As-Salam. Terkini hangat diperkatakan mengenai bagaimana wujudnya segelintar penulis blog yang dengan cara tidak bertanggungjawab mencuri penulisan sesebuah blog secara total. Ini bukan lagi soal copy-paste, tetapi hampir 90 peratus blog tersebut, termasuklah reka-bentuk, warna, widget dan sebagainya.

HH sendiri dah jumpa beberapa blog seakan serupa, macam kembar seiras lain mak lain bapak. Haiyooo .. serius sebijik ... sampaikan ruangan soal-selidik pun dia tiru - sampai lupa nak buang nama blog asal yang ditiru (kantoi dah!).

Penciplakan Blog Secara Total

Blog-blog yang selalunya jadi mangsa tentulah blog yang terkenal dan telah punyai ramai pembaca dan pengikut. Dengan cara mudah, peniru blog ini mendapat tempias trafik berganda-ganda .... hasil daripada tajuk entri dan kandungan yang sama.

Malah, ada blog-blog yang tidak original ini mendapat trafik lebih baik apabila mereka rajin ping sana sini dan sudah punyai jumlah pengikut di laman sosial lain yang agak ramai - Twitter dan Facebook. Mereka juga bijak ambil kesempatan dengan buat satu laman page palsu untuk memancing lebih ramai orang terpedaya - samada laman page di Google+ dan juga di Facebook.

Kaedah Digunakan Untuk Ciplak Blog

Kaedah yang diguna-pakai memang sangat mudah. Selain mengambil kod HTML blog tersebut, penciplak tegar ini mengambil setiap malah kesemua entri dengan mencolek RSS atau Atom blog-blog yang ditiru dan dimasukkan sebagai entri di dalam blog mereka. HH tak mahu dedah caranya tetapi ia memang sangat mudah dilakukan. Serius, hanya dengan beberapa langkah, anda sudah boleh wujudkan blog serupa tapi tak sama dengan blog-blog terkenal lain.

Jika anda adalah orang atau blogger yang HH maksudkan, hentikan kerja anda ini. Nak salin dan ambil pun, berpada-padalah, belajarlah untuk hargai hasil usaha dan penat lelah orang lain. Anda dikurniakan jari jemari untuk bolehkan anda menaip dan menulis, anda dikurniakan akal untuk berfikir dan mencari ilmu bermanfaat, anda diberikan nyawa untuk lebih buat kebajikan, maka jangan sia-siakan ..... ini bukan pesanan dari HH, tetapi pesanan yang disampaikan oleh Allah S.W.T dan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W .... 

Tak mahu hormat atau ikut kata HH, ikuti dan akurlah akan perintah Tuhan dan sabda Nabi S.A.W.


38 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Iskh3x apelah org yg curi total tu..

    ReplyDelete
  2. nie dah lebih...kalau dah copy blog kita hampir 90%....dah tak der keje lain ker...

    ReplyDelete
  3. nak buat mcm mana. kalau bg credit.takpe la.

    ReplyDelete
  4. Student pun pandai nak ubah kalau copy n paste

    ReplyDelete
  5. saya pernah kena. yg copy tu blog orang indon. sebijik2 entry sama. bukan satu dua entry... bnyak pulak tuh...

    ReplyDelete
  6. aishh ada gak terkena tp jgn melampau, at least credit or olah balik

    ReplyDelete
  7. Berblog juga ada etikanya..
    Janganlah menciplak tak berpada....
    Tak salah copy untuk sebarkan kebaikan...
    Sekurang2nya kreditlah kepada mereka yang penat lelah menaip.....

    AJ ada jumpa seorang dua yang copy hampir 100%...
    Tak baik tau awak yang meng"copy" tu.......

    ReplyDelete
  8. saya punya entry pun ada disalin bulat2...dalam tu pun ada entry blogger lain juga yang disalin bulat2.. boleh ambik tindakan x ni ye...

    ReplyDelete
  9. kalo nk cipla bulat2 tu mintaklah izin tuan blognya dulu , kang kalo dy tak ikhlas xberkat kang entri kita tu , thanks HH =)

    ReplyDelete
  10. Blog den pun pernah kena ciplak juga. Tapi artikel jer la. depa nak tiru domain memang tak boleh dah. sebabnya domain .my .com .net semua den dah grab. cuma selain dari 3 tu je ar tak done nak grab semua.

    ReplyDelete
  11. Bro tumpang tanya. Gi mana mau buat macam widget Google+ Follower tu jadi static bila di scroll ke bawah? ajarin dong.

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum hh...memang betul dgn ilmu dr hh trafik n3 SEO berjaya di hasilkan...:)

    ReplyDelete
  13. memg wujud...jumpa byk dah blog ciplak...adesss

    ReplyDelete
  14. budak sekolah pun reti nak edit bila copy karangan dari sumber-sumber lain.hehehe =)

    ReplyDelete
  15. saya pun pernah kena juga, banyak kali juga. sebab bog saya blog informasi mmg senang nak ciplak. kadang2 blog yang dah femes pun ada yg menciplak. baru update sejam dua terus kena ciplak.

    ReplyDelete
  16. GreenLava from BloggerSentralApril 13, 2013 at 2:24 AM

    Tekan Ctrl+U untuk view source code, pastu cari perkataan "sticky". Kat situ ada kodnya.

    ReplyDelete
  17. Betul tu ... blog informasi, blog hiburan memang suka diciplak orang .. sbb ranking tinggi selain benda-benda memang tak heran dicopy-paste

    ReplyDelete
  18. Itulah pasal ... kalau copy beretika tak mengapa juga

    ReplyDelete
  19. Rujuk rakan blogger BloggerSentral

    ReplyDelete
  20. Tapi ... dah tuan punya pun macam tak kesah je .... tak leh gak nak wat apa

    ReplyDelete
  21. Hmm ... ciplak ni dah jadi macam satu benda yang biasa dilakukan dalam masyarakat dah .. bukan takat blog tapi banyak benda lain macam bisnes

    ReplyDelete
  22. dah dapat detect satu blog yang memang copy bulat2 entri dari blog ciklaili.com.

    hmm..kisah peribadi pun nak cilok, agak2 la kan..huhu!

    ReplyDelete
  23. mcmana kalo bace n then translate ke blog sndiri? saya translate utk blhkn saya faham apa yg dibaca...

    ReplyDelete
  24. Rasanya tak ada yang sudi copy belog saya.. Hihi..

    ReplyDelete
  25. Ohh tu tak mengapa.. ramai blogger yang buat camtu .. tu dah kira olahan sendirilah sbb ambil dari bahasa lain dialihbahasa ke bahasa kita .. macam citer doraemon .. syarikat yang bawa citer tu yg dapat untung sbb bawa citer jepun tu ke Malaysia dan dialihbahasa .. siapa nak bayar oooo alih2 bahasa ni ...

    ReplyDelete
  26. HMm .. tu tandanya blog anda popular dan ada tarikan sendiri @google-634d8646d7da5463b03050e48c27d003:disqus ...

    ReplyDelete
  27. Hmmm .. ok ok .. nanti saya bayar kopi tu ... <-- lau camni kan ke best ..huhuhuhu

    ReplyDelete
  28. Nak ambil tindakan boleh, tapi daftar dengan cara ini - http://www.hasrulhassan.com/2012/06/panduan-menulis-blog-lindungi-artikel.html

    ReplyDelete
  29. :) ya betul tu @a17d4c655d6d9d4fd6b4d5af932e7c25:disqus

    ReplyDelete
  30. Hihihihi .. merendah diri lak si @facebook-100002637829952:disqus ni

    ReplyDelete
  31. ciplak secara total ni memang tak leh la.. sekurang2 nya kena letak sumbr dari mana dia copy,

    ReplyDelete
  32. Terima kasih .. gembira dengan perkhabaran ini ... terima kasih kerana guna pakai ilmu dalam blog ini ...

    ReplyDelete
  33. thanks @2af2bdb5cd06bf52b47cbd42c8f73e9e:disqus

    ReplyDelete
  34. thanks @hasrulhassan:disqus udah dibuat pada menu sahaja.

    ReplyDelete
  35. Biasanya blog yang di copy paste pastinya memikat hati pelawat/pengunjung. Kalau tak mereka tidak akan copy sewenang-wenangnya. Ini menunjukkan blog aura anda ada kat situ.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement