As-Salam. Sesetengah blogger segan silu untuk tampilkan diri dalam dunia blog, mengapa? Mungkin disebabkan mereka agak kurang yakin dengan apa yang mereka ada. Dan mungkin juga tidak mahu dedahkan diri memandangkan mereka berblog untuk menyampaikan rasa dan fikir yang mungkin akan 'membahayakan' diri mereka.
Namun, jika anda seorang blogger yang mahu berjaya dalam dunia blog, janganlah segan dengan apa yang telah Allah S.W.T kurniakan kepada anda. Setiap makhluk Allah S.W.T itu ada kelebihan tersendiri. Tampilkan ia - walaupun anda sendiri tidak tahu apakah kelebihan anda itu. Mungkin, kelebihan anda menerusi senyuman manis, atau mungkin kerana mata anda yang cantik, atau mungkin menerusi corak penulisan menerusi gaya santai anda. Mungkin juga, ada kelebihan dari segi pengalaman lampau anda yang tidak ada pada orang lain. Dannn .... mungkin juga anda boleh menampilkan kejayaan anda sebagai salah satu kelebihan yang orang lain tidak ada.
Bina Keyakinan Dan Kredibiliti Dengan Biodata
Semua itu merupakan faktor-faktor unik untuk anda, sebagai seorang blogger bina kredibiliti dalam dunia blog. Ia juga akan membantu diri anda sendiri untuk lebih berkeyakinan dengan apa yang ada pada diri. Anda perlu ingat, bahawa setiap manusia diberikan ujian yang tidak sama dari semasa ke semasa, ujian ini adalah satu pengalaman berharga yang sebenarnya meningkatkan nilai diri seseorang.
Siapa diri anda, latar belakang dan pengalaman anda perlulah dikongsikan menerusi penulisan entri berbentuk biodata. Tentu pembaca ingin tahu siapa di sebalik penulisan yang penuh kreatif yang memikat hati. Mereka tentu mahu tahu pengalaman-pengalaman apakah yang telah menjadikan anda seorang blogger yang mereka sukai. Biodata anda perlu tampilkan dengan sejujur dan seikhlas mungkin bagi meningkatkan kepercayaan pengunjung blog anda. Malah, ia membuatkan blog anda mesra kepada mereka, lantas meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang yang menulis penuh minat dalam dunia blog Malaysia.
Contoh Blogger Terkenal Bina Kredibiliti Menerusi Biodata
Contoh, anda lihat blogger Fatin Liyana, blognya terus menarik perhatian ramai - di sebalik pelbagai isu dunia blogging yang menerkam dirinya. Cara dia tanggani dan berkongsi pula pengalaman tersebut membuatkan ramai pembaca blognya makin menganguminya. Fatin Liyana tidak pula nak tutup blog atau keluarkan gambar cun cantik dirinya daripada blog walaupun ada manusia cuba ambil kesempatan sehingga jadikan gambarnya sebagai cover sebuah ebook 18sx!
Contoh lain, anda lihat bagaimana blogger Ben Ashaari berkongsi pengalaman dan kejayaan dalam entri-entrinya. Bukan bererti mahu menunjuk, tetapi sebagai satu bukti ia merupakan kejayaan yang diusahakan atas keringat sendiri, membuatkan orang kagum dan semakin meminati blognya walaupun blognya kini hanya bercerita soal anaknya yang gebu comel itu. Ben Ashaari membina jenamanya sebagai seorang blogger sepenuh masa berjaya sebagai bapa dan suami. Hebat bukan?
Contoh Denaihati, lihat sahaja bagaimana Amir Hassan, blogger yang mempelopori Hidupkan Untuk Memberi. Anda boleh lihat bagaimana Amir Hassan membina jenama blognya yang hebat dengan tampil menganjurkan pelbagai acara bermanfaat untuk blogger Malaysia. Dulu, mungkin Amir Hassan sorok wajah, tetapi kini blognya makin dikenali selepas wajahnya yang serius giler itu menjadi satu aura hebat .... mana taknya, blogger lain yang tangkap gambar bersamanya ... menerima aura blogger hebat darinya. Tak percaya? Tanyalah sesiapa sahaja yang pernah bergambar dengan blogger pemilik Denaihati.com ini.
HH boleh senaraikan banyak contoh lagi yang menampilkan blogger yang tanpa segan silu menampilkan biodata diri mereka samada secara lansung mahupun tidak lansung.
Anda boleh menyediakan ruang khas menulis mengenai siapa diri anda di ruangan laman (pages) dalam blog seperti yang HH lakukan - rujuk INI (klik). Atau mungkin anda boleh secara tidak langsung menulis biodata diri anda menerusi entri-entri seharian anda - seperti dilakukan oleh blogger Ben Ashaari dan Fatin Liyana, mahupun blogger Hanis Zalikha atau blogger SEO terkenal Ariff Shah.
Paling tidak, anda sediakan profil blogger atau Google Profile anda yang lengkap menceritakan siapa diri anda, kepakaran anda, kejayaan anda malah pengalaman-pengalaman anda yang lain, termasuklah pengalaman pelik dan unik yang mungkin orang lain tidak ada seperti mana pemilik blog Bicara Mak Dara yang pernah dinobatkan sebagai Worst Blogger of the Year 2012 semasa MSMW2012.
Semua benda tu sebenarnya merupakan kekuatan anda sebagai blogger dan untuk blog. Ia juga lambang kredibiliti dan penjenamaan. Tak perlu segan siapa diri anda, walaupun anda merasakan tiada apa yang boleh anda kongsikan dan ketengahkan; namun selagi anda tak mencuba anda takkan tahu sampai bila bila. Kongsi .... kongsi ... kongsi .... supaya anda tidak merasa kerugian kelak!
Sudah mula memperkenalkan diri..hihih
ReplyDeleteUIk blog akak pun ada terselit si sitew hehe.. sangat setuju dgn HH.. Apa jua yg kita perolehi proud of it and embrace it.. macam akk walaupun dapat worst blog of the year tp ttp berbangga hahahah :)
ReplyDeleteHehehe... :) ehh betul apa .. untuk tunjuk dan kongsikan apa yang saya katakan adalah benar dan bukan main reka.... akak pun mengiyakan ... kan kan .. :)
ReplyDeletesetuju sangat blog kena menampilkan wajah dan personaliti...
ReplyDeleteNice entry!
ReplyDeleteKena juga tunjukkan siapa kita yg sebenarnya sekurang-kurangnya sekeping gambar empunya blog, baru la orang yakin dan percaya. Jangan sampai ada orang pertikaikan macam berlaku pada beberapa buah blog..
perghhh.. terbaik mak dara... hehehee
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.