As-Salam. Sedang dok cari mangsa untuk HH promosikan di dalam blog ini, tetiba ternampak satu post yang dihantar dalam Kelab Blogger Ben Ashaari. Makkkkkk aihhhh ... ada blogger promosi DVD lucah !! Memang terang dan tak payah suluh-suluh dah, nama blogger tersebut dan pautan ke blog yang menyediakan muat turun untuk DVD lucah secara tanpa sekatan.
Tertanya juga, mengapa perkara ini dibiarkan? Dulu, HH merupakan admin group ni, tapi atas sebab-sebab tertentu, rakan blogger Ben Ashaari tidak memasukkan kembali HH sebagai admin dan moderator, kalau tak; boleh la HH beri amaran atau banned. Apa yang HH lakukan sebagai salah satu cara untuk entri sebegini tersebar di group lain adalah dengan report ia sebagai Spam.
Blogger Promosi DVD Lucah di Kelab Blogger Ben Ashaari
Teringat kata ustaz, jangan dibiarkan perkara tak baik berleluasa. Kalau ada kuasa, tanggani dengan kuasa .... hmmm andai HH ni ultraman, bolehlah fire si orang yang buat perkara tu. Apapun, masing-masing tahu benda baik dan tak baik, halal dan haram. Nak sebut lebih-lebih nanti terasa hati.
Hubungi Empunya Post
Untuk info, HH sudahpun hubungi empunya diri. Sekadar nak clarify adakah benar dilakukan dengan sengaja atau ada orang lain menggunakan idnya tanpa dia sedari.
Mohon jangan buat perkara seperti itu, mempromosi sesuatu perkara yang boleh merosakkan anda menjadikan hati kita hitam. Dan ia juga akan merosakkan agama dan bangsa. Takkan mahu lihat masa depan anak-anak punah ranah hanya mahu kaut untung mudah?
Kepada blogger yang buat perkara promosi DVD lucah di Kelab Blogger Ben Ashaari, mohon jangan lakukan perkara tersebut. Dan andai benar blog DVD lucah itu kendalian anda, tutuplah .. tolong demi agama, bangsa dan negara.
p.s: Ramai lagi blogger yang buat atau sebar perkara yang tak baik, tetapi sebar suruh orang tengok DVD lucah...hmm bagi HH itu satu perbuatan yang dianggap melampau, apatah lagi dalam Kelab Blogger yang dikenali 'Hanya Cerita Baik-Baik Sahaja'!
Kalau betul dia yang punya angkara, pegilah promosi kat tempat lain yang sepatutnya.....
ReplyDeleteHaishhh kadang diorang ni pun......
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar..
Bukan main taruk mana dan je....
bagus lah abg HH buat macam tue. mungkin orang tue ingat ada yang tak perasan.
ReplyDeletesaje nak menambahkan dosa je blogger tu...
ReplyDeleteini lah di takuti..baru2 ni ada org hack fb, takut perkara macam ni lah yang berlaku..sesuka hati mereka nak post yg bukan2 atas id kita..Tapi kalu yg empunya diri yg post kan...eshh eshhh x malu ke dia tu..
ReplyDeletehmmmm....
ReplyDeleteteruk
tak boleh blah ar org tu.. isk3
ReplyDeleteYa Allah macam macam perangai ade zaman sekrang nih..
ReplyDeleteQuote last yang berbunyi ' Hanya cerita baik-baik saja' tu yang paling mahal.
ReplyDeleteburuk sungguh perangai buat camtu..semoga dia beroleh keinsafan nanti
ReplyDeleteBeraninya dia promote terang-terangan...
ReplyDeleteBetul kadang-kadang ada fb yang kena spam, kena hack. Kalau betul dia jual, harap sangat dia hentikan. Merosakkan agama, bangsa dan negara je.
ReplyDeletekene hack?
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.