As-Salam. Sebelum ini, HH sudah terangkan cara untuk perbetulkan lebar widget yang terdapat di sidebar pt 1, yang mana pendekatan yang dilakukan adalah dengan menggodek html utama blog anda dan masukkan nilai khusus atau nilai tepat bagi kelebaran bahagian sidebar.
Untuk entri kali ini, HH nak kongsikan cara perbetulkan saiz kelebaran bahagian sidebar untuk widget tertentu.
Banner Iklan
Seringkali apabila kita meletakkan banner iklan di bahagian sidebar blog, ada bahagian nampak macam terkeluar atau tidak berada di dalam kotak sidebar seperti sepatutnya. Ia mungkin kerana kelebaran sidebar itu sendiri yang tidak memungkinkan perletakkan iklan itu nampak seragam dan kemas. Jika ini berlaku, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan lakukan ubahsuaian seperti yang telah HH terangkan pada bahagian pertama - Cara Perbetulkan Lebar Widget di Sidebar Part 1.
Jika sudah, mari lihat pula panduan ini.
Cara ini sesuai digunakan sekiranya saiz kelebaran dibuat berdasarkan pengiraan peratus; iaitu jika kelebaran sidebar dibuat seperti ini di dalam kod html blog anda - sidebar-wrapper{ width=30%;} atau aside-wrapper{ width=35%;}. Ini akan membuatkan bahagian sidebar anda secara automatik mengambil nilai 350 sebagai saiz maksimum (seandainya 350 merupakan nilai terbesar).
Seandainya cara di atas kurang berkesan, anda boleh saja resize saiz banner anda ikut kesesuaian dengan kelebaran sidebar blog anda. Cuba lihat cara ini:
Ok. Senang ke susah? Jadi kalau nak ubah kelebaran widget pula, konsepnya sama, anda perlu cari kod html widget berkenaan yang paparkan saiz kelebaran iaitu width="XXXpx" .... hanya ubah dan bermain dengan nilai XXX tersebut. Selalunya saiz biasa digunakan untuk bahagian sidebar bagi kebanyakkan blog adalah 200px, 310px, 330px,350px. Semua saiz-saiz ini dipadankan agar iklan seperti Nuffnang, Innity, Advertlets mahupun Adsense dapat dimuatkan berdasarkan saiz-saiz banner iklan yang ada.
Kebanyakkan saiz sidebar ditetapkan berdasarkan kebolehupayaan blog tersebut untuk letakkan widget asas. Cuba lihat saiz berbeza untuk widget G+ Page serta G+ Follower berikut:
Dua widget yang sama, tetapi lain saiz kelebarannya. Anda boleh buat saiz widget ini diselaraskan dengan mudah berdasarkan kelebaran sidebar anda (jika tak tahu nilai kelebaran sidebar) dengan meletakkan nilai peratus atau letak sahaja 'auto' dalam ruangan saiz kelebaran - width="auto".
Cubalah, dan tengok hasilnya pada blog anda. Harus anda ingat, setiap kaedah ini tertakluk dengan bentuk dan layout blog anda. Ia mungkin beri kesan berbeza antara blog-blog dengan reka bentuk yang lain.
Jika anda tidak mencuba, anda takkan tahu ... ilmu perlu praktik. Menerusinya baru anda boleh tajamkan apa yang anda tahu. Setakat anda beritahu a .. b .. tapi tak buat dan tak cuba, semua orang boleh buat ..ibarat anda copy-paste juga la ...hehehe..
Selamat mencuba.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.