As-Salam. Ramai yang sudah mencuba editor HTML template blogger terbaru, dan nampaknya ramai yang dah hilang anak rambut sebab ditarik-tarik kerana tension. Ya, sesuatu perkara baru yang tidak dijangka tetiba berlaku memang akan mengundang seribu macam rasa. Apatah lagi kalau diri ada kekurangan ilmu pengetahuan mengenainya ..lagilah ... terasa macam nak pecah kepala pun ada.

Oleh kerana itu, seandainya mahu ubah latar atau reka-bentuk blog anda menggunakan editor template HTML, anda harus berada di dalam keadaan tenang. Dan HH syorkan, jika mahu buat ubahsuaian mahupun penambahbaikkan, lakukan di hujung minggu di waktu malam. Kalau boleh biar anda bersendirian.

Ini berdasarkan pengalaman sendiri. Seperti mana anda, HH pun hadapi masalah nak faham fungsian editor HTML untuk template blogspot pada awalnya. Bergelas-gelas kopi jadi penangan yang akhirnya buat gigi geraham meragam - HH tak tahan minum kopi banyak sangat sebab gigi sensitif ..erkk sensitif la sangat ye dak ..hahahaha ...

Masa Ubahsuai Template Blog Paling Sesuai

Perlu dilakukan di waktu orang lain lena tidur agar tak jadi mangsa 'buli' disebabkan kita yang dok tension dengan editor template HTML terbaru blogger ini.

Komputer pula mesti ada akses dan capaian pantas internet. Jadi, memalam waktu sangat sesuai di mana trafik dunia maya tidak sesak, yang mungkin seandainya lembab macam siput akan menambahkan lagi keserabutan kepala. 

Jauhkan anak-anak, isteri atau suami daripada diri anda. Anda memerlukan konsentrasi bila mengubahsuai template blog, jika berlaku sesuatu kesilapan, dan anda terlupa apakah dia untuk diperbaiki semula, masalah anda tentu akan jadi lebih parah. Dan lagi ketenangan sangat penting bila berada di dalam situasi ini.

Sebelum terlaksana editor baru blogger ini pun, HH gunakan sepenuhnya masa di tengah malam untuk ubah penampilan blog ini. Almaklumlah, diri ini mudah jemu. Mahu sentiasa nampak blog dinamik dengan latar baru serta informasi yang boleh kasik wang ...

Ok. Ingat pesanan ini. Jangan sampai blog jadi haru biru hanya sebab kita marah anak kita minta buatkan susu coklat, tatkala diri dok asyik nak buat widget terapung dalam blog!



5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Hahaha..nasihat yang baik.
    Saya memang dah serik nak sentuh bab2 ni....
    Hancus lebur dikerjakan..

    ReplyDelete
  2. Masih berhati-hati tentang perkara ini. Taku nanti tersilap langkah semua hilang. Nampaknya semakin bercelaru pulak fungsi terbaru ni. Apapun kita terpaksa menghadapinya juga kerana itu semua adalah ketetapan mereka.

    ReplyDelete
  3. kikiki...ayat terakhir tu yg tak menahan tu nak tergelak... mcm tau2 je sy pun sdg ubahsuai template blog sy. kiki... apapun, bagus cdgn ni

    ReplyDelete
  4. entahla... mia ikut mood... kadang pagi.. kadang petang.. kadang malam.... heheheh

    ReplyDelete
  5. fairus mohamad noorApril 16, 2013 at 1:54 PM

    setakat ni belum usik lg html tu..hee

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement