As-Salam. Satu waktu dahulu, HH pernah tekankan mengapa sesebuah blog perlu menghasilkan satu kandungan yang bersifat evergreen, atau dengan lain bicara, entri yang tidak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Entri sebegini tentu sekali akan dikaitkan dengan cirian SEO (Search Engine Optimization), namun paling penting ialah bagaimana untuk menghasilkan sebuah entri yang berupaya dibaca berulang kali oleh pengunjung baru.

Entri 'Belacan' Jana Trafik Blog Berterusan

Entri yang sentiasa digemari ini ibarat entri belacan, walau dunia sudah meneroka angkasa, namun bila angkasawan negara turun ke bumi, sambal belacan juga dicari sebagai penambah selera! 

Macam budu dan belacan, walau ditelan zaman, ia masih lagi menjadi kesukaan ramai. Yang beza mungkin adalah warnanya kerana jenis udang garagau yang digunakan, atau mungkin kerana dulu belacan dibungkus dengan surat khabar lama, tapi kini sudah ada corak pembungkusan tersendiri dengan muka separa kacak menjadi logo belacan.



Belacan, masih lagi sedap ditambah dengan cili yang ditumbuk dalam lesung batu atau dikisar menggunakan pengisar pemberian rakan semasa majlis kahwin dulu. Nama tetap sama, belacan, isi utama belacan juga tetap sama, tapi dari satu generasi ke satu generasi, ia tetap digemari dan dicari. Malah, ia bukan lagi dikenali sebagai makanan tempatan, tetapi makanan antarabangsa.

Entri lama anda, ada tak yang masih memberikan trafik berterusan kepada blog? Jika ada, maka anda perlu gilap entri lama tersebut, kerana ia merupakan satu isyarat bahawa entri tersebut bersifat evergreen. Gilap di sini bermaksud anda perlu buat semakan dan mungkin tambahan jika perlu untuk menjadikan entri itu lebih padu dan jitu, lalu boleh anda terbitkan sekali lagi.

Macam kereta juga, bila anda jual kepada penjual kereta second-hand, mereka takkan biar kereta anda seperti anda serahkan. Mereka akan polish, mungkin akan tukar kerusi kereta anda atau mungkin cat semula. Jadi, inilah yang perlu anda lakukan pada entri-entri evergreen ini.

Anda ambil entri lama tersebut, perbetulkan ayat mana yang perlu untuk disesuaikan dengan keadaan semasa, kemudian anda ping, dan sebarkan kembali entri tersebut. Cuma perlu pastikan ia sudah senada dengan corak penyampaian blog anda yang terkini.

Cubalah. In Sha Allah ... akan ada kesan positif untuk blog anda nanti.

Kredit Foto: http://finizaini.blogspot.com

19 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Suka belacan, heheheehe. Betul tu bang, ada entri lama2 Abe yg Abe rasakan perlu di GILAP semula

    ReplyDelete
  2. hahaha.,,belacan relevan sokmo~

    ReplyDelete
  3. ohhhhh...


    banyak kena edit dlm entry lama. nk renew balik kat situ jelah hehe

    ReplyDelete
  4. kemaskini entri lama ya?
    appn teringat kat keyword popular di blog Zam dlu.. Bubur Asyura Kelantan.. :)

    ReplyDelete
  5. Tapi kena jaga2 juga mengedit entry lama. sebab takut bounce rate blog mencanak naik. tu orang lain yang cakap la.

    ReplyDelete
  6. Bro, maksudnya edit di entri asal kan? Bukan buat entri baru..

    ReplyDelete
  7. Ya, kemaskini entri lama, kadangkala entri lama yang bersifat evergreen ni boleh lagi berikan trafik yang baik.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum hh...hehehee mcm mana boleh jadi belacan ni...mekacih yer...;)

    ReplyDelete
  9. Baca pautan-pautan lain yang saya dah sediakan tu utk faham lebih.

    ReplyDelete
  10. kemaskini dan perbaiki entri yg lama?? boleh la cuba praktikkan lepas ni :)

    ReplyDelete
  11. Ya, edit entri asal ... saya dah berapa kali cuba ... dan memang ada nampak akan keberhasilannya

    ReplyDelete
  12. Tak suka belacan ehh @mialiana:disqus

    ReplyDelete
  13. @sembang_cyber:disqus ... bounce rate ni susah sikit la nak handle, macam mana ehh?

    ReplyDelete
  14. kena minimal kan design blog. and kita kena pastikan loading tak mengambil masa yang lama untuk load. mana2 benda yang tak perlu buang jer.

    ReplyDelete
  15. pinkbubblegumprincess.blogspotApril 12, 2013 at 5:43 PM

    ooo gilapkan yang lama... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement