As-Salam. Seandainya anda seorang blogger yang mungkin mahu mandiri dengan menggunakan hosting berbayar, anda sepatutnya tahu sedikit sebanyak ilmu untuk memilih sebuah perkhidmatan hosting yang baik. Jika tersilap pilih, anda akan hadapi masalah di kemudian hari, dan jika anda mencari hosting blog anda, anda mungkin akan hilang pembaca setia atau pengikut seandainya pemilihan anda tidak tepat.
Untuk itu, HH kongsikan sedikit pengetahuan untuk anda tahu dan nilai beberapa kriteria penting untuk membeli atau mendapatkan hosting berbayar bagi blog anda. Untuk entri kali ini, HH kongsikan mengenai 4 jaminan yang perlu ada dalam perkhidmatan hosting berbayar ini.
4 Jaminan Perlu Ada Apabila Dapatkan Hosting Berbayar
Jaminan Masa Uptime
Sudah menjadi satu standard bagi semua pembekal perkhidmatan hosting bahawa jaminan masa uptime ini merupakan antara promosi perlu dan wajib diketengahkan. Masa Uptime ialah tempoh masa sesebuah laman web atau blog dapat diakses menerusi hosting yang dipilih, tanpa sebarang masalah atau gangguan. Selalunya para pembekal hosting akan beri jaminan sehingga 99.9% masa uptime.
Maka, sangat penting dan perlu untuk dapatkan pakej hosting yang punyai jaminan masa uptime ini. Jangan pilih jika ia tidak ditawarkan. Dan pastikan anda lihat terma syarat jika ada jaminan diberikan.
Jaminan Keselamatan
Bagi mengelakkan sesebuah laman web atau blog dari digodam semudah dan sewenang-wenangnya, penyedia khidmat perlulah memberikan jaminan keselamatan dengan menyediakan segala cirian keselamatan yang terbaik. Anda seharusnya memilih penyedia khidmat yang menyenaraikan fungsian ciri keselamatan mereka, dan paling penting ialah aplikasi yang digunakan perlu tulen serta terbuktu berkesan.
Ada sesetengah penyedia khidmat hosting ini memberikan senarai sehingga 3-4 ciri keselamatan termasuklah firewall, antivirus, antimalware dan macam-macam lagi, walhal sebenarnya ia merupakan perisian percuma yang mempunyai tahap keselamatan minima. Malah, ada yang menggunakan perisian cetak rompak yang sangat mudah untuk digodam untuk penggodam laman web.
Jaminan Bantuan Sokongan
Antara cirian penting yang perlu blogger ambil perhatian apabila mahu mendapatkan hosting sendiri. Yelah, kita semua bukan ada pengetahuan teknikal yang baik, maka amat penting sekali ada jaminan bantuan teknikal dan sokongan yang boleh membantu anda dengan mesranya seandainya berlaku masalah pada blog atau laman web.
Anda seharusnya ambil perhatian mengenai bentuk bantuan sokongan yang diberikan. Anda mesti memastikan setiap bantuan sokongan yang ditawarkan wujud dan berfungsi dengan baik - contohnya sokongan menerusi telefon, sms, email, faks, mahupun alamat surat-menyurat. Semua info untuk mendapatkan bantuan ini perlu jelas dan diberikan kepada anda.
Jaminan bantuan mestilah yang terbaik contohnya ada jaminan mengatakan setiap email atau tiket masalah akan dijawab kurang 24 jam dan sebagainya. Cuba kemukakan beberapa soalan mengenai hosting kepada mereka sebelum anda mendapatkan khidmat hosting, dan lihat berapa lama respon atau masalah anda diselesaikan.
Jaminan Data Sokongan
Penat anda buat blog dalam hosting berbayar, tetapi entah macam mana tetiba sistem pelayan (server) hadapi masalah, lalu blog anda tidak boleh dicapai atau dikemas-kini. Apa yang berlaku ialah pelayan pihak penyedia khidmat telah rosak atas sebab-sebab tertentu. Lalu semua data dalam hosting telah padam atau hilang.
Untuk elakkan perkara tidak diingini seperti yang HH katakan tersebut, amat penting sekali bahawa anda mendapatkan jaminan bahawa blog atau laman web anda diberikan data sokongan atau backup. Paling tidak, penyedia khidmat dengan jelas mewartakan jadual data sokongan dilakukan untuk blog anda. Anda perlu tahu bentuk, jenis dan jumlah data backup yang diperuntukkan kepada pelan hosting anda. Jangan sampai anda menyesal apabila perkhidmatan ini tidak disediakan untuk kembalikan semua benda yang telah anda usahakan dalam blog anda.
Ya, itulah empat jaminan yang perlu anda lihat dan teliti apabila mahu mendapatkan atau membeli hosting berbayar bagi blog anda. Pilih yang berbaloi dengan duit poket hasil iklan blog anda .... jangan terlalu ghairah untuk mendapatkan hosting yang nampak grand tapi isi kosong. Ingat, mereka penjual ... dan mereka akan memberikan segala promosi hanya untuk dapatkan komitmen anda.
Selamat memilih.
nt HH tolong suggestkan mana hosting yg ramai org guna dan meyakinkan....senang utk blogger pilih...hehe
ReplyDeleteinfo menarik :)
ReplyDeletedijemput masuk giveaway pertama sy :)
http://www.khairilmazri.com/2013/04/1st-anniversary-domain.html
HH hosting mana yang paling orang suka dan menguntungkan....
ReplyDeleteterima kasih dengan peringatan ini HH
ReplyDeleteBelum berani lagi tapi saya teringin sangat nak tukar blogspot.tu
ReplyDeleteHmm ... tak mahal pun .. tukar nama domain cuma rm30 setahun je ...
ReplyDeleteSama-sama @kertas_warna_merah:disqus
ReplyDeleteHmm .. sukar nak kata, ada yg suka pilih yang murah ... ada yang suka yang berikan banyak benda free ... cubalah nanti Google dan pilih
ReplyDeleteTerima kasih atas ajakan ini @khairilmazri:disqus
ReplyDeleteHmmm .... susah sebenarnya nak buat entri camtu ...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.