As-Salam. Tagline atau motto boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk anda menjenamakan blog. Tagline mestilah menceritakan mengenai blog anda secara umum. Dan kadangkala, satu tagline yang baik akan membantu blog anda dikunjungi berulang-kali.
Bagaimana nak hasilkan satu tagline yang bagus untuk blog anda? Mari singkap tips dan petua berikut yang mungkin boleh bantu anda reka, bina dan cipta tagline yang sesuai untuk blog anda. Menerusi tagline itu, anda jajalah ia di mana-mana termasuklah menerusi header, banner, segmen, FB fanpage dan sebagainya. Malah, boleh diletakkan di kad nama anda selain letak nama blog dan juga url blog.
3 Tips Buat Tagline Menarik Untuk Blog
- Nama blog dan tagline mesti senada seirama. Contohnya, Denaihati dengan tagline Hidupkan Untuk Memberi. Anda nampak tak apa yang dimaksudkan dengan senada seirama? Konsep mudah je, memberi itu dengan hati, iaitu ikhlas. Hidup tentu sekali mengenai kehidupan yang penuh liku perjalanan yang ada kaitan dengan denai. Jadi, secara amnya kita boleh nampak saling kait antara nama blog dengan tagline blog tersebut.
- Ringkas tetapi penuh makna. Tagline yang panjang tak semestinya menarik, begitu juga sebaliknya. Ringkas tetapi tidak terlalu ringkas sampai buatkan orang garu kepala. Contohnya Santai Ben Ashaari, anda sudah boleh agak entri-entri yang disajikan adalah dalam bentuk santai dan membuatkan anda terasa senang untuk baca blog tanpa perlu nak kerut dahi terlalu lama.
- Kata kunci tagline blog anda ada dalam url blog dan juga nama blog. Contohnya, url blog anda: http://www.panduanblogger.com; nama blog Panduan Blogger dan tagline anda, Panduan Blogger Untuk Semua. Untuk SEO, digalakkan juga penggunaan kata kunci panduan blogger dalam deskripsi blog anda.
Ok, itu sedikit sebanyak panduan mudah untuk anda mencipta satu tagline bagi blog anda. Cubalah dengan daya kreativiti anda cipta satu tagline, berserta juga logo yang sebelum ini pernah HH tampilkan. Dengan elemen seperti ini, anda membina satu jenama dalam dunia blog Malaysia, in Sha Allah.
mia punya simple... smile.. smile..smile.. dari dulu sampailah sekarang...
BalasPadamTagline AJ "Celoteh Dari Mulut Comel Turun Ke Papan Kekunci"
BalasPadamMasih kekal dari awal berblog... =D
Duk tengah cari TAGLINK yg sesuai untuk blog saya. sensasi2020.com, Nak tanya cikgu hasrulhassan...apa yg sesuai utk blog saya??
BalasPadamBukan Sekadar Sensasi tu dah sangat ok dah ... ada cirian seperti yang dah ditulis kat dalam entri ni ... huihuhuhu
BalasPadamsakit kepala cari tagline blog.
BalasPadamsebab tu sering berubah, ikut kehendak. hermmm
Ermm..kena cari tagline yang mudah nak ingat ni.
BalasPadamblog saya takde tagline HH...susah nak buat tagline. takde idea
BalasPadamsusah nak carik tagline ni..
BalasPadammenarik ..tertanya adakah tagline blog Pesona itu senada seirama ok nanti saya huraikan ya...
BalasPadamerrr....fyna pun takde lagi kata putus untuk tagline blog fyna sendiri.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.