As-Salam. Error 404 biasanya berlaku dalam blog apabila sesuatu entri itu kita padam. Dan biasalah, bagi mereka yang suka sertai mahupun menjadi penganjur kontes, segmen mahupun giveaway, entri-entri sebegitu dianggap sebagai satu entri 'sementara' yang akhirnya akan dipadam apabila telah tamat sesuatu penganjuran.

Ia juga berlaku kepada blog yang buat Advertorial iaitu entri mempromosikan sesuatu - yang sering hanya dipaparkan dalam tempoh tertentu.

Apabila entri-entri ini diindeks oleh enjin carian, ia akan kekal disitu selagi ia tidak dibuang dari pengkalan data enjin carian. Anda perlu ingat, entri yang dah dipadam tidak bermakna ia tidak lagi berada dalam carian Google. Oleh kerana itulah, Error 404 sering berlaku seandainya anda tidak melakukan sesuatu kepada entri atau pautan tersebut.

Error 404 Sejauh Mana Beri Kesan Pada Blog?

Adakah ia beri kesan kepada blog? Sejauh mana ia akan beri kesan pada SEO (Search Engine Optimization)?

Sukacita memberitahu, dari segi SEO, ia tidak memberikan impak besar, malah sebenarnya SEO blog anda telah berjaya apabila entri tersebut berada di dalam enjin carian, lebih-lebih lagi andai berada di carian laman pertama - yang sudah tentu berlaku jika tajuk tersebut unik untuk entri tersebut sahaja.

Tapi, kesan negatif akan berlaku kepada pengunjung dan pencari maklumat. Ia akan memberikan pengalaman buruk kepada pengunjung ke blog anda, kerana apa yang mereka cari berakhir dengan laman 404 Error. Apabila terlalu banyak berlaku, mereka akan hilang kepercayaan kepada blog, lalu kredibiliti blog anda akan terhakis.

Untuk tanggani masalah ini, anda perlu sering merujuk kepada Google Webmaster Tools. Menerusi kaedah yang dinamakan Remove URLs dalam tab bahagian Optimization, anda boleh mengarahkan robot enjin carian Google untuk menghapuskan serta-merta entri-entri bermasalah 404 Error ini.


Mungkin terlalu banyak 404 Error berada di dalam blog anda, maka HH sarankan anda; sebagai salah satu alternatif untuk memesrakan pengunjung ke blog mewujudkan laman 404 Error 'ciptaan' anda sendiri. Anda boleh rujuk entri berikut untuk panduan melakukannya - 404 Error Page Dalam Blogspot.


Ada satu lagi teknik untuk tanggani masalah ini, yang sebenarnya HH sedang cuba ... jika berjaya, in Sha Allah, akan HH kongsikan kepada anda semua, supaya masalah Error 404 dapat diselesaikan dengan kaedah paling mudah dan tidak mengambil masa anda.

Maka, tunggu entri mengenainya.... dan teruskan bersama blog ini ehh .... caiyokkk....!!


14 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. As...salam....HH.
    Sebelum saya nak komen, saya nak tanya HH. Kenapalah bila saya buka google webmaster tak banyak item/tool yg keluar, hanya yg ada ialah Home, All Messages, Preferences, Lab-Author Stats dan Othes Resources, yang lain tak ada.??? Tidak spt yg HH ada spt rajah di atas. Pertanyaan saya bagaimana nak supaya nama-nama (item) tool tu ada di website kita? Contohnya spt Configuration, health dll semua tu tak ada. Kalau begini macam mana nak baiki crawl error, page error 404, malware di entri kita, jika semua tu tak ada.


    Bab Isu error 404. crawl error dan pelbagai error lagi dah lama saya cari dan bagaimana cara nak delete/remove yg ada pelbagai error. Saya akan tunggu entri HH tentang hal ini seterusnya. Saya amat menyokong yang HH buat cara nak mengatasi error ni. Semoga berjaya dengan perancangan yg HH akan buat nanti.

    ReplyDelete
  2. As salam. Terima kasih atas bimbingan ttg error 404 ni. Mmg sgt2 berguna :)

    ReplyDelete
  3. Anda dah daftarkan blog anda dengan webmaster tools tak? Daftarkan dahulu dengan ADD SITE ....

    ReplyDelete
  4. Rasanya dah daftar. Lama dah daftar di google webmaster. Kalau dah daftar, macam mana pula atau kena daftar sekali lagi.? Nanti saya check macam mana.

    ReplyDelete
  5. Macam ada tak di linkkan di situ. Nak guna alamat blog atau alamat emel?

    ReplyDelete
  6. Yalah saya ADD SITE semula, barulah menjadi.

    ReplyDelete
  7. best2! mmg kadang2 ada berlaku error 404 ni...

    ambe korek lagi...yeah

    ReplyDelete
  8. salam,,

    hehe, tersampai ke sini,sedang cari atasi masalah yang dicari.
    sebenarnya dah stop langgan domain so sekarang kembali kpd blogspot kembali..

    so saya nak tanya, kenapa posting yang telah diindeks oleh google itu tidak link terus dengan url baru blog kita, padahal kita tak delete pun, just tukar url, tapi dia keluar error 404, not found lak. sungguh sedih sekali.. sob sob sob

    ada ke cara nak atasi semua ni?

    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apabila anda tukar dari domain ke blogspot anda, perlu banyak kerja anda kena buat, kerana redirection sudah tidak dilakukan oleh Google seperti mana anda masa dapatkan nama domain.

      Jadi, untuk atasi masalah ini, anda kena buat menggunakan cara Webmaster Tools, anda perlu login, dan masukkan kembali blog anda, dan hantarkan sitemap dari mula sampai entri terakhir.

      Dan anda perlu masukkan kembali Googla Analytic untuk blogspot anda tersebut, dan buang Google Analytic untuk blog dengan nama domain lama anda.

      Anda perlu beritahu robot enjin carian bahawa domain lama dah tak wujud, maka lakukan satu persatu redirection dalam Webmaster Tools anda.

      Delete
    2. terima kasih.. banyak kerja.

      Anda perlu beritahu robot enjin carian bahawa domain lama dah tak wujud, maka lakukan satu persatu redirection dalam Webmaster Tools anda.

      yang ni nak kena buat macam mana?

      Delete
  9. sangat berguna! jemput singgah :D

    http://santanmanis.blogspot.com/2014/06/testimoni-bvite-d.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement