As-Salam. Pasti, masih ramai lagi yang menggunakan email untuk saling berhubungan. Tidak kiralah berhubungan secara formal atau sekadar bertanya berita. Jika anda seorang yang sering menggunakan email, ketahui bahawa email merupakan antara teknik terbaik untuk mempromosikan blog anda.

Promosi Blog Menerusi Email

Kaedah promosi blog menerusi email telah lama diamalkan, sejak sebelum popularnya laman sosial seperti Facebook mahupun Twitter. HH sendiri biasa mempromosikan laman web dan blog menggunakan email. HH menggunakan kaedah ini semasa awal-awal membuat blog, mempromosi blog kepada rakan dan kenalan terdekat, termasuklah rakan sekerja.

Dan biasanya, kerana keterujaan rakan-rakan, blog akan menerima kunjungan daripada mereka. Mereka ada rasa ingin tahu bagaimana rupanya blog kita. Andai kena gaya persembahan dan isi kandungan, mereka akan terus melekap dan menjadi pembaca setia blog. Teknik dan cara ini sangat berkesan andai anda membuat blog peribadi yang mengisahkan kehidupan anda seharian.
Teknik Promosi Blog Menerusi Email - Panduan Blogger

2 Teknik Promosi Blog Menerusi Email

Promosi menerusi email ada dua cara, iaitu secara langsung dan secara tidak langsung. Secara langsung bermakna anda menghantar email semata-mata mempromosikan blog anda. Anda hantar email dan terus pujuk mereka jenguk blog anda yang baru dibuat. Isi kandungan email anda terus menjurus kepada meminta mereka cekidaut blog cantik bangat yang dah anda bina.

Cara kedua ialah tidak langsung, di mana anda meletakkan nama blog serta url dalam signature email anda. Selalunya dilakukan apabila kita menghantar email kepada yang bukan tergolong sebagai rakan terdekat, mungkin kerana menghantar pertanyaan, atau menghantar sesuatu perkara menerusi Yahoogroups. Yang pasti, setiap email yang dihantar akan ada pautan ke blog anda.

Dulu, semasa HH buat blog berkisar fotografi, sering sahaja hantar email dengan gambar ke dalam Yahoogroup - yang semestinya semuanya merupakan peminat fotografi. Blog alhamdulillah, menerima kunjungan dan trafik yang dikehendaki. Ia satu permulaan untuk blog dikenali.

Jangan ambil mudah teknik promosi blog menerusi email. Anda mungkin akan berjaya menarik minat pembaca blog dari kalangan orang yang menerima email anda. Tambah-tambah lagi andai anda berjaya menjadikan satu entri atau artikel yang dikongsikan menerusi email, dikongsikan oleh ramai lagi menerusi forward email!

Selamat mencuba.


7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Hahaha.. spamming tu kalau dah hari2 hantar email suruh baca .. tu memanglah. Tapi ini, setakat beritahu masa awal2 je .. lepas tu guna email signature je .... tanya khabar ..balas email... macam biasa2 ...

    ReplyDelete
  2. Ohh teknik yang saya kongsikan ini bukan hantar email secara random .. itu nanti dikira spam.. ini hantar link - semasa mula2 buat blog kepada rakan-rakan terdekat kita, atau kawan-kawan siber kita.

    ReplyDelete
  3. Hntar kepada kawan2 sekolah lama - sekolah rendah, sek men, ipt dan semua2 yang pernah kenal kita dan masih hubungi guna email. Takkan tak ada email mereka???

    ReplyDelete
  4. Masuk dalam Yahoogroup kumpulan2 tertentu ... dan kongsikan apa yang anda ceritakan dalam blog, lebih2 lagi Yahoogroup mengenai apa yang anda ceritakan dalam blog.

    ReplyDelete
  5. sukmawati binti haronJune 8, 2013 at 3:50 PM

    tapi HH macam mana kita nak random send e-mail, sebab kita tak tahu address orang yang kita nak send e-mail tu....

    ReplyDelete
  6. Assalammualikum,,, HH,

    Perkongsian yang menarik.. guna email pomosi blog.. masa dulu2 sekarang ok gak x?...

    mselim3

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement