As-Salam. Akhirnya seribu persoalan yang bermain di minda sudah terjawab. Tidak berjaya menjadi pilihan tetapi kejayaan blog ini disenaraikan dalam top 3 Blog Pendidikan Pilihan MSMW2013 memang di luar jangkaan. Terima kasih kepada rakan blogger yang telah sudi mengundi blog ini dalam tempoh sebulan lebih masa yang diberi.

Tak berjaya tapi terima kasih diucapkan kepada semua. Tak berjaya jadi pemenang, tak mengapa, malah HH bangga kerana blog yang menjadi pilihan terbaik adalah blog rakan blogger OhCikgu.com. Tentu ramai yang kenal dengan blogger Mr. Titan atau nama sebenarnya Ahmad Faizal bin Abi Setama, penggila cendol yang merupakan pemilik blog guru kacak dan comel Malaysia ini.



Mr Titan bukan nama kecil dalam dunia blog Malaysia. Dia adalah blogger yang bijak dan berpengetahuan luas dalam dunia blog ini, terutama hal berkaitan SEO dan juga Affiliate Marketing. Tengok betapa menerusi blog, mamat kacak ini telah dapat income bertindih-tindih menerusi program affiliate yang disertai.

Dan memiliki banyak blog, antaranya earncent.com, ohcikgu.com dan ahmadfaizal.com

Sebenarnya, HH pun baru tahu blog OhCikgu 10 Blogger Terbaik Malaysia ... merupakan blog Mr Titan.... sebab kes dengki nak tahu punya pasal .. hahaha... jadi digodek segala rahsia maya.

Tahniah kepada Mr Titan sebab menerusi OhCikgu berjaya menjadi Blog Pendidikan Pilihan di World Bloggers and Social Media Awards 2013 yang berakhir malam tadi di Berjaya Times Square, KL sempena Minggu Media Sosial Malaysia 2013 yang turut dihadiri oleh Lisa Surihani ....

Tak berjaya tapi terima kasih sekali lagi buat rakan blogger yang telah sudi memberikan undian kepada blog ini. Dan terima kasih juga kepada yang tidak mengundi kerana undi blog lain kerana memberikan sokongan untuk blog yang benar terbaik dalam setiap kategori yang dipertandingkan. Sesungguhnya anda membantu untuk mempertingkatkan taraf blogger Malaysia menjadi satu kerjaya di Malaysia seperti yang diilhamkan oleh rakan blogger Denaihati.com

Untuk info, Denaihati.com menang lagi tahun ini dalam kategori Blog Paling Kreatif 2013.

p.s: MSMW2014 tentu lebih gempak lagi.

13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tahniah kepada pemenang. Award adalah sekadar pembari semangat. Walaupun tidak berjaya tahun ini, penulisan di blog harus di teruskan. Di harap tuan HH terus membantu blogger lain dengan info yang terbaik!

    BalasPadam
  2. tak apa bro...cuba lagi next year...maybe bro silap kategori sb tu tak menang

    BalasPadam
  3. xpe...cuba lagi...ada rezeki dpt la nt...

    BalasPadam
  4. Hehehehe.... in Sha Allah. Rezeki ada di mana-mana, ye tak?

    BalasPadam
  5. Mungkin, mungkin tahun depan kalau ada, calonkan blog lain lak ke ...

    BalasPadam
  6. In Sha Allah, selagi ada daya dan sokongan dari blogger macam tuan @eqbalzack:disqus ... Saya takkan jemu, lagipun ini memang minat dan kesukaan .... sukar rasanya nak berhenti.

    BalasPadam
  7. Its OK HH..yang penting Blog ni dah banyak contribute and share what we need as a blogger...

    BalasPadam
  8. apapeun tahniah bt semua ::)

    BalasPadam
  9. tersenarai dlm top 3 jugak sudah menunjukkan pencapaian yang bagus kan..teruskan menulis untuk panduan semua blogger..:)-

    BalasPadam
  10. Walau tak menang dimata juri, tapi menang dihati kami yang sentiasa belajar mengenai blog daripada HH terutama saya. Saya memang banyak belajar daripada HH mengenai dunia blog yang selama ni saya tak perasan langsung sebenarnya banyak yang perlu dipelajari

    BalasPadam
  11. Satu penghargaan .. terima kasih.

    BalasPadam
  12. in Sha Allah, selagi diberikan kesempatan dan ilmu

    BalasPadam
  13. assalamualaikum hh..tahniah pada yg berjaya dan juga hh sbb diantara 3 blog pendidikan terbaik...:)...:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement