As-Salam. Perasan? Mungkin ada yang belum perasan bahawa editor HTML template blog kini sudah diperkemaskan dan dipertingkatkan dengan cirian-cirian baru. Ia dikatakan satu penambahbaikan untuk memberikan lebih kebebasan dan memudahkan kerja-kerja ubahsuaian template dilakukan dengan mudah dan tersusun.

Editor HTML Template Blogger Dipertingkatkan

Editor HTML template blogger yang baru ini menyerupai editor HTML yang biasa digunakan dalam WSYSG - jika anda seorang yang ada latar belakang komputer atau IT mungkin biasa menggunakannya untuk pembangunan laman web.

HTML template blog anda adalah kod sumber yang mengawal kemunculan blog anda. Template ini boleh disesuaikan untuk dipaparkan mengikut citarasa anda. Kelebihan baru yang diperkenalkan dalam editor HTML template blogger 2013 ini ialah;

Garis Pernomboran (Line Numbering)

Ia memudahkan anda mengenalpasti barisan kod yang hadapi masalah atau yang mahu anda buat ubahsuaian.

Sintaks Ditonjolkan

Syntax Highlighting adalah perkara biasa yang digunakan oleh blogger yang kongsikan tutorial blog atau kod widget. Dan kali ini, fungsi ini diperkenalkan di dalam editor baru untuk memudahkan anda mengenalpasti kod-kod html yang digunakan di dalam template blog anda.

Indent Automatik

Apabila kita menulis sebuah kod HTML template blog kita, adalah satu perkara baik diperkemaskan dengan penulisan secara indent. Namun, menerusi editor baru ini, segalanya dilakukan secara automatik.

Kod Terkumpul (Code Folding)

Kod-kod html dikumpulkan atau diselaraskan dalam satu bentuk pengumpulan dinamakan folding. Jadi, mudah bagi anda untuk terus ke kod-kod tersebut menerusi drop down menu yang disediakan.


Anda boleh membaca mengenai penambaikan ini dengan lebih baik dan terperinci di sini - Improvements to the Blogger template HTML editor

Selamat mengodek benda baru .... 

 

28 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tampak lebih pro. rasa macam pakar coding pulak bila menggunakan nya. hehe

    ReplyDelete
  2. dh lama tak cari coding.


    bagus tuto nie ^_^

    ReplyDelete
  3. wah... saya jadi terkial2 pulak dengan benda baru ni..

    ReplyDelete
  4. Baru terperasan ada pembaharuan tapi macam saye ada takde serupe je pasal bukan reti html hoho

    ReplyDelete
  5. coding macam nie yang buatkan mata aku blur.....

    ReplyDelete
  6. bagus dan memudahkan kerana sebelum ini saya menggunakan style editor - builtin firefox dan Microsoft Expression Web...

    ReplyDelete
  7. Hmm .. kalau yang tak biasa mungkin rasa 'takut' .. :)

    ReplyDelete
  8. Hmm ... terkial tak apa .. jangan buat KEEK separuh bogel ehhh ..hahahahaha

    ReplyDelete
  9. Hmm .. pelan-pelan kita belajar ehh ...

    ReplyDelete
  10. Buat blogger yang ada pengalaman mengenainya, memang tiada masalah .. tapi blogger baru mungkin rasa risau sbb tak berapa nak faham sangat ...

    ReplyDelete
  11. hahaha..bro HH pun perasan erk si @google-b102a8784b6d515568951e1e289e58ae:disqus buat vid keek half nake.

    ReplyDelete
  12. Hehehe..rasanya memang bagus bila pihak blogspot buat macam tu. Bertambah feeling la time mengedit blog nanti. hehehe..i like..

    ReplyDelete
  13. Hahaha.. baru tahu tadi selepas ambik masa 2 jam lebih nak download kat hp ....

    ReplyDelete
  14. Hmm ... boleh buat sambil makan kuaci ... :)

    ReplyDelete
  15. ehh ya lah..baru perasan...lama tak kacau template,jd x tau...nmpk mcm lebih memudahkan....

    ReplyDelete
  16. Tapi terdapat kesukaran sikit time nak mengedit..hahahah..poning palo den.

    ReplyDelete
  17. nampak mudah tapi sebenarnya..........try dulu baru tau

    ReplyDelete
  18. Ilmu saya terlalu cetek tentang coding html untuk blogging, mudah-mudahan templete terbaru ini dapat membantu

    ReplyDelete
  19. masih baru , saya masih bingung

    ReplyDelete
  20. terkejut sekejap masa mula2 buka...

    ReplyDelete
  21. Tak pandai edit.. (T_T)

    Admin : http://angellovesoldier.blogspot.com/

    ReplyDelete
  22. pelan-pelan belajar ... kebingungan akan hilang dengan kesabaran dan tekad untuk belajar @d52bbc9da8658ef259aec635ea13ad34:disqus

    ReplyDelete
  23. Salam..nak tanya, kalau kita nak tambah kod HTML dalam fungsi Tick Expand Widget Templates? Pening....

    ReplyDelete
  24. Fungsi tu sudah tiada, apa yang perlu anda lakukan ialah klik setiap anak panah yang ada di sebelah kiri bernombor tu ... pastikan tak ada anak panah tu ... bila anak panah tak ada, itu sama dengan fungsi expand widget template

    ReplyDelete
  25. Baru terfikir camana nak mengedit html coding yg camni. mmg sifu amat memahami. hehe thanks a lot sifu :)

    ReplyDelete
  26. hhoohoho...sy bingung nampak kod ni semua

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement