As-Salam. Masyarakat Malaysia ni memang suka berhibur. Pantang ada cerita panas dunia hiburan, semua orang akan Google. Tak kira masa, tak kira guna apa. Ada yang punyai telefon pintar, akan guna telefon pintar rebat percuma RM200. Ada yang guna laptop, akan terus lepak kedai mamak wifi percuma cari info gossip panas. Yang tak ada .... akan singgah ke kafe siber bayar RM2 sejam semata nak tengok gambar panas selebriti wanita dedah itu dan ini.


Dan tentunya, yang bakal diterjah adalah blog-blog dan media alternatif yang tiada batas atau main tutup-tutup ni. Dek kerana sifat kebanyakkan rakyat Malaysia inilah yang menjadikan entri hiburan selalu dapat trafik tinggi.

Entri Dunia Hiburan Selalu Dapat Trafik Tinggi

Serius. HH sendiri memanipulasi entri-entri sebegini untuk mendapatkan trafik mencanak di blog-blog kendalian. Cuma mungkin, atas dasar manusia yang punyai hati budi, HH memilih untuk paparkan entri-entri hiburan tertentu sahaja. Walaupun, kadangkala hati ada detik tamak haloba, namun ingatan dan nasihat ustaz yang 5 tahun dok ngajar kat sekolah, akan jadi benteng untuk tidak melakukan keterlanjuran.

Bukan mahu kata HH ini baik sangat, cuma mungkin ada pengalaman pahit yang menjadikan HH berhati-hati dengan menulis entri bercorak begini. Silap info, tuan punya diri yang akan 'hukum' kita. Belum lagi masuk bab peminat fanatik yang suka tegak benang yang dah kena rendam dalam air.

Untuk elak kontroversi dan untuk elak menjadi punca hati manusia semakin hitam, maka entri dunia hiburan yang selalu dapat trafik tinggi akan cuba diolah dan ditapis isi kandungan agar sesuai dibaca dengan minda terbuka.

Menyemai rasa meluat, benci, dendam dan sebagainya dielakkan agar ukhwah sesama dapat dieratkan. 

Blogger harus pandai untuk olah sesuatu entri mengenai dunia hiburan agar ia mendatangkan manfaat untuk semua, baik mengenai kisah, baik kepada pengunjung mahupun kepada diri blogger itu sendiri. Jangan malukan diri sendiri nanti.


21 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Syahjehan AlcantaraMarch 23, 2013 at 1:37 PM

    yang itu kompem gmbar hXXXXXne kennn.. kuikuikui

    ReplyDelete
  2. Memang blog hiburan ni selalu dapat rating tinggi.... Tu memang tak disangkal..
    Tapi tu la, jangan nak percaya sangat sebab selalunya blog ni banyak benda2 yang berunsurkan fitnah....

    ReplyDelete
  3. Pembaca perlu ada ilmu untuk baca bab-bab gitu.

    ReplyDelete
  4. Ya, saya setuju. @google-b052f2b5dad5d9d2e3df0b7b95d9b968:disqus dan jadi tanggungjawab kita untuk cuba manipulasi tajuk panas sedemikian untuk sebarkan kebaikan dan ilmu yang berguna.

    ReplyDelete
  5. Hmm ... minat masing-masing. Dan saya perlu lihat blog2 ini untuk mencari ilmu di sebalik blog.

    ReplyDelete
  6. sangat-sangat bahaya.


    sebab tu malas nak buat entry berkaitan artis. biar pageview sikit, jgn buat fitnah sudah

    ReplyDelete
  7. Itulah yang terbaik, namun perjuangan dalam enjin carian perlu agar lebih banyak entri lebih baik ditonjolkan di sebalik tajuk entri yang panas begitu.

    ReplyDelete
  8. Beginilah yang hangat diperkatakan di semua blog. Blog hiburan pasti mendapat sambutan. Isu gosip artis/celebriti pasti mendapat trafik yang tinggi, walaupun beritam itu belum ada kesahihannya. Tapi ingatlah....ada yang lebih Maha Mengetahui drpd kita iaitu Allah Taala.

    ReplyDelete
  9. entri yang artis panas memang confirm dapat trafik ribu-riban.... untunglah sapa yang buat blog hiburan tu...

    ReplyDelete
  10. sejujurnya HH saya kurang minat baca blog hiburan sebab saya tak suka gossip. kalau baca pun, hanya yang melibatkan Inteam dan Super Junior je..yang lain2 memang tak baca langsung. :)

    ReplyDelete
  11. Untung sekejap je ... tak untung sepenuhnya. Lihat dan dalami betul-betul @mialiana:disqus .... mungkin sesuatu boleh dibuat untuk menarik trafik dalam masa yang sama buat untung yang benar2 untung - dunia akhirat.

    ReplyDelete
  12. saya pun tak berani buat entri panas dan dedah sana sini, sebab dosa sendiri pun dah banyak apatah jika kita tulis, sebar dan orang lain sebar-sebarkan...takut!!

    ReplyDelete
  13. mmg mselim3 x sangkal kenyataan nie...mmg benar..manusia lebih suka hiburan daripada ilmu...heheh biasa lah...nak buat mcam mana kan....


    mselim3


    pls:Susah nak ubah fitrah manusia...

    ReplyDelete
  14. Jangan kita berputus asa, kita ada tanggungjawab sebagai daei .... kita lakukan apa yang termampu dilakukan. Usaha tangga kejayaan.

    ReplyDelete
  15. entri hiburan dan 18 tahun memg xpatot ada..fendy pon berhati2 nak post...melainkan kalau untuk pengajaran...xberani ambil risiko dosa dan fitnah ni...

    ReplyDelete
  16. Blogger harus pandai menapis artikel-artikel terutamanya menyentuh berkaitan artis bagi.. Saya juga ada kalanya menulis pasal artis tetapi terpaksa menyemak tiap-tiap baris ayat yg digunakan bagi mengelakkan menyinggung mana-mana pihak.. View tinggi risiko pun tinggi.. ^^

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum hh...setuju2 sangat...untung blogger hiburan...;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement