As-Salam. Bagaimanakah untuk menghasilkan sebuah blog yang memberikan pelbagai tips dan panduan blogging terbaik? Semua orang boleh tulis, tetapi bagaimana hasilkan sebuah entri yang tepat dan memuaskan bagi kategori menulis tips blogging? Tulis mudah, tetapi menulis tips blogging terbaik tidaklah semudah yang disangka, ia perlukan kreativiti dan paling utama apa yang disampaikan difahami oleh pembaca blog.
HH seringkali kantoi dalam memberikan tips blogging terbaik ini. Sukar nak buat pembaca faham apa yang ditulis, ini adalah kerana kadangkala tips atau panduan yang diberikan bersifat teknikal. Bila bab teknikal ni, HH memang failed ... tu sebab tak mahu jadi tenaga pengajar atau cikgu ... takut nanti ramai anak murid kena piat telinga.
Namun, ada rakan blogger telah berikan tips untuk bagaimana menghasilkan sebuah entri tips blogging terbaik. Ada 4 petua yang harus diamalkan apabila membuat entri berkaitan petua, panduan mahupun tutorial blog. Jadi, kalau anda mahu buat entri mengenai tutorial blog, anda harus ikuti panduan yang diberikan ini.
4 Petua Menulis Tips Blogging Terbaik
1. Cuba Baru Tulis
Anda seharusnya mencuba apa yang ingin anda kongsikan terlebih dahulu, ia penting agar anda tahu ia berfungsi dan boleh diguna-pakai. Kadangkala ada sesetengah blogger hanya menulis tanpa mencuba dahulu tips, panduan atau tutorial yang mahu dikongsikan. Anda perlu bukti bahawa apa yang dikongsikan itu menjadi dan bukan hanya satu coretan kosong.
2. Gambar Bantu Lengkapkan Entri
Ketika anda sedang mencuba, pastikan anda print screen setiap tatacara yang dilakukan. Gambar amat membantu apabila menulis entri yang berkaitan tutorial sesuatu. Jadi, pastikan gambar dan penerangan ringkas disediakan dengan baik serta jelas.
Tunjuk bukti akan kebaikan panduan atau tips yang telah anda kongsikan. Ia penting untuk meyakinkan pembaca, dan membuatkan mereka ingin mencuba. Untuk entri tutorial, adalah lebih baik satu blog ujian disediakan untuk menunjukkan hasil apa yang dikongsi, contohnya tutorial mengenai widget - perlu tampilkan sebuah blog demo untuk tunjukkan bahawa widget itu berfungsi dengan baik.
3. Padat Ringkas Tetapi Difahami
Sebuah entri yang baik, paling tidak mesti dalam lingkungan 300 patah perkataan, jadi memang cukuplah untuk anda menghasilkan sebuah entri tips blogging dalam lingkungan jumlah perkataan tersebut. Penerangan perlu padat, ringkas tetapi difahami pembaca. Apa guna buat tutorial atau berkongsikan tips tetapi buar pembaca blur dan garu kepala.
4. Bantu Bila Ada Masalah
Salah satu cara untuk menjadi seorang blogger perkongsian ilmu yang baik dan dihormati ialah mencuba untuk menjawab setiap persoalan yang diberikan dan disampaikan oleh pengunjung dan pembaca blog. Kadangkala, ada blogger atau pembaca yang tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan, maka oleh itu, anda harus sentiasa peka dengan setiap persoalan atau komen yang ditinggalkan.
Untuk menunjukkan anda pakar dan tahu mengenai apa yang anda tulis, jawab persoalan mereka sebaik mungkin. Jangan biarkan persoalan dan permasalahan terbiar tangguh dan tidak berjawab. Tips dan panduan blogging terbaik perlu disampaikan .... dan pada masa yang sama, bantu bila ada masalah berkaitan dengan apa yang ditulis.
Inilah panduan atau petua untuk menulis tips blogging terbaik yang telah dikongsikan oleh blogger Affan Ruslan. Anda boleh baca entri asal mengenai tajuk ini di sini - Bagaimana Menulis Tip Blogging Terbaik.
Jika mahu kongsikan sesuatu ilmu, pastikan anda faham apa ilmu yang mahu dikongsikan, cuba dan praktikkan agar lebih meyakinkan. Bukan sahaja untuk yakinkan pembaca, tetapi juga untuk yakinkan diri sendiri bahawa apa yang anda berikan kepada pembaca itu benar-benar boleh dipraktikkan.
setuju dgn HH...
ReplyDeleteTerima kasih
Deletetq :)
ReplyDeleteamat bersetuju.
ReplyDeleteskang entry blog sy penuh dengan gambar.
yg lain ada dah ^_^
Awas dengan gambar, kadangkala ia akan melambatkan loading blog.
Deletemenulis biarlah berilmu bukan main hentam saja....
ReplyDeleteterima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat
ReplyDeleteboleh ikut ni.... ;) tq HH..
ReplyDeleteSama-sama mia ...
DeleteNice sharing.. Saya selalu buat Tips blogging tapi jarang letak gambar.. (^_^)
ReplyDeleteAdmin : http://angellovesoldier.blogspot.com/
Tq 4 sharing..amat berguna utk panduan. Teruskan memberi tips yg baik..saya nk tmbh sikit, kalau nk buat penulisan yg baik, kena ada minat ke atas apa yg nk ditulis..senang nk tulis sesuatu yg kita minat..
ReplyDeleteJoeproblogger.com
Ya, secara amnya .. mana2 penulisan mesti nak ada minat.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.