As-Salam. Kadangkala, ada entri yang perlu disampaikan dalam bentuk jadual (table), maka HH sarankan anda gunakan kemudahan Tableizer untuk memudahkan kerja anda. Ia sangat mudah untuk dilakukan, tanpa anda perlu tahu pun kod html terlibat untuk hasilkan sebuah entri yang ada jadual yang kemas.
Ada blogger yang ada masalah untuk buat jadual dalam entri blog mereka. Dengan menggunakan Tableizer ini, anda boleh copy jadual yang anda buat di dalam Microsoft Excel, dan kemudian paste ke dalam kotak disediakan menerusi laman web Tableizer dan walla .... siap. Kod html untuk jadual anda sudah tersedia untuk diambil dan dimasukkan ke dalam entri blog anda. Memang mudah!
Buat Kotak Jadual Mudah Guna Tableizer
Sebagai contoh, seperti yang ditunjukkan berikut, HH buka sebuah lembaran (spreadsheet), dan taip jadual yang mahu dibuat atau dimasukkan ke dalam blog.
Kemudian anda select atau ambil bahagian yang mahu anda jadikan sebagai jadual, salin (ctrl-c) dan pergi ke laman Tableizer, lalu letakkan apa yang anda salin tadi di dalam kotak yang disediakan di laman tersebut.
Anda boleh ubah beberapa setting lain di bahagian Table Options yang disediakan untuk disesuaikan dengan penampilan blog anda. Dah selesai, anda tekan sahaja Tableize It! ... dan kod html untuk jadual telah tersedia untuk anda masukkan dalam entri blog anda.
Anda juga boleh lihat hasilnya di laman Tableizer, jika tidak puas hati, ubah balik setting Table Options tadi.
Kod html yang telah disediakan itu, anda perlu masukkan ke dalam entri di tempat di mana anda mahu jadual ini kelihatan. Anda perlu tukar cara editor entri anda menjadi HTML, dan paste (ctrl-v) kod dari Tableizer tadi.
Hasilnya adalah seperti berikut:
Kategori Blog | Nama Blog | Google Pagerank |
---|---|---|
Favourite Auto Blog | ArenaKereta.com | 2 |
Favourite Innovative Blog | Ariffshah.com | 4 |
Favourite Business Blog | AbangEnsem.com | 3 |
Favourite Celebrity Blog | ZarulUmbrella.com | 3 |
Favourite Music& Entertainment Blog | SuaraPeople.com | 2 |
Favourite CSR Blog | Kucing.my | 2 |
Favourite Educational Blog | OhCikgu.com | 2 |
Favourite Foodie Blog | PlacesAndFoods.com | 3 |
Favourite Gossip Blog | BeautifulNara.com | 4 |
Favourite Photography Blog | AzmanIshak.com | 2 |
Favourite Gadgets Blog | Amanz.my | 6 |
Favourite Political Blog | Stephendoss.blogspot.com | 3 |
Favourite Shopping Blog | KZNabihah.com | 2 |
Favourite Sports Blog | Legendnetball.com | 1 |
Favourite Travel Blog | FaizalFredley.com | 1 |
Favourite Lifestyle Blog | AkmaOmar.com | 1 |
Favourite Micro Blog | HafizRahim.com | 1 |
Most Creative Blog | Denaihati.com | 4 |
Buat Kotak Jadual Mudah Guna Tableizer - Semoga dengan teknik ini, akan memudahkan anda buat entri yang perlukan jadual disediakan. Ia juga bagi menjadikan entri anda lebih menarik dan kemas selain menampakkan sisi kelainan dengan cara penyampaian. Selamat mencuba.
owh~ slama ni kite copy paste dari word. susah nak edit balik. ni lagi bagus. TQ.
ReplyDeleteBoleh cuba.. Tq Abg HH.. :)
ReplyDeletememang sng btul ...
ReplyDeletekadangkala kita perlu menggunakan jadual dalam satu2 entri. dengan tableizer memang dapat memudahkan kerja blogger :)
ReplyDelete... memang senang kan ... saya pun masa jumpa dan try rasa cam ...fuhh best ... mudah kerja, blog pun nampak kemas bila buat entri ada jadual cam ni
ReplyDeleteSama-sama @82bd1d46d5af13f92825cba29b543b0e:disqus yang comel .. hehehehe
ReplyDeleteSama-sama @facebook-1080216325:disqus .... senang hati saya ada yang menggunakannya dan manfaat sebaik mungkin.
ReplyDeleteHmm ... mudah dan sangat senang ... kalau sebelum ni buat table mesti lari punya, mesti nampak kuar dari entri dan macam2 ..kan kan ...
ReplyDeleteTerima kasih,,,tip yang cukup berguna untuk blogger
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.