As-Salam. Ada rakan blogger yang bertanyakan, "Bagaimanakah mahu pindah milik blog kepada orang lain?" Atau dengan kata lain, menjual hak milik blog kepada orang lain, dan kita tidak lagi punyai apa-apa hak lagi ke atas blog tersebut. Hmmm ... ia sebenarnya mudah dilakukan. In Sha Allah, dalam entri ini, HH akan terangkan cara-cara pindah milik ini.

Kenapa pindah hak milik? Selalunya apabila sesuatu blog itu telah berjaya memperoleh trafik yang tinggi selain daripada jumlah pengikut serta ada income yang bagus, tentunya ia akan menarik 'pelaburan' daripada orang lain. Ini bukan perkara baru, malah banyak blog-blog yang hebat telah dibeli oleh syarikat-syarikat besar seperti Yahoo dan Google dek kerana kandungan berkualiti serta tarikan trafik yang dijana oleh blog-blog tersebut.

Ramai blogger yang telah menjadi jutawan kerana menghasilkan blog yang mengandungi isi kandungan terbaik yang dijadikan rujukan ramai. Antaranya, ialah Mashable, Techcrunch dan banyak lagi, seperti yang pernah HH tampilkan di entri ini - 10 Blogger Terkenal Jutawan Dunia.

Tatacara Pindah Hak Milik serta Admin Blogspot

Ok, berbalik kepada tajuk - pindah hak milik serta admin blogspot. Pertama sekali, anda sebagai pemilik blog asal perlu mendapatkan email pihak yang mahu ambil alih. Kemudian, anda lakukan jemputan untuk menjadi salah seorang penulis (author) di blog anda.

Sila ke Settings dan di bahagian Permissions, anda klik add authors. Masukkan alamat email yang dimaksudkan tadi. Kemudian klik Invite Authors.




Apabila jemputan itu diterima menerusi email oleh pihak yang mahu ambil alih, ia perlulah mengesahkannya dan menerima jemputan daripada anda.

Proses ini lebih mudah andai si pemilik baru menggunakan akaun Google (Gmail). Jika tidak, si pemilik baru perlu daftar dengan menggunakan alamat email jemputan tadi.

Jika si pemilik baru telah mengesahkan dan menerima jemputan, anda akan lihat di bahagian tersebut menjadi seperti ini:

Sudah ada 1 admin dan 1 author, anda perlu tukarkan fungsi pemilik baru menjadi Admin dengan klik bahagian hujung. Status akan bertukar serta-merta. Pemilikan penuh akan dapat pada pemilik baru apabila dia mengeluarkan anda dari senarai admin nanti. Selesai.

Mudah je kan? Harap entri ini dapat menjawab pertanyaan rakan blogger tersebut.

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. oh macam tu mudah sahaja rupanya hehe

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum hh...oh!! begitu rupanya mekacih atas info ini..:)

    ReplyDelete
  3. ok..saya faham entri ni sebab saya pernah buat macam ni tahun lepas..hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement