As-Salam. Pening kepala juga kan untuk buat satu entri yang yakin nampak original dan bermutu. Kadangkala, ada blog yang sudah pun punyai entri yang hampir sama, jadi akan timbul masalah pula nanti, manalah tahu kot-kot dikenakan penalti dari enjin carian sehingga entri kita tidak diterima untuk dimasukkan dalam carian.
Itu dari sudut SEO, dari sudut SERP ... iaitu dari sudut blog untuk dapatkan trafik daripada enjin carian seperti Yahoo, Google dan Bing. Kadangkala, ada pengunjung yang cebik bibir lalu kata ... "Ahh aku dah baca dah entri ni .. sama je isi .. copy paste ni ..."
Jadi, bagaimana nak hasilkan sebuah entri yang benar-benar bemutu, dan nampak original?
4 S Hasilkan Entri Original Bermutu Dalam Blog
- Sendiri, tulis sendiri apa yang ingin anda kongsikan. Bukan dengan cara mudah, copy-paste. Dibenarkan untuk copy-paste jika ia libatkan satu laporan akhbar, atau mungkin kenyataan dari sumber yang tak boleh anda ubah sesuka hati. Boleh copy-paste sebagai panduan rujukan untuk olah menggunakan ayat sendiri.
- Selidik, daripada informasi dan sumber yang anda dapat, cuba lakukan penyelidikan sendiri. Ketahui sumber asal untuk kepastian. Cara ini boleh menyelamatkan anda seandainya sumber yang anda dapat diragui kesahihannya. Penyelidikan juga boleh bantu anda dapatkan sumber-sumber lain sebagai rencah untuk menulis entri anda. Kepelbagaian ini menjadikan entri anda lain dari yang lain.
- Semak, anda perlu menyemak setiap baris perkataan yang telah anda tulis. Anda perlu semak sumber entri anda. Anda perlu semak apa yang anda sampaikan itu cukup menarik untuk dibaca. Semakan membolehkan anda mengelak daripada menulis cerita kosong. Semakan juga membolehkan anda perbetulkan kesilapan anda. Ini adalah kerana apabila kita mengolah sesuatu, akan ada kelainan dari segi penyampaian. Kelainan ini seharusnya tidak lari dari maksud utama entri anda.
- Sesuai, anda perlu pastikan corak penyampaian entri anda itu sesuai dengan tema blog anda. Ini akan menjadikan entri anda itu unik berdasarkan keunikan blog anda. Contoh yang HH lakukan ialah, mencari berita yang diolah untuk pembaca di kalangan blogger, kerana skop blog ini adalah Panduan Blogger. Penyesuaian ini dibuat mestilah menyeluruh, baik dari segi visual atau gambar (jika ada), tajuk entri dan cara anda mahu kongsikan entri anda menerusi Facebook, Twitter dan sebagainya. Entri HH yang ada cirian sedemikian ialah Tips Buat Blogger Beli Kereta Idaman Dengan Diskaun
Diharap dengan perkongsian ini akan bantu anda untuk hasilkan entri yang menarik, bukan disebabkan anda cedok bulat-bulat dari sumber lain, tetapi diolah, dilakukan 4 S di atas sehingga menjadikan entri anda nampak original dan bermutu.
4 S hasilkan entri original bermutu dalam blog merupakan pengalaman sendiri yang HH lakukan sejak sekian lama. Walaupun kadangkala entri itu nampak seperti pernah dibaca di sumber lain, namun, dengan sedikit olahan menerusi lengok bahasa dan penggunaan ayat yang sendiri lain, maka ia akan jadi menarik dan tidak jadi bosan.
Selamat mencuba dan In Sha Allah, anda boleh lakukan.
assalamualaikum hh...menarik2 n3 ni...:)
ReplyDeleteya, betul.sebaiknya seorang blogger tidak buat kerja copy paste keterlaluan. Kalau rajin copy paste maknannya malas tulis, sdgkan seorang blogger kerja rasminya "menulis"..:)- sekadar pandangan dari cikgu baru belajar...
ReplyDeletetips yang berguna. fyna akan cuba terapkan dari semasa ke semasa.
ReplyDeleteYa betul .... kurangkan ... tapi boleh belajar sedikit dari sedikit corak penyampaian ....
ReplyDeleteTerima kasih. Blog Fyna pun dah makin hebat sekarang.
ReplyDeletebenar, sgt bersetuju dengan tips ini.. content is the king.. tp faktor seperti keyword density, alt text dan link juga memainkan peranan penting dalam "memanggil google".. google pula semakin cerewet sekarang ni, mmg kena fokus la dalam membuat sesuatu artikel =)
ReplyDeletetips yang sangat berguna, insya allah , boleh amalkan nanti ^__^
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.