As-Salam. Mengendalikan blog bukan hanya kena pastikan blog anda tersedia dengan entri-entri terbaharu, tetapi juga memastikan bahawa blog anda bebas daripada perkara-perkara yang sudah tidak relevan lagi. Contohnya, ada widget yang sudah tidak berfungsi dengan baik, yang mungkin disebabkan oleh script yang sudah luput tempoh atau sudah tidak dapat dicapai.
Ramai blogger yang terlepas pandang mengenai perkara ini. Keprihatinan mengenai masalah ini perlu kerana ia sebenarnya akan menyebabkan blog ada gagal untuk memberikan persembahan yang bagus. Ia boleh efek kepada kadar loading, selain terdedah blog kepada ancaman keselamatan seperti pencerobohan ke akaun blogspot.
Anda perlu meneliti blog anda satu persatu samada benda-benda yang anda letak dapat berfungsi dengan baik. Contoh lain adalah seperti gambar. Ada gambar yang tidak berjaya dipaparkan di blog disebabkan masalah bandwidth. Contoh lain adalah seperti gambar latar blog anda, yang mungkin anda 'pinjam' daripada blogger lain, atau yang disediakan dalam satu-satu template yang bukan dihosting oleh anda sendiri.
Bahagian sidebar blog anda perlu disemak dari semasa ke semasa. Mana perkara yang sudah tidak diperlukan haruslah anda buang. Dengan cara ini, anda dapat mengurangkan saiz blog anda. Saiz blog yang besar disebabkan oleh benda-benda yang tidak sepatutnya ini menyebabkan blog anda tidak mesra SEO selain membuatkan pengunjung blog anda tumpang dagu nak tunggu ia dipaparkan di skrin.
Macam rumah kita. Nampak macam kemas, tapi bila buat house-cleaning, maka akan terjumpalah banyak benda yang tak berguna, sampah sarah dan habuk yang boleh bahayakan kesihatan isi rumah.
Carilah masa untuk anda lakukan perkara ini. Dok fikir nak tukar langsir baru, tetapi bawah sofa banyak sampah ... apa daa... :P.
Bro, brp berat blogmyg plg ideal untuk keseluruhan ataupun untuk SEO?
ReplyDeletebetul tu.... semalam betul2 mia buat house cleaning..... sebab ada problem kat side bar... baguslah perkongsian ini. thanks HH..
ReplyDeleteThanks.....
ReplyDeleteAJ pun kadang terlepas pandang benda ni....
terbaik....
ReplyDeletep/s: selalu buat setiap minggu. huhu
Tiada berat ideal. Dari segi visual nampak minimalist, tetapi kalau banyak script atau plugin yang sorok2 tu ... ia boleh buat blog jadi berat juga. Tapi, kalau tanya pendapat, berat blog ideal adalah template blog asas yang diberikan dalam blogspot semasa anda buat blog tu (tanpa tambah apa-apa).
ReplyDeleteTerima bro HH atas perkongsian ... insaallah blog akan dikemaskini kan dari masa ke semasa ...
ReplyDeletemselim3
pls: kalau Bro HH tak kasi tips nie , rasanya x tahu....kan. Xper belajar slow2,,,
saya sentiasa check blog saya..mana-mana yang saya rasa dah tak perlu, saya akan remove terus..sebab nak bagi ringan blog dan senang kengkawan nak buka blog saya
ReplyDeletemksd nye kena cari script atau plugin la ni utk kurangkan berat.. oooo ok... Btw, thanx sb sudi singgah ke blog www.erazfadli.com semalam serta tinggalkan komen...
ReplyDeleteBagus bagus ... amalkan secara istiqomah.
ReplyDeleteDan kalau tak ada blogger yang tanya dan timbulkan pun, HH takkan buat entri ni ... :)
ReplyDeleteAndalah @khairilmazri:disqus yang terbaik kerana melakukan sesuatu yang terbaik buat blog ..
ReplyDeleteTerlepas pandang dan pandang kembali ok ...
ReplyDeletestuju bro..
ReplyDeletepernah jadi gmbr dlm entri lama hilang..tp xtaw laa sbb apa.
tergelak besar saya baca ayat sifu yg ni 'Dok fikir nak tukar langsir baru, tetapi bawah sofa banyak sampah ... apa daa... :P.' haha... tu psl sy siap buat segmen tu... nak tau kelemahan dan kekurangan blog saya. mmg banyak kelemahan even ada juga kelebihan. Terima kasih...(hari2 setiap waktu dah belek ilmu dlm blog sifu ni jadinya sy ni... hehe)
ReplyDeleteApa yang pasti blog HH sentiasa ada perubahan setiap bulan kan..
ReplyDeletesaya setuju dgn pendapat anda..selalu jugak la saya cek blog..kemas2 ape yg patut
ReplyDeletesetuju dgn entri ni...kdg2 niat nak kemas tu dah ada...cuma selalu tertangguh lama2 tak buat...haha...
ReplyDeleteassalamualaikum hh...perkongsian yang menarik ni kena check selalu..:)
ReplyDeleteBaiklah HH..terima kasih diatas peringatan itu ye
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.