As-Salam. Diri anda sebagai blogger sedang kembang mekar dengan cinta kasih dalam hati. Dan tetiba idea mencurah untuk menitip kisah cinta dan kasih anda. Haaa ... jangan sia-siakan perasaan berbunga penuh wangi itu, jadikan ia satu penulisan blog serba terbaik.

Jika anda mahu menulis sebuah blog cinta, zahirkan apa yang ada dalam hati dengan perkataan indah yang meruntun qalbu. Ia boleh dizahirkan, jika anda faham apa itu cinta dan kasih. Serius, hasil penulisan anda yang penuh bunga-bunga akan ada yang menambat hati.

Tips Menulis Blog Cinta Dapat Ribuan LIKE

Cuba lihat blog rakan blogger HH ini.


Blog ini sarat dengan kisah cinta luar biasa. Dengan penceritaan yang bersulam kata cantik, blog ini berjaya menambat lebih daripada 8 ribu followers, dan paling menarik ... setiap entri perkongsian jiwa menerima lebih beratus-ratus LIKE dan dikongsi saban hari sehingga ada yang mencapai jumlah ribuan ... hanya menerusi satu entri. Hebat bukan?

Jauhhhh bezanya dengan blog HH yang nak dapatkan LIKE sampai 10 bagi sesebuah entri Panduan Blogger Blogspot pun sangatlah perit. Tapi, blog Jiwa Jiwa ini berjaya melakukannya tanpa dipaksa dan disuruh.



Inilah nilai kehebatan sebuah penulisan yang dizahirkan menerusi hati. Jika anda menulis dengan hati, in Sha Allah, corak penulisan anda akan jadi sangat mengagumkan, dan dalam soal ini, bisa membuatkan hati layu kuyu sehingga memaksa diri secara automatis untuk berkongsi bait-bait indah yang ada di dalam penulisan tersebut.

Jika anda mahu blog cinta, pastikan apa yang ditulis bukan tiruan. Anda mahu orang suka, maka tulis dengan jari jemari tulis murni semurni cinta dan qaseh anda yang tiada tolong bandingnya itu.


7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Bukan mudah tu nak dapat lebih 1k like.. Nak dapat 10 like pun bukan main seksa.

    ReplyDelete
  2. BLOG CINTA MEMANG SEMUA ORANG MINAT...SEBAB CINTA ITU ANUGERAH YANG TAK TERNILAI......

    ReplyDelete
  3. Fuhh, tema cinta, rasanya, memang ramai yang suka. :)

    ReplyDelete
  4. Nak kena terjah nih..

    ReplyDelete
  5. oh..tak pandai saya nak bermadah sedemikian rupa..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement