As-Salam. Sementelaah HH terbaca artikel yang dikarang oleh Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah mengenai usahawan kecil muslim, maka dikongsikan menerusi blog Panduan Blogger ini untuk bacaan dan renungan bersama. Pada pendapat HH, blogger juga boleh dikategorikan sebagai usahawan kecil kerana banyak blog boleh menjana pendapatan yang baik menerusi blog.

Usahawan kecil dalam konteks dunia blog Malaysia, bolehlah dianggap sebagai mereka yang ada blog yang menyediakan khidmat urusan jual-beli dalam talian, yang sediakan khidmat untuk promosikan produk, yang menyediakan platform pengiklanan sebagai publisher kepada penyedia khidmat pengiklanan seperti Nuffnang, Innity mahupun Advertlets; oh ya termasuklah juga Adsense.

Namun, ramai blogger terutama blogger usahawan kecil terlupa mengenai beberapa perkara yang sepatutnya menjadi amalan sebagai salah satu pemangkin kejayaan menjadi usahawan sebenar.  Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah telah memberikan tips dan panduan buat usahawan terutama usahawan kecil muslim untuk berjaya dalam dunia keusahawan ini.

13 Tip-tip Perniagaan Usahawan Kecil Muslim

  1. Patuh Suruhan Allah S.W.T
    • Sangat penting untuk menjalankan perniagaan berlandaskan syarak, tidak langgar hukum hakam. Ia bagi memastikan sumber pendapatan adalah halal dan diberkati. Buat bisnes tapi hidup tak pernah merasa selesa, ada sumber pendapatan tetapi tidak pernah cukup, maka kena lihat akan punca sumber pendapatan ini.
  2. Bermunajat di Malam Hari
    • Bagi seorang usahawan kecil muslim, penting untuk abdikan diri pada Allah S.W.T kerana rezeki itu datang dariNYA. Bermunajat adalah salah satu cara untuk usahawan muslim menhadratkan syukur atas nikmat keuntungan bagi perniagaan yang dijalankan.
  3. Mendoakan Ibu Bapa
    • Seorang usahawan yang berjaya takkan lahir andai tiadanya kedua ibu dan bapa. Berbuat baiklah pada mereka, sentiasa mendoakan dan berbaktilah kepada mereka menerusi usaha niaga yang dijalankan.
  4. Membaca Al-Quran 
    • Jadikan kitab penuh aura keajaiban ini sebagai pendamping utama dalam menjalankan urusan perniagaan usahawan kecil. Banyak ayat-ayat Al Quran yakni doa yang boleh dipraktikkan untuk menjadikan perniagaan menjadi maju dan dimudahkan segala urusan.
  5. Solat Taubat
    • Usahawan juga adalah manusia dan manusia tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Solat sunat Taubat mestilah menjadi amalan agar dapat muhasabah diri dan bersihkan dri dari dosa-dosa kecil yang mungkin tanpa sengaja dilakukan semasa melakukan urusniaga.
  6. Sentiasa Beristigfar
    • Bibir perlu ringan dan bibir perlu lembut untuk sentiasa berzikir dan beristigfar kepada Allah S.W.T. Ini merupakan petua agar perniagaan usahawan kecil diberkati dan dirahmati.
  7. Melakukan Solat Sunat Isyrak dan Dhuha
    • Ini merupakan tips untuk murah rezeki, sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T supaya perniagaan dapat berdaya saing dan maju.
  8. Bersedekah dan Jangan Lupa Zakat
    • Sumber pendapatan menerusi perniagaan merupakan satu nikmat. Dan sepatutnya ia dikongsikan dengan golongan yang mungkin kurang berkemampuan. Bersedekah tidak akan mendatangkan kerugian kepada perniagaan, percayalah. Lebih banyak usahawan kecil bersedekah, maka pintu rezeki pula akan dibukakan berganda lebih. Dan tunaikan tanggungjawab untuk melunaskan zakat pendapatan sebagai langkah 'pembersihan' atas apa yang telah direzekikan menerusi perniagaan.
  9. Berserah dan Bertawakal pada Allah
    • Sentiasa berserah kepada Allah S.W.T. Perniagaan tidak semestianya akan terus-terusan mendatangkan keuntungan. Ada kala di waktu tertentu, sebagai usahawan perlu berserah kepada ketentuan yang telah direncanakan. Sentiasa takut akan azab Allah buat mereka yang melakukan perkara tidak baik dalam perniagaan, seperti menipu timbangan, tidak hantara produk yang dibeli, tidak menepati janji dan sebagainya.
  10. Memberi Binatang Makan
    • Nampak macam lucu, tetapi inilah antara petua yang harus dibuat supaya perniagaan menjadi laris. Jika anda ada haiwan peliharaan, jangan lupa beri makan. Jika ada haiwan kelaparan yang datang ke premis, sediakan makan dan minum. Jangan mendera haiwan kerana ia juga sebahagian makhluk Allah yang melata di bumi.
  11. Menunaikan Haji atau Umrah
    • Perniagaan sudah maju. Keuntungan banyak dapat, maka jangan lupa untuk tunaikan dengan kemampuan yang ada bagi menunaikan haji dan umrah. Allah telah memberikan jalan, maka gunakanlah jalan itu ke arah kebaikan dan tunaikan segala tanggungjawab sebagai seorang muslim.
  12. Murah Senyuman
    • Berniaga perlu manis dan murah senyuman. Bukan setakat senyum, tetapi juga dengan kata-kata. Bukan kata manis yang penuh dusta, tapi kata manis yang memikat hati mereka untuk menjadi pelanggan pernigaaan usahawan kecil anda.
  13. Berumahtangga
    • Jika anda bujang.... maka cepatlah bernikah dan berumahtangga. Pintu rezeki terbuka dengan luas buat mereka yang sudah berkahwin. Telah ditetapkan rezeki buat setiap orang di dalam isi rumah. Malah, ganjaran amalan buat mereka yang berkahwin adalah berkali-kali ganda jika dibandingkan dengan orang bujang. Bayangkan satu doa untuk murah rezeki dari seorang bujang digandakan sehingga puluh kali oleh Allah S.W.T jika yang memohon doa sudah berkahwin anak lima. Satu doa, tujuh orang yang mengaminkan (suami-isteri dan lima anak). Masya Allah. 
Maka, andai anda seorang usahawan kecil muslim, cubalah praktikkan amalan dan tips petua usahawan kecil yang dikongsikan ini. In Sya Allah, akan ada keberkatan.

Jika berminat dengan perniagaan produk Muslim, boleh juga cuba Muslim Niaga.

 

7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. entri ini pun menarik. bertambah-tambah semangat saya nak jadi usahawan islam yang berjaha.

    ReplyDelete
  2. Tq Abg HH, ilmu yang bermanfaat

    ReplyDelete
  3. PCL www.pakciklie.comApril 12, 2013 at 5:42 PM

    terima kasih brade HH, perkongsian ilmu sangat bermanfaat...

    ReplyDelete
  4. Sama-sama @pclwwwpakcikliecom:disqus

    ReplyDelete
  5. Terima kasih tuan blogger...entry yang sangat berguna untuk saya...
    Alhamdulillah.....

    ReplyDelete
  6. Sangat bermanafaat dan saya sangat menghargainya...
    Bagi mereka yg serius dalam mengembangkan perniagaan,akaun semasa syarikat merupakan satu kemestian.untuk membuka account semasa memerlukan introducer.insyaAllah saya membantu usahawan2 yg memerlukan introducer.boleh lawati blog saya.credit pada owner blog.terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement