As-Salam. Ramai blogger yang akan angguk tanda setuju bila ditanya - "Bolehkah blog jana duit?". Tetapi bila ditanya - "Macamana blog jana duit?". Kebanyakkan jawapan daripada blogger terutama blogger baru akan sebut Nuffnang sebagai salah satu jawapan untuk blog menjana pendapatan. Hmm ... rakan blogger yang kacak lagi bergaya, ketahuilah Nuffnang bukan satu-satunya syarikat pengiklanan dunia maya ini yang boleh berikan ganjaran pendapatan menerusi blog anda.

Sebenarnya ada banyakkkkkk .. serius banyak syarikat yang memberikan peluang untuk para blogger menjana pendapatan. Beza cuma adalah anda tahu dengan tidak sahaja. Ramai blogger baru hanya nampak Nuffnang disebabkan oleh kebanyakkan blogger asyik masyuk bercerita soal Nuffnang - mengenai Buffered Earnings atau Cost-Per-Unique-Visit (CPUV).

Jangan Terlalu Bergantung Dengan Nuffnang Untuk Blog Jana Duit

Nuffnang Bukan Satu-Satunya Syarikat Pengiklanan Blog

Tak ramai yang mendedahkan bahawa ada cabang lain seperti Advertlets, Innity, Komli, ManggaAds, Adsense, Adstract, Crowdpot, Blogvertise dan macam-macam lagi. Dan tak ramai juga tahu bahawa ada sesetengah syarikat pengiklanan ini adalah bukan saingan sesama sendiri disebabkan oleh konsep pengiklanan yang dibawakan.

Disebabkan oleh konsep pengiklanan yang berlainan inilah, anda seharusnya tahu bahawa anda boleh meletakkan iklan dari Nuffnang bersama dengan iklan Adsense tanpa menjejaskan sedikitpun status Glitterati anda dalam akaun Nuffnang.

Ramai Blogger Tidak Faham Konsep Iklan Dalam Blog

Ramai blogger hanya tahu salin kod yang diberikan dan tampal dalam blog... tanpa baca konsep, tanpa baca syarat terma yang terkandung dalam setiap syarikat tersebut. Apabila blog tidak dapat menjana pendapatan daripada sesebuah syarikat pengiklanan, mulalah ada yang kata - itu tak adil, ini tak adil, dan macam-macam lagi dakwaan.

Beginilah. Kalau dirasakan sesebuah syarikat itu tidak mendatangkan penjanaan duit dari blog seperti yang anda harapkan, anda boleh sahaja beralih ke syarikat pengiklanan yang lain. Itu hak anda. Jangan terikat sangat dengan hanya satu cara dan kaedah.

Bagi HH, disyorkan kepada mereka yang mahu dapat pendapatan lumayan dengan blog mencuba untuk letakkan iklan affiliate, yang berikan lebih kebebasan dan paling menarik, memberikan lebih ganjaran sehingga 70 peratus komisen!

Betulke blogger boleh buat duit dengan sistem affiliate ini? Tak percaya? Ini mesti sebab anda belum baca dan lihat bukti yang telah HH sertakan di entri ini - Program Affiliate Jana Pendapatan Menerusi Blog


6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. a'ah pun sama...selalu dgr affiliate tp xpaham sangat hehe, mohon ajar ya.. :)

    BalasPadam
  2. affiliate tak berapa faham sangat...

    BalasPadam
  3. memang betul kata blog hasrulhassan ni,, kita jangan bergantung pada satu ikan jer kalau mahu berjaya dalam buat duit blogging ini..kena menggunakan berbagai cabang...salah satu affilate..

    BalasPadam
  4. dah lama aku tak login akaun nuffnang. hoho..

    BalasPadam
  5. As salam HH..saya sebenarnya kurang faham konsep affiliate ni la

    BalasPadam
  6. baru tahu iklan nuffnang boleh diletakkan sekali dengan adsense...wah, lepas nih saya boleh lah mohon adsense ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement