As-Salam. Tak mustahil sebenarnya untuk mendapatkan trafik lebih 5000UV sehari. Apa yang perlu diketahui adalah teknik sebenar dalam menyediakan kandungan blog anda. Oh ya, UV tu apa? UV itu Unique Visitor atau pengunjung unik atau pengunjung ke blog dari satu alamat ip. Bila dikatakan 5000UV ... ini bermakna blog anda dikunjungi menerusi 5 ribu komputer atau pelayar internet.

Untuk entri ini, bukan HH yang akan berikan tips untuk anda semua, tetapi tips mendapatkan trafik lebih 5K sehari ini dikongsi oleh rakan blogger yang merupakan seorang guru, ibu dan isteri. Ia merupakan satu perkongsian terbaik daripada blogger CikLaili.com.

CikLaili.com telah menyenaraikan lima perkara untuk blog mendapatkan trafik yang dimaksudkan.

Tips Mendapatkan Lebih 5000 UV Sehari

5 Tips Mendapatkan Lebih 5000 UV Sehari

  1. Tulis Mengenai Perkara Yang Orang Lain Ingin Tah
  2. Kongsi Pengalaman Peribadi Mengenai Percutian
  3. Entri Permohonan dan Semakan
  4. Maklumat Khusus Kehamilan dan Penjagaan Anak
  5. Pengalaman Menggunakan Sesuatu Aplikasi

Apa yang dimaksudkan dengan lima perkara di atas? Anda boleh membacanya sendiri di entri ini - Rahsia Trafik Blog Yang Tinggi

Secara amnya, trafik blog boleh mencanak naik seandainya kita menulis atau berkongsi mengenai info-info am yang terjurus. Apa maksud terjurus ini? Terjurus atau khusus, kita sasarkan kepada golongan tertentu. Jadi, mudahlah kita menulis, dan mudah juga untuk kita susun strategi bagaimana cara entri informasi sedemikian disebarkan.

Fikirkan apa yang akan berlaku pada minggu hadapan, keputusan STPM 2012 akan keluar, kan? Maka, anda perlu lakukan persediaan untuk membantu pencari maklumat mudahkan ketahui segala info mengenai STPM 2012. Anda boleh tulis entri mengenai cara menyemak keputusan, cara nak ambil STPM kali kedua, dan macam-macam lagi. Sasaran pembaca blog tentulah mereka yang ambil keputusan STPM ini.

Lihat pula apa yang dikongsikan oleh CikLaili.com; 3 daripada 5 merupakan pengalaman peribadi, iaitu telah mencuba atau mengalaminya sendiri. Bila kita dah cuba dan tahu, cara penyampaian kita akan jadi lebih menarik, dan menghasilkan satu entri yang punyai kandungan bermutu. Kandungan sebegini sangat disukai oleh enjin carian, dan merupakan teknik SEO terbaik.

Anda ceritakan apa yang anda benar-benar tahu. Ia menjadikan blog anda secara tersendirinya punyai niche atau tema tertentu. Sekaligus bantu diri anda untuk menjenamakan blog anda.

29 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya akan cuba yg terbaik.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. satu cabaran nih..t.kasih dgn tips tersebut.

    ReplyDelete
  3. Muhammad ArieffahmiMarch 23, 2013 at 1:33 PM

    Kaw2 traffik blog dia.haha..tips berguna.syukran2. :D

    ReplyDelete
  4. terima kasih HH kerana memberi ruang & peluang di dalam blog HH ni. dapat backlink yang agak banyak juga dari entri ni.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum hh...n3 menarik ni...;)

    ReplyDelete
  6. utk dpt sesuatu entri berinformatif kena buat sdikit research laa nmpknya...

    ReplyDelete
  7. terbaik...satu pengkongsian yang amat2 berguna....

    ReplyDelete
  8. Hmm ... ya, sebab malas nak mencari info ...

    ReplyDelete
  9. satu tip yang sangat bagusssssssssss

    ReplyDelete
  10. hasilkan artikel berbentuk informasi. In syaa allah trafik akan up walaupun tak berupdate.

    ReplyDelete
  11. Perghh mantap macam tuan punya blog. Ya, promosi blog pada rakan blogger lain ... tapi kena pastikan blog sudah ada segala kandungan yang berbaloi untuk dibaca.

    ReplyDelete
  12. itu sudah semestinya. haruslah ada bahan untuk dibaca. janganlah baru 2-3 artikel dah sibuk dok pikiak nak up kan PV. Paling penting pelbagaikan corak artikel.

    ReplyDelete
  13. bagus ni... aku nak dpt 50uv pun penat...

    ReplyDelete
  14. HAhahaha.. samalah dulu, saya dulu letih nak dapat uv cecah 20 .... skrang, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  15. Menarik tip ini, ramai yang mencari info begini tentang tip nak dpt trafik yg tinggi dlm 1 hari. Sedikit sebanyak tip ini dapat saya ambil perhatian. TQ HH..

    ReplyDelete
  16. Nurul Aini ZakariaMarch 23, 2013 at 1:37 PM

    Wah..banyak tu. Bagus tips ni, boleh saya pratikkan. Terima kasih HH.

    ReplyDelete
  17. Sama-sama @google-77f33aaa5ecd3894b589f1ef8afd34e1:disqus

    ReplyDelete
  18. tips menarik.


    p/s: harap sgt2 naik uv kat Nuffnang nanti

    ReplyDelete
  19. tepat sekali. hasilkan artikel yang berbentuk info lebih memberikan pulangan trafik. dulu PV sembang cyber sekitar 100-200++ sehari. Sekarang Alhamdulillah bolehlah mencecah 1k++ sehari. benda2 macam ni ambil masa. Tips yang sebenar untuk mendapatkan PV yang tinggi adalah "MEMPERKENALKAN BLOG DIKALANGAN BLOGGER", ini kerana bila blog sudah dikenali. secara tidak langsung kita akan dapat trafik. Tapi kena pastikan blog mempunyai artikel yang bernilai dan bermutu.

    ReplyDelete
  20. No. 4 sy pernah buat tp ms tu tak tahu sgt tentang kaedah blogging yg sbnr. No. 5 baru je buat, mmg betul. Sy tengok ramai dtg baca entri tu tp yg komen setakat ni baru 9 org sebab sy suka kongsi apa shj dlm sehari tu smpi tak perasan dh 4 entri kdg2 5 entri. Kdg2 idea mencurah2 non stop. No. 2 tu sll penglmn bukan bercuti. tengok rmi juga dtg baca tp kurang komen. Yg lain2 akan cuba buat. Terima kasih perkongsian yg akn sy entrikan juga nanti backlink lagi ke sini. Maaf ya sll sgt buat backlink ke sini. Sbb blog en. HH ni terlalu banyak ilmu bermanfaat yg suka sgt2 sy nak kongsikan dlm blog sy

    ReplyDelete
  21. Backlinksss sangat sukkaaaaa ...buat buat ..dialukan .. :)

    ReplyDelete
  22. perkongsian yang menarik...tq! :)

    ReplyDelete
  23. wordless..terbaik kalau ada perkongsian begini..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement