As-Salam. Adalah penting sesebuah blog itu nampak seragam dan tidak nampak semak. Pemilihan widget atau gadget bersesuaian dengan blog perlu bagi membolehkan apa yang kita letak di dalam blog itu berikan sesuatu kepada blog - samada peningkatan jumlah pengikut, pertambahan pembaca setia, meningkatkan trafik blog mahupun menjana pendapatan menerusi blog.
Setiap kali HH blogwalking, banyak masalah serupa nampak dan kelihatan, terutama pada blog-blog yang baru muncul. Paling nampak jelas sekali adalah ramai blogger terutama blogger baru tidak tahu untuk sesuaikan kelebaran sesuatu widget atau gadget yang diletakkan di sidebar.
Ada yang nampak terlebih, ada yang nampak terkurang. Ada yang nampak besar, ada yang nampak kecik. Tak kurang juga ada widget yang tidak berfungsi.
Ok. Dengan ilmu yang ada pada HH, nak kongsikan sedikit tips dan panduan bagaimana nak perbetulkan kelebaran (width) widget yang diletakkan. Ada dua cara sebenarnya yang boleh dilakukan.
Cara Perbetulkan Lebar Widget di Sidebar
Pertama - Mengubah kelebaran sidebar menerusi kod html blog untuk disesuaikan dengan kebanyakkan widget. Untuk itu, pertama sekali anda perlu buka template blog anda. Klik html dan anda akan nampak koding html blog anda secara keseluruhan (pastikan anda dah klik expand widget template).
Anda perlu cari kod html yang membentuk kelebaran sidebar blog anda, untuk itu cari kod berikut - sidebar-wrapper. Kebanyakkan blog dengan tema biasa akan gunakan nama yang sama iaitu sidebar-wrapper untuk menunjukkan cirian yang perlu bagi sidebar blog.
Menerusi kod html tersebut, anda akan nampak koding CSS untuk bahagian yang HH katakan tadi. Ada parameter width, maka ubah parameter itu untuk kesesuaian. Seperti contoh di atas, HH tetapkan kelebaran sidebar sebanyak 350px. Ia untuk disesuaikan dengan kelebaran maksimum iklan yang selalunya 330px. Anda boleh tengok bentuk, saiz dan jenis-jenis iklan yang pernah HH tampilkan di Panduan Blogger.
Cubalah ubah dan bereksperimen sendiri, ia akan ubah secara automatik bentuk sidebar blog anda. Anda boleh preview dahulu setiap perubahan yang anda lakukan, jika tidak sesuai, ubah kembali dengan nilai yang sesuai.
Cara paling mudah ialah buat kelebaran dalam bentuk automatik (width="auto") setting tetapi HH tidak galakkan kerana saiz setiap widget yang anda pasang di sidebar adalah tidak serupa atu tidak seragam, menggunakan cara ini akan menyebabkan kelebaran sidebar mengambil nilai kelebaran paling besar sebagai titik rujukan.
Satu lagi penentuan kelebaran sidebar ialah dengan menggunakan peratus kelebaran. Ia selalu digunakan untuk menghasilkan sebuah blog responsif. Ini bermakna, bentuk blog anda akan nampak sekata di peranti mudah alih seperti iPad, Tablet, serta telefon pintar seperti iPhone dan Android.
Contoh menggunakan peratus kelebaran adalah seperti berikut:
Ini membolehkan kelebaran bahagian sidebar blog anda menjadi 35 peratus daripada jumlah keseluruhan kelebaran utama blog anda yang sering dikodkan sebagai outer-wrapper.
Ok, harapnya panduan dan tips ini dapat membantu mana-mana blogger yang hadapi masalah saiz atau kelebaran di bahagian sidebar blog.
Nantikan bahagian 2, dimana HH akan berikan panduan untuk ubah setting kelebaran dengan pendekatan terus pada kod html widget pula. Namun, secara asasnya lebih kurang sama sahaja.
Oh ya, untuk guna cara ini, anda seharusnya tahu saiz paling maksimum widget yang ada di bahagian sidebar blog anda. Selalunya, ia ditetapkan dalam julat 300-330px.
Selamat mencuba.
blog fendy pon agak2 je saiz sidebar...asalkan pembaca selesa..
ReplyDeleteAssalamualaikum hh....blog mama pun agak2 jer size nyer...:)
ReplyDeletesy dah cuba buat jgk tp xjd sb masih lg baru. nsb baik dah wat backup td, huhuhuhu
ReplyDeletecuba buat kat mana? Que ahmad menulis tu ke? Sbb saya tgk tak ada pun sidebar-wrapper, yang ada main-wrapper, outer-wrapper je ... footer-wrapper
ReplyDelete@google-b4d8ebbc87b711ec161a79e837f8369d:disqus guna column-right inner dengan outer. Tak ada sidebar-wrapper. Andai nak ubah, kena ubah column-right tu ...itu sahaja.
ReplyDeleteRasanya tak perlu tick pada expand widget template. sebab kita cuma bermain dengan CSS code jer.
ReplyDeletebru tahu yg bleh set jd auto~
ReplyDeleteso far widget google plus xmuat utk letak kt sidebar.
mgkin perlu lebarkn lagi..
bro HH boleh tolong tak masalah ni...http://www.menulismenconteng.my/2013/04/masalah-tidak-boleh-buka-template-blog.html
ReplyDeleteTadi ada tgk, tak pasti, namun apabila guna Firebug .. nampak ada tak kena pada tag body secara keseluruhan. Apa yang boleh dibuat ialah cuba buat backup - download kod html keseluruhan lepas tu buat edit manual menerusi wordpad, pastu upload balik.
ReplyDeleteCara paling mudah, ialah upload kod html lama yang ada simpan.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.