As-Salam. Sebelum ini, HH pernah cerita bagaimana sistem komen Disqus memberikan pelbagai kelebihan buat sesebuah blog terutama mereka yang bina blog menggunakan platform blogspot, termasuklah bagaimana sistem komen Disqus ini membolehkan anda menjana pendapatan menerusinya.

Errrkk .. memang tak boleh jana sampai ratusan ringgit, tetapi adalah lebih baik setiap fungsi di dalam blog dimaksimakan untuk blog jana pendapatan, ye tak? Bukan nak mendidik anda supaya bermata duitan, tetapi tentu pengalaman berblog menjadi lebih seronok andai apa yang anda suka buat - berblog memberikan imbuhan berbentuk wang ringgit, apatah lagi dalam nilai $USD!

Jika masih tak tahu bagaimana nak pasang sistem Disqus ini cara mudah, anda boleh baca entri sebelum ini - Cara Pasang Sistem Komen Disqus. Memang mudah, blogger yang kurang pengalaman pun boleh buat. Cuba pasang dahulu, dan selepas itu, ikuti panduan berikut untuk blog menjana pendapatan menerusi kotak komen Disqus ini.



Tatacara Ruangan Komen Disqus Jana Pendapatan Blog

Seperti awalnya, terlebih dahulu blog anda perlu pasang sistem komen Disqus untuk membolehkan penjanaan pendapatan dilakukan. Selepas itu, pastikan setting Disqus anda membolehkan ruangan komen berfungsi sebagai satu punca blog menerima ganjaran setiap klik.

Setelah memasang sistem ini, sila login ke dashboard Disqus dan ubah konfigurasi sedia ada. Pastikan anda pergi ke bahagian Settings seperti ditunjukkan dalam imej di atas. Kemudian, anda klik bahagian Discovery, dan dapatkan paparan seperti di bawah ini.


Ada 4 pilihan Discovery diberikan (choose your discovery level), maka pilihlah yang nampak paling besar tu - Maximum increased traffic and revenue. Walla ... dah siap ... pastikan anda klik Save Changes di bahagian bawah setting tersebut.

In Sha Allah, tunggu entri lain untuk HH ceritakan bagaimana dengan mudahnya anda mahu percepatkan penjanaan income menerusi Disqus ini.


Oh ya, sebelum terlupa, untuk memperoleh pendapatan yang dijana, anda perlu ada akaun PayPal terlebih dahulu. Lebih baik lagi, kalau anda punyai akaun Maybank Debit Card, yang memudahkan anda membuat pindahan wang yang dinilai dalam bentuk USD.

Errkkk ..jangan gelak nampak $1.48 seperti yang dipaparkan tu, ia sebenarnya lebih baik dari kosong, lebih baik daripada anda letak sistem komen tapi tak dapat apa-apa .. ye tak? :P ...

Jalan sudah diberikan, terpulang pada anda untuk guna atau aplikasikan. 

Selamat mencuba.


17 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. fairus mohamad noor9 April 2013 pada 10:25 PG

    TERIMA KASIH SUDI KONGSI MAKLUMAT TENTANG KOMEN DISCUSS NI..in shaa ALLAH..nanti nak cuba pasang kt blog

    BalasPadam
  2. wahhh baru tauuuu... nak tukar la nti

    BalasPadam
  3. wow komen pun boleh jana income

    BalasPadam
  4. saya dah lakukan...tunggu tindakan selanjutnya jer.....

    BalasPadam
  5. Yeahh ..tahniah @google-97d8de693b8a4d252e1f76483da0007d:disqus .... cuma nak diingatkan, jangan terlalu berharap leh dapat ratus2 dalam masa singkat. Ini cuma satu jalan rezeki yang boleh anda dapat menerusi blog.

    BalasPadam
  6. Hmm .... tak ramai yang guna lagi .. :) selain dapat duit, leh tingkatkan trafik, baca entri2 mengenai Disqus yang HH paparkan dalam blog ini.

    BalasPadam
  7. Cubalah @google-936eeb017f21267f6d1cad3e786971be:disqus .... jangan tak cuba. tak ada risiko ..

    BalasPadam
  8. camne nak balas komen tak bole bila dah tukar disqus?

    BalasPadam
  9. Boleh je ... :) mungkin satu perkara tak dibuat.... syncro dgn komen blogspot ...

    BalasPadam
  10. mcm bes je..nnti blehla cuba..

    BalasPadam
  11. Kalau berani saya cubalah.. Hihi..


    K lah, dah habis blogwalking kat blog Abg HH.


    Saya balik dulu..


    Admin : http://angellovesoldier.blogspot.com/

    BalasPadam
  12. Yeah, saya pun suka dengan sistem komen Disqus ini. Hehe, ya, 1 dollar, lebih baik dari 0 dollar. :D

    BalasPadam
  13. wah.. boleh jana duit rupanya :)

    BalasPadam
  14. Ya, tu sebab sistem tu semakin lama semakin digemari berbanding yang lain.

    BalasPadam
  15. Betul. 1 Dollar lebih kurang Rm3 ..sama nak berikan yer tak?

    BalasPadam
  16. terima kasih HH, saya baru saja pasang komen disqus ini.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement