As-Salam. Bukan sekali dua blogger merungut, banyak kali dah. Entah mana silapnya, ramai blogger mengeluh kerana merasa tidak puas hati barangkali dengan syarikat pengiklanan maya yang hanya pandai ambil kesempatan ke atas blogger, terutama blogger baru.
Ada adik-adik dan rakan blogger baru yang menulis dalam blog, mengatakan mereka rasa kecewa dengan syarikat pengiklanan yang tak berikan sedikit 'keistimewaan' kepada mereka. Apa yang mereka nampak hanyalah blogger-blogger yang sama sahaja. Mana tidak blogger yang sama sahaja dapat gah buat entri terima cek beratus-ratus setiap kali nak buat cash-out.
Rakan blogger ini mendakwa syarikat pengiklanan itu pilih kasih hanya pilih blog-blog tertentu sahaja untuk terima layanan 'istimewa'. Sedangkan blog yang lain, hanya merasa yang biasa-biasa sahaja. Jenuh kata mereka.
Cemburu Lihat Blogger Papar Cek
Mereka akui, mereka merasa cemburu dengan rakan blogger yang lain yang boleh belanja rakan-rakan dengan duit pengiklanan di blog, sedangkan mereka tak kesempatan melakukan perkara tersebut.
Kecewa sebab blog tidak memberikan hasil yang diharapkan. Kecewa kerana syarikat pengiklanan pilih kasih, pilih blog tertentu sahaja untuk perletakkan iklan yang lebih 'istimewa' ganjarannya.
Hmmm..... kan kan ... bila terlalu berharapkan blog boleh jana pendapatan, beginilah jadinya. Mood nak berblog jadi ke laut. Apa yang berlaku ialah terdetik rasa putus asa yang memungkinkan untuk ucap selamat tinggal dunia blog.
Jangan Sedih Tapi Buktikan Buat Mereka Nganga
Dah dah ..janganlah bersedih. Ubah sikap untuk hanya fikirkan blog itu sumber pendapatan. Tak perlu fikir sangat, anggap ia sebagai satu 'bahan' sampingan sahaja untuk blog. Yang paling penting ialah tunjukkan kepada syarikat pengiklanan itu bahawa blog anda adalah blog terbaik. Tunjukkan dan buktikan bahawa blog anda boleh dapat trafik ribu-ribu setiap jam, setiap minit. Biar mereka nganga.
Buktikan yang blog anda berbaloi dan bernilai. In Sha Allah ...nanti mereka sendiri akan 'rayu' kepada anda untuk letakkan iklan itu dan ini dalam blog anda. Tak percaya? Cubalah dulu dapatkan trafik yang sangat awesome buat blog.
Terbaeeeekkkkkk
ReplyDeletekalau fikir pendapatan sahaja kerana berblog mmg x sampai mana
ReplyDeletelast2 kecewa, mood pun hilang :)
sapa rugi? huhuh
Iklan? hahaha..sebab tu kat blog den kadang2 ado pasang iklan la ni dah tak dak. saja jer nak test boleh dapat income ke idak kan. agak2 kalo tak dak income tu better buang and mantapkan PV and UV blog dulu.
ReplyDeleteItulah silap blogger kita ni. baru buat blog dah sibuk dok nak pasang iklan bagai. blog pun belum tentu ada yang baca. to me better mantapkan blog. war2kan pada rakan2 blogger lain akan kewujudan blog. Bila blog dah ada pembaca and trafik blog dah mantap, barulah fikir pasal mencari side income melalui blog.
nak menjana pendapatan melalui blog tak semestinya melalui pengiklanan like nuffnang, komli, and the others. kita boleh juga jana pendapatan dengan program afiliate.
berkaitan blogger2 tertentu yang mampu menarik pengiklan untuk memberikan iklan yang masyuk kepada mereka. kita kena lihat juga bagaimana blogger tersebut lakukannya. depa bukan buat benda ni sehari dua. setahu saya depa ada network yang besar dan rajin mendekatkan diri dengan pengiklan. nuffnang kalau tak silap saya kita kena rajin join event depa. kalau kita kerap melekat dengan depa. In Syaa Allah kita akan jadi anak ikan depa (hehe anak ikan tu..tapi bukan aku).
sbb ramai blogger skrg mengejar $$$$,
ReplyDeletebetul...saya pun dah naik malas nak letak iklan dalam blog
ReplyDeleteEntri yang menarik..
ReplyDeleteTapi jika kita lihat blogger2 yag asik terima pendapatan tinggi tu sebenarnya bermula dari bawah juga hinggalah trafik yang awesome ....
macam orang atas ni kan....kih3
ReplyDeleteKata2 semangat yang memotivasikan Abe. Tq Abg HH
ReplyDeleteinsyaAllah ..
ReplyDeleteYang penting kena banyak sabar ,insyaallah kalau ada rezeki tak ke mana ..yang penting usaha.. Sy pn dapat first cek Nuffnang ambil masa 9 bln jenuh nak promot iklan..haha ..Apa-apa sy sokong blog bukan hanya untuk pendapatan :)
ReplyDeletebetul tu.. kdg2 jeles tgok.. tgok nuffnang cegitu gak earning dia.. ermmm
ReplyDeletenak jana income lebih sikit..usaha pun kena lah lebih... kalau niat blogging just nak duit.. tak kan kemana juga tu.. bermula dari bawah sehinggalah berjaya.. jangan terus nak berada atas...
ReplyDeletesetuju sangat.. Nak lbh income bt bisnes sendiri..
ReplyDeletemmg byk pengiklan pilih kasih. terutama sekali nuffnang. aku paling tak suka nuffnang. buat masa sekarang komli + bidvertiser terbaik. tapi bidvertiser pn pilih bulu untuk tayang iklan. tunggu masa je nk tukar, tgh tunggu approvemnt yg lain.
ReplyDeleteKOMLI is the best.
blog menjana pendapatan bg yg betol2 full time blogger...yg jarang2 ni...rilex je...
ReplyDeletesetuju...anggap je kalau dapat pendapatan sebagai "hadiah" untuk diri,, kalau terlalu berharap nanti diri yang down..;)
ReplyDeletedulu beralah letak iklan kat blog. last2 camtu gak.
ReplyDeletelebih baik tak letak dr letak bagai nk rak -_-
Dah malas nak letak ad. Return sgt lambat. Income blog saya sekarang dtg dari commission work.
ReplyDeletekomli mmg masyuk.. yg best dia ada setting default. maknanya dlm iklan komli boleh letak iklan lain,
ReplyDeleteYa, ramai antara kita terutama HH ..hehehe... nak je berada di atas .... kadang2 perlu berada di bawah agar sedar akan kesilapan dan nilai diri ...
ReplyDeleteYa, kena banyak bersabar utk membolehkan blog jana pendapatan. Soal blog dapat duit adalah satu bonus, tidak sepatutnya jadi perkara utama ..melainkan anda benar-benar buat blog niaga atau blogshop
ReplyDeleteHanya mereka yang kejar $$$ yang terasa rugi.
ReplyDeleteTerima kasih @eryati:disqus
ReplyDeleteUhh ada misi nak jadi anak ikan ...hehheehe.. tak cakap kalau tak terlintas .. :P hehehehe... apapun apa yang dikatakan memang betul.
ReplyDeleteHmmm belum lagi mencuba KOMLI ... in Sha Allah ..nanti nak mencuba.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.