As-Salam. Untuk widget pilihan kali ini, HH nak kongsikan kepada anda bagaimana nak buat kotak recommended post slide out. Ia merupakan kotak yang paparkan entri rawak secara automatik apabila pengunjung blog anda scroll ke bawah blog anda.

Ia akan keluar dari tepi (slide out) dan papar satu entri rawak sebagai satu pilihan pembacaan bagi pengunjung blog. Cirian ini punyai kekunci tutup, sebagai pilihan kepada pengunjung blog seandainya tidak mahu papar kekotak tersebut.

Kotak Recommended Post Slide Out 




Anda boleh mencuba penggunaan widget ini sebagai salah satu cara untuk menarik pengunjung membaca entri-entri lain yang ada di dalam blog anda. Dan juga menambah masa pengunjung berada di dalam blog anda tanpa pangkah tutup. 

Untuk pengetahuan, dari segi pengiraan aspek SEO, masa pengunjung berada di dalam blog diambil kira sebagai satu tanda bahawa blog itu memberikan kandungan berkualiti. Semakin lama seseorang pengunjung dengan ip unik yang sama menghabiskan masa di dalam sesebuah blog, maka semakin baiklah penarafan ranking serta SEO untuk blog tersebut.

Kekotak recommended post slide out ini merupakan widget yang telah diubahsuai oleh Blogger Plugins supaya ia termuat selaras dengan kadar loading blog. Ini secara tidak langsung tidak membawa kesan ketara ke atas kadar loading blog anda. Post atau entri yang dipilih adalah rawak berdasarkan feed blog anda.

Cara nak aplikasikan widget ini sangat mudah, anda tak perlu fikir terlalu ketat sampai terasa kepala otak panas. Apa yang perlu anda buat hanyalah klik add widget, dan semuanya sudah boleh beroperasi dengan baik di dalam blog blogspot anda.

Cara Letak Kotak Recommended Post Slide Out Untuk Blogspot


Mahu mencuba dan letakkan dalam blog anda? Hanya klik pautan berikut: Recommended Post Slide Out Widget

Jika anda seorang yang mungkin inginkan kelainan, boleh saja ubah koding widget tersebut bagi memenuhi citarasa anda dan menjadikan ia nampak sepadan setara dengan reka bentuk blog anda.

Selamat mencuba.

16 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. asalamualaikum hh...menarik info ni...:)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih @google-b4d8ebbc87b711ec161a79e837f8369d:disqus

    ReplyDelete
  3. Antara widget yang harus dimiliki :)

    Terima kasih Tuan HH. Semoga Blog Tuan kekal hebat! :D

    ReplyDelete
  4. Terima kasih @Danialde4:disqus .... anda juga yang buatkan blog ini seperti sedia adanya

    ReplyDelete
  5. menarik tp xletak sebab xnak bagi serabut...nice

    ReplyDelete
  6. Hmmm .. bukan semua widget sesuai diletakkan dalam blog kita. Kena pilih mana yang terbaik.

    ReplyDelete
  7. InshaAllah saya akan cuba nanti ye

    ReplyDelete
  8. Boleh lihat tutorial ini - http://www.bloggersway.com/2013/01/recommended-post-slide-out-widget-blogger.html

    ReplyDelete
  9. Jika tak berjaya, mungkin ada konflik [ada javascript. Check dalam koding blog samada sudah muatkan javascript. Jika ada dua version , buang salah satu.

    ReplyDelete
  10. mcm menarik utk di cuba ... heheh thnx HH

    ReplyDelete
  11. Sama-sama ... :) saya cuba dah tadi, dan boleh digunakan dengan baik untuk blog blogspot.

    ReplyDelete
  12. Widget ini menarik.. memang lama mencari, tetapi nak cuba pasang setelang mendapat templete yang sesuai..

    ReplyDelete
  13. Ya, boleh diaplikasikan jika mahu.

    ReplyDelete
  14. tak berjaya la ... huhuhu ad tutorial yg mudah tak??

    ReplyDelete
  15. Ini adalah yang paling mudah sbb anda tak perlu nak buat apa-apa koding pun, hanya klik dan add widget .... hmmm

    ReplyDelete
  16. baru fyna tahu. nak cuba lah lepas nih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement