As-Salam. Sesuatu yang boleh dikatakan bukan baru, namun masih ramai lagi yang belum memanfaatkan sepenuhnya profil pemilikan artikel ini atau dinamakan Authorship. Ia merupakan satu cirian istimewa khusus buat mereka yang menggunakan perkhidmatan Google. Dan ini juga satu bentuk kaedah khususnya buat blogger untuk menjenamakan blog, serta meningkatkan ketrampilan dan integriti selain menambah kredibiliti sebagai seorang penulis blog.

Apa Itu Authorship - Profil Pemilikan Artikel?

Mungkin ada yang kurang faham apa itu Authorship, tetapi secara visualnya anda boleh lihat pada contoh-contoh berikut yang HH sertakan ini.


Katakan anda mencari satu kata kunci tertentu di enjin carian Google, apabila kata kunci itu merujuk kepada penulisan atau perkongsian entri blog anda, visual seperti di atas akan dipaparkan. Visual yang punyai gambar serta nama anda, menunjukkan bahawa anda telah mengesahkan pemilikan artikel atau dengan kata lain, fungsi Authorship telah diaktifkan.

Seperti mana yang pernah HH katakan, sebuah blog akan lebih selesa dibaca dan diyakini akan isi kandungan seandainya blog tersebut ada profil pemilik disertakan dengan gambar. Blog nampak lebih profesional dan nampak bertanggungjawab dengan apa yang disampaikan.

Cara Ringkas Mudah Aktifkan Authorship Blog

Cara paling mudah untuk anda aktifkan sistem atau fungsi Authorship ini ialah dengan meletakkan widget Google+ Profile dan juga Google+ Follower dalam blog anda. Pastikan juga nama anda, ditampilkan dalam setiap penulisan entri anda, dan memastikan juga bahawa nama anda adalah sama dengan nama Google+ Profile (yang tidak mungkin berlaku) anda.

Oh ya, sebelum terlupa, anda perlu kemaskini profile Google+ anda dengan meletakkan nama blog dan url blog dalam profil anda.

Ini adalah cara paling cepat dan mudah. Ada kaedah lain dan beberapa variasi yang akan HH kongsikan nanti, in Sha Allah.


15 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. salam.

    saya jemput tuan jadi sebahagian dari mereka dengan mengikuti giveaway pertama saya :)

    http://www.khairilmazri.com/2013/04/1st-anniversary-domain.html

    ReplyDelete
  2. mia guna gambar profil vektor ni je... segan nak letak muka betul... huhuhu

    ReplyDelete
  3. Tak mengapa ... asalkan boleh .. kalau G+ selalunya dia akan detect bentuk wajah, selagi ada .. oklah ..

    ReplyDelete
  4. Hmm ... tak mengapa, asalkan ada wajah ...

    ReplyDelete
  5. Rasanya semua tu dah diisikan dgn maklumat yg diperlukan oleh google, baik google + , google + profile dan google follower. kalau gravatar guna logo sensasi2020.

    ReplyDelete
  6. Authorship ini pastinya memberi kelebihan kepada pemilikkan sebenar sesebuah entri yang dihasilkan untuk tidak disalahgunakan oleh org yg tidak bertanggungjawab. Betul tak bro HH.

    ReplyDelete
  7. belum pernah try lagi...baru tahu ler HH...

    ReplyDelete
  8. Betul, almaklumlah sekarang ramai dah tahu cara mudah nak copy sesebuah blog guna Atom - RSS ...

    ReplyDelete
  9. Apa maksud abg ayat 'Pastikan juga nama anda, ditampilkan dalam setiap penulisan entri anda'? Saya tak faham..

    Admin : http://angellovesoldier.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. Kalau kita tulis entri .. ada published by atau written by kat atas atau bawah tajuk entri ... setiap blog automatic ada benda ni ...

    ReplyDelete
  11. Done mine..and kita suka dengan presentation artikel tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement