berkualiti, original dan berinformasi. Blog anda mesti terlebih dahulu bersedia untuk menerima kunjungan hasil dari promosi yang anda buat.

Sebelum akhiri, cuba lihat contoh bagaimana satu iklan di TV dibuat. Anda takkan mengiklankan burger bakar 3 tingkat jika produk tu tak ada, tak diakui kesedapannya. Bila ada produk dan terbukti hebat, maka barulah anda promosikan. Ye tak?

13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul tu HH.... promosi penting tapi blog kenalah ok juga...

    BalasPadam
  2. betultu bro, selepas hampir satu tahun baru sekarang gua berani nak promote2

    BalasPadam
  3. Dan nampaknya blog @google-1ca524cdc7bc527081bd6ed1deb38877:disqus semakin dikenali .. powerr tu ...

    BalasPadam
  4. Promosi benda kosong takkan ada yang suka .. ye tak?

    BalasPadam
  5. Benar, saya dah baca 6 cara popularkan blog tu, cuma tak pakai semuanya...patutlah blog saya tak popular he..he..he...

    BalasPadam
  6. tertiba rasa nak p makan beger bakar bila baca ayat terakhir abg HH :)

    BalasPadam
  7. Hahaha..memang ada kot blogger yang blognya penuh dengan segmen, giveaway, and contest. Penulisan sendiri ciput jer. Orang pun tak syok nak stay lama di blog seperti itu. Sebenarnya event2 seperti itu tak salah pun kalau nak join. Asalkan tahu manage. Maksud saya join event2 seperti itu secara berkala. Seperti sebulan sekali ke..or 2-3 bulan sekali. Janganlah tiap2 hari or tiap2 minggu kita join. Kalau macam tu, lebih baik buat blog dengan domain giveaway/contest/segmen..tak ke gitu?


    event2 macam tu memanglah sedikit sebanyak membantu dari segi trafik dan pembaca. Tapi ianya juga menghancurkan kreedibiliti seseorang penulis blog dimata pembaca.

    BalasPadam
  8. Hmm .. betul tu, tapi kalau blogger tu memang selalu buat entri hari2 ... dan ada je entri terbaru yang bukan tujuan promosi hakiki, tak mengapalah juga. Perlu pastikan blog dah ada banyak entri menarik, paling tidak biar blog dah ada dalam alam maya paling tidak lebih 6 bulan dengan padat posting.

    BalasPadam
  9. @dknaabza:disqus ... asyikk nak makan je ni . haishhh tak muat baju pengantin nanti .. hahahahha

    BalasPadam
  10. HAhaha... tak semuanya sesuai untuk semua blogger, ada blogger dia gunakan satu dua je, tapi all out dengan teknik tu. Berjaya juga per .. :)

    BalasPadam
  11. assalamualaikum hh...betul2 tu kena selalu buat n3 yang menarik semoga kekawan akan sentiasa dtg ke blog kita..:)

    BalasPadam
  12. tapi saya pernah jumpa blog rajin berupdate. Tapi berupdate dengan segmen, giveaway and contest. sekarang ni kat ruangan blog feed saya penuh dengan event2 gitu. tengah musim kot sekarang ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement