As-Salam. Adakah anda boleh dikatakan seorang blogger bertanggungjawab seandainya anda membiarkan rakan blogger yang lain membuat salah dan ulangi kesilapan yang sama? Dalam Islam sendiri pun digalakkan kita untuk saling menegur, dan HH boleh cakap ... tak ada agama dalam dunia ni yang mahu penganutnya saling berbuat sesuatu yang salah dan silap, ye tak?
Jadi, beritahu jika ada yang tidak betul, hatta andai seseorang yang mahu anda tegur itu mungkin lebih makan garam dari anda. Bukan apa, kadangkala kesilapan itu dilakukan tanpa mereka sedar, dan mungkin juga kesilapan yang dilakukan adalah dek kerana ilmu yang mungkin mereka belum ada. Tak semua orang ada ilmu lengkap, percayalah ....
Beritahu Jika Ada Tidak Betul - Tegurlah Mamat Pegang Kamera Ini
Beza paling besar antara seorang yang benar-benar ada ilmu dengan orang yang dikatakan punyai ilmu ialah cara mereka bertindak atas ilmu, cara mereka gunakan ilmu dan imarahkannya kepada orang lain. Ilmu akan layu walaupun dimiliki oleh pemilik sarjana sekalipun andai tidak dipraktikkan, tidak digunakan dan tidak disampaikan kepada mereka yang mungkin kekurangan mengenainya.
Beritahu jika ada yang tidak betul untuk anda tahu samada ilmu yang anda milik itu benar-benar cukup. Anda mungkin merasakan ohh akulah yang bijak pandai, tetapi selagi anda tidak gunakannya, anda tidak akan tahu sejauh mana dalamnya ilmu anda yang telah dimiliki. Ilmu Allah S.W.T adalah tanpa had, dan apa yang kita dapat inipun, merupakan titisan-titisan dari selautan ilmu yang Allah ada.
Buat mereka yang mungkin merasakan ilmu yang ada di dada sudah banyak sampai menimbun, jangan pula sombong bongkak untuk terima teguran orang lain. Sebenarnya orang yang menegur anda mengenai ilmu anda itulah yang lebih baik dari anda yang dok peram ilmu segala bagai hanya untuk kepentingan diri.
Jadilah blogger bertanggungjawab. Anda seorang blogger hebat terbaik andai sentiasa berkongsi ilmu pengetahuan anda dalam apa jua benda yang mungkin orang lain tidak tahu. Sesungguhnya darjat diberikan sangat tinggi bagi mereka yang meningkatkan darjat ilmu pengetahuan orang lain, in Sha Allah.
sokong kata HH.
ReplyDeletemcm pantun melayu:
buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.
Betul kata bro tuh...kita perlu saling memperbetulkan apa2 yg silap supaya kita tidak trus menerus berada dlm kesilapan...Agreed with you bro :)
ReplyDeleteTerima kasih ... sesungguhnya sangat beruntung org yg menerima teguran
ReplyDeleteWow ..pandai ehh berpantun ... hmmm pernah jumpa blog yang suka berpantun .. baca blog tehramuan ... best ...
ReplyDeletehehe biasa je @hasrulhassan:disqus dok terjah blog tu :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.