As-Salam. Sebenarnya banyak tatacara nak buktikan atau nak periksa samada blog yang kita dok buat berbulan-bulan lamanya ini sudah capai taraf mesra SEO atau belum. Paling mudah ialah dengan taip nama blog kita, dan lihat hasilnya di enjin carian.

Jika ada hasil seperti di bawah ini, yang menunjukkan beberapa entri atau kandungan blog, maka blog anda sudah dikira berjayalah capai taraf blog yang mesra SEO (Search Engine Optimization).

Oh ya, cirian di atas hanya berlaku di enjin carian Google, kalau di Yahoo atau Bing, ia lebih simple, tak ada keluar wajah botak tak berapa manis muka seperti di atas ni. Tapi, cara dan kaedah lebih kurang sama, hanya taip nama blog atau url blog anda di carian seperti contoh hasrulhassan atau hasrulhassan.com atau Panduan Blogger Blogspot.

Seandainya, anda merasakan anda sudah lakukan segala macam benda dalam blog untuk sesuaikan dengan cirian SEO, berikan masa untuk enjin carian gelintar blog anda. Proses untuk mendapatkan sitelink seperti di atas makan masa, namun bergantung juga dengan cara anda promosikan blog anda.

Ingat petua-petua di bawah ini yang sebelum ini pernah HH kongsikan.

4 Petua Untuk Blog Punyai Sitelink Google Search

  1. Hantar url blog anda ke enjin-enjin carian paling kurang 3 minggu sekali atau sebulan sekali. Bagaimana nak hantar url blog anda ke enjin carian? Sila baca entri ini - 8 Cara SEO Mudah.
  2. Ping setiap kali blog anda telah terbitkan entri baru. Anda boleh ping ke banyak laman agregator dan ping menerusi Google Ping - Ping Guna Google Ping.
  3. Ping seminggu sekali secara rawak walaupun blog anda belum lagi terbitkan entri baru.
  4. Rajinkan diri anda untuk singgah di laman-laman yang tawarkan beberapa perkhidmatan web atau blog, seperti Periksa Pagerank, Alexa, Periksa SEO dan macam-macam lagi supaya anda boleh hantar url blog anda secara tidak langsung.

Semakin rajin anda update blog, dan lakukan 4 petua di atas, semakin singkat masa yang anda perlu tunggu untuk membolehkan blog anda punyai sitelink di enjin carian terutama Google.


24 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Macamana google search encik boleh keluar katagori2 di bawah sehingga menjadi 6 katogari? boleh tunjuk ajar? terima kasih

    ReplyDelete
  2. Tip-tip yang bagus untuk mendapatkan sitelink, tapi kenapa yang saya sekejap ada dfan sekejap tak ada sitelink seperti HH. Kenapa boleh jadi begitu ya?

    ReplyDelete
  3. Bagus tips2 camni. Senang nak praktik. Cuma tinggal rajin atau tak jer..hehe


    thanks bro berkongsi =)

    ReplyDelete
  4. fairus mohamad noorApril 9, 2013 at 9:07 AM

    tq share tip yg bagus ni..

    ReplyDelete
  5. thanx share.. amat berguna ..

    ReplyDelete
  6. Sama-sama .... semoga blog anda dapat sitelink atau snippets macam di atas.

    ReplyDelete
  7. sama-sama @hafizmd:disqus .... kalau rajin, hasilnya tentulah best

    ReplyDelete
  8. Itu bergantung dengan pelayar internet ...jangan bimbang soal tu sangat .... dan ia juga bergantung dengan jumlah connectivity dengan FB serta G+ ..

    ReplyDelete
  9. Sama-sama @twitter-628470735:disqus

    ReplyDelete
  10. Terima kasih .. blog bicara mak dara dah ada sitelink kan? @facebook-100000017755028:disqus

    ReplyDelete
  11. Buat je seperti di atas ... ikuti panduan yang diberikan tu, dan banyak bersabar dan pastikan blog update ...

    ReplyDelete
  12. Ia tidak ada sitelink, cuma secara ke bawah, rasanya tak perlu difikirkan sangat, ia akan muncul semula bila tiba waktunya. Insya Allah...itulah harapan saya.

    ReplyDelete
  13. terima kasih. semua dah selesai..atas tunjuk ajar dalam blog encik :)

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum hh...tadi baru cek ada juga n3 mama dicarian teratas dlm google adakah itu tandanya dah dpt SEO yer...:)

    ReplyDelete
  15. TQVM HH..info yang sangat berguna...

    ReplyDelete
  16. Tips yang bagus HH.. Memang blog ini menjadi pilihan buat saya untuk belajar sedikit ilmu dari tuan.. Terima kasih..

    www.irwanalessatyme.com

    ReplyDelete
  17. Ya... berada di dalam enjin carian adalah blog-blog yang hebat dan menepati keperluan SERP dan SEO.

    ReplyDelete
  18. Boleh mempraktikan lagi supaya dapat di index google

    ReplyDelete
  19. Wahh..bagus tips nie..maceh Bro HH..insyaAllah akn di praktikkan.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement