As-Salam. Lama sudah nak buat paparan ini di dalam blog, cuma menantikan waktu yang sesuai. Bukan apa, cuma takut terlari dari tema sebenar blog ini yang kebanyakkannya ditulis untuk dijadikan panduan blogger. Apapun, perkara yang baik seharusnya tidak boleh tunggu untuk dikongsi, dan kali ini, HH nak kongsikan satu video khas yang disifatkan mendedahkan apa yang ada di dalam Kaabah.

Video pendek ini disifatkan memaparkan secara jelas apa yang anda boleh lihat di bahagian dalam Kaabah. Untuk info, bukan semua orang boleh atau peroleh kebenaran untuk masuk ke bahagian dalam Kaabah. Sejauh pengetahuan HH ada, dua pemimpin atau tokoh Malaysia yang pernah masuk ke dalam Kaabah ialah Tun Mahathir Mohammad dan Tuan Guru Dato' Hj Haron Din.

Jika dilihat berdasarkan video ini, secara ringkasnya, pemandangan dalam Kaabah terdiri dari tiga tiang yang berwarna seakan merah. Ada satu pintu bersalut emas yang digelar Bab At Taubah. Lantainya pula ada jalur hijau di samping dinding putih bersih dibuat dari marmar putih yang bermutu tinggi.

Menurut sejarahnya, tiang Kaabah di awal pembinaan ada 6 yang diperbuat daripada kayu, tetapi ia mereput lalu tinggallah 3 seperti yang dikatakan ada sekarang. Satu berbentuk bulat dan 2 lagi berbentuk segi.

Apa Ada di Dalam Kaabah?

Memetik satu bahagian di dalam buku Membongkar Rahsia Kaabah, karya Azizan Ahmad:

Sekitar tahun 1304 Hijrah (tahun 1884) tiang-tiang dalam Kaabah itu menjadi reput, dalam tahun 1314 Hijrah (tahun 1894) ia telah diperkuatkan dengan dibuat lengkungan kayu seperti bola di bahagian bawah setiap tiang itu yang terletak lebih kurang 1.5 meter dari lantai Kaabah. Antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter. Terdapat sebuah tangga kayu yang dibina di dalam Kaabah untuk menuju ke bumbung Kaabah. Di tangga itu telah dipasang dengan tirai kain sutera hitam yang dihiasi emas dan perak. Lantai dalam Kaabah dipasang marmah putih dan marmar merah. Dinding Kaabah juga dipasang marmar berwarna dan dihiasi dengan tulisan khat.

Dalam Kaabah juga terdapat tirai sutera merah putih yang tertulis kalimah syahadah. Terdapat banyak lagi perkataan yang ditulis, tirai itu digunakan untuk menutup bahagian dalam bumbung Kaabah dan empat penjuru bahagian dalam dinding Kaabah.

Oleh kerana tirai itu dibuat semasa pemerintahan Sultan Abdul Aziz Khan iaitu dalam tahun 1209 H (tahun 1789) maka dalam usia yang terlalu lama itu, warnanya menjadi seperti hijau dan kelabu.

Ada pelbagai jenis lampu berwarna-warni yang diletakkan di antara tiga tiang Kaabah. Lampu-lampu itu adalah hadiah-hadiah yang diberikan orang untuk Kaabah semenjak berkurun-kurun lagi. Terdapat sepasang kayu papan yang diletakkan pada dinding Kaabah, kayu itu berasal dari bahtera Nabi Noh. Terdapat sekeping marmar merah empat segi di sebelah sudut utara dalam Kaabah.

Video Apa Ada di Dalam Kaabah



Ilustrasi 3D pemandangan dalam Kaabah juga ditampilkan di dalam Youtube:



p.s: Bilalah dapat tunaikan haji .... hmm ... rakan HH baru sahaja berlepas ke Tanah Suci untuk tunaikan umrah, dan baru-baru ini blogger Mak Dara juga sudah pergi dan kembali dari Tanah Suci.


3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. InsyaAllah HH.. mesti ade rezeki kita semua untuk sampai ke sana.. Amin..

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar...teringin nak jejak kaki ke sana..semoga Allah berikan saya peluang untuk tunaikan ibadah Haji dan Umrah..

    ReplyDelete
  3. Allahhuakbar.....semoga aAllah kurniakan rezeki yang halal lagi berkat supaya dpt ke Mekkah..utk tunai haji atau umrah. Insya Allah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement