As-Salam. Tertarik dengan kata-kata seorang blogger bahawa ranking Alexa tak berapa nak menarik dan penting kerana sesiapa pun boleh menarik trafik tinggi ke blog. Serius ... tak susah mana. Anda buatlah entri yang ada kaitan dengan  kisah selebriti, gambar artis, kisah politik ... pasti trafik blog anda akan jadi luar biasa.
Ramai dah guna teknik ni. Dan memang ia terbukti berjaya menarik trafik walaupun isi kandungannya hanyalah entri ulang cetak dari blog hiburan lain. Jadi, jangan hairan kalau blog yang biasa-biasa macam blog HH ini boleh capai 10 ribu pageviews sehari atau 5 ribu hits untuk satu entri. Ia bukan mustahil.

Ada blog tak ramai follower tapi ranking Alexa bawah 100K. Pageviews lak dah capai 4 juta dan PR blog tu dah PR3. Usia blog ... lebih muda belia dari blog HH sendiri. Baca SINI.

Trafik Tinggi Mana-Mana Blogger Boleh Dapat .... Tapi

Tapi ... kalau mahu sebuah entri yang ada kualiti dan ada Google Pagerank (PR) yang baik adalah sangatlah susah. Percayalah. HH berusaha semenjak dapat PR2 nak lonjak-lonjak ... masih lagi tak menjadi. Almaklumlah, tak rajin dah nak pergi sana sini tinggalkan komen. Ada jenguk cuma kadangkala tak tahu nak beri komen apa. Silap komen kang ... tuan punya blog tu merajuk .. hehehe...

Teknik-Teknik Tingkatkan Google Pagerank (PR)

Satu teknik untuk dapatkan PR yang baik adalah dengan meninggalkan komen di blog-blog yang boleh bagi backlinks berkualiti kepada blog kita. Untuk buat teknik ni, kena kenalpasti mana blog yang ada dofollow comment dalam sistem komen blog mereka. Dan kena pastikan juga, anda boleh dengan tanpa rela meninggalkan url blog anda atau membuat backlink menerusi komen yang anda berikan.

Teknik kedua ialah dengan mendapatkan backlinks dari blog-blog yang senada serirama dengan blog kita. Itu sebab blog PM boleh capai PR9 sebab ia sebuah blog politik yang banyak dipaut dan terpaut oleh blog-blog politik yang lain, yang memberikan backlinks percuma kepada blog PM kita. Juga lihat pada blog Amanz.my yang menghidangkan entri-entri mengenai teknologi dan gajet, yang banyak dipaut dan dijadikan rujukan oleh blog-blog tekno yang lain.

Teknik satu lagi ialah dengan kerap meninggalkan komen di blog-blog yang sudah ada PR yang baik. Jadikan blog ini sasaran anda hari-hari untuk anda berdiskusi dalam ruangan komen mereka. Dan seperti yang HH katakan di teknik pertama, kena pastikan sistem komen mereka itu mesra backlinks.

Paling Penting - Kandungan Blog Anda

Dan pastinya ialah, sebelum anda buat kerja amal meninggalkan komen anda di blog-blog tadi tu, blog anda perlu dan mesti ada kandungan blog yang bagus untuk dibaca, bukan entri yang anda lekap hasil pencarian anda. Ia mesti diolah ikut nada dan cara anda - sama seperti anda meninggalkan komen.

Mudah? Susah? Terpulang pada anda untuk praktikkan. 


47 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul.... fyna pun masih lagi try and error. mana yang ok untuk blog.

    ReplyDelete
  2. backlink berkualiti mmg kene bnyk untk dpt kan pr tapi tak smestinye jugak.. crawl drpd googlebot pun pnting jgk nak dptkan pr :)

    ReplyDelete
  3. susah nak explore dalam blog ni utk capai setinggi tu..PR memg susah nak naik...

    ReplyDelete
  4. sejak tukar ke wp , PR tak naik-naik . salah satu sebab mungkin malas berblogwalking . Blogwalking pon penting sebenarnya ..

    ReplyDelete
  5. Apa-apa benda pun kerja perlukan kerajinan, baik bab blog maupun pekerjaan. Kalau dikira blog PM, pagerank alexa, tak tinggi sangat tetapi PR dia PR9. Kenapa benda ini terjadi. Adakah kerana blog PM tidak pergi backlink ke blog kita?

    ReplyDelete
  6. Jalan terbaik..tak payah kira sangat PRnya maupun trafik, kita ikut secara sederhana saja. Biar keadaan yang menentukan, lainlah jika blog mereka mahukan income.

    ReplyDelete
  7. Jika hanya mengejar trafik...benar kata HH, dapatkan cerita terhangat masa kini. Copy paste atau salin bulat2 dari surat khabar, pasti berhasil. Tapi seorang blogger yang beretika, pasti anda tidak mahu korbankan nilai blog anda. Sebuah blog teknologi/gajet bercerita kisah artis bercerai! Bagi saya...biarlah perlahan2...gunakan teknik seo dalam penghasilan entri berkualiti bertepatan dengan tema blog anda. Jangkamasa panjang...dengan usaha, insyaallah anda akan berjaya juga. Lihat sahaja Kak Kujie dan Denaihati....

    ReplyDelete
  8. Sensasi2020.. hehehe.. betul jugak tu. Satu lagi HH, mcm mana komen kita ni boleh backlink ke blog sendiri?

    ReplyDelete
  9. thanks HH... acik akan baiki my blog :)

    ReplyDelete
  10. ooo cegitu ya... komen kat blog abg HH je la..hehehe

    ReplyDelete
  11. nice tips..thank you.. akan dipraktikkan.. :)

    ReplyDelete
  12. boleh tahan bro..bahasa yang menyentap rasa.dan paling penting isi kena pada tempatnya.

    ReplyDelete
  13. Aq masih baru dan banyak lagi perlu belajar bab2 nie... lagipun domain nie pakai tak sampai lagi seminggu so banyak laa kena tingkatkan lagi pr... nice sharing bro

    ReplyDelete
  14. kalau cuma PR saya jamin mudah tuan Hasrul Hasan saya jamin akan dapat PR 3 atau 4 jika mau dalam waktu singkat

    ReplyDelete
  15. susah nak dptkan PR tinggi, kena plak blog baru kan....

    ReplyDelete
  16. Info yng Baik Abg HH. Tq

    ReplyDelete
  17. Good info!! So kena ubah gaya blog dan penulisan..

    ReplyDelete
  18. Banyak faktor rupanya perlu diambil kira untuk menjadikan blog yang hebat

    ReplyDelete
  19. Salam perkenalan dan salam manis dari Ummikami :)

    Bagi Ummi pula...blog Ummi yang menekan entri dalam bentuk pantun tak selalu boleh 'update'kan seperti mana kawan-kawan bloggers yang lain, sebabnya entri Ummi memerlukan daya fikiran dan idea ilham untuk mengarang pantun-pantun, nak perah idea bukan senang, perlukan ketelitian, kajian dan skil, kadangkala ilham datang bagai curahan hujan malam, bukannya datang bagai curahan air... kadangkala mengambil masa berhari jugaklah.....harapkan pandangan En Hasrul tentang blog berpantun Ummi......apapun terimakasih tentang info yang berguna ini, terimakasih ya.

    p/s Jom kita berpantun :)

    ReplyDelete
  20. Ssebuah blog yang unik, lain dari yang lain ... terima kasih kerana sudi jengah di sini ... saya amat hargai kehadiran @Ummi Kami

    ReplyDelete
  21. Memang. Dan bukan ambil masa setahun dua .. :)

    ReplyDelete
  22. Nak dapat PR kena original dan ikhlas serta rajin.

    ReplyDelete
  23. Betul saya sokong....semua orang boleh bercerita tentang traffic tapi empunya diri tahu payah sangat..hehehhehehe.

    ReplyDelete
  24. Itu sbb antara kejayaan sesebuah blog ialah kena update - ping - dan submit url blog setiap paling busuk sebulan sekali.

    ReplyDelete
  25. WP best ... banyak plugin untuk benda2 camni ....

    ReplyDelete
  26. Hmmm ... saya dulu buat macam tu .. cara mudah dan senang. Tapi dulu copy-paste tak ada isu, sbb dulu lebih terbuka, perkongsian merata ...

    ReplyDelete
  27. setuju dgn pndpt bro HH...mmg berlambak blogger skrg yg mengejar trafik semata, walhal content cuma copy paste..kadang2 naik muak dgn blogger gni...apapn thanks atas tips ini

    ReplyDelete
  28. Itu cara mereka ...mereka mungkin tidak tahu. Nak salahkan mereka sebab mereka tak belajar atau kita tak beri tunjuk ajar?



    Teringat Anuar Zain - Ajari Aku

    ReplyDelete
  29. Trafik tinggi memang senang nak dapat. Kalau nak dapat pagerank tinggi susah sikit. kandungan blog kena sesuai dengan niche blog.

    ReplyDelete
  30. Hmm ... kadangkala niche ni boleh dipelbagaikan, yang penting isi kandungan itu adalah 100 peratus milik kita.

    ReplyDelete
  31. Suka baca tips2 yang diberikan; terima kasih.
    Tidak dinafikan, cerita celebriti@sensasi@gempak lebih mengujakan. Baru nak buat experiment menguji kesahihannya, PR cepat naik,
    Terpulang kepada individu mengikut keserasian diri berkenaan entry blog masing2. Menjana sesuatu entry yang berkualiti sememangnya bukan mudah. Tetapi kesabaran & tidak berputus asa kunci kejayaan.
    Cuba tanya tokeh2 yang berjaya, tak akan ada yang cakap duduk goyang kaki boleh berjaya, semuanya berkat kesabaran & usaha keras.
    P/S: Tak kisah dengan kritikan, memang pedas tetapi positifnya 'ia membina jati diri'

    ReplyDelete
  32. betul tu HH.... ;) sejak PR3 barulah Mia rajin skit update blog heheheh... dan juga rajin blogwalking. risau juga nak kena maintain... huhuhu

    ReplyDelete
  33. Terbaiklah @mia liana .... rajin macam mia memang patut dapat PR3

    ReplyDelete
  34. Dah ada domain, bermakna sudah selangkah untuk menjadikan blog lebih berjaya.

    ReplyDelete
  35. Kalau beli tak mahu ... sbb pernah beli satu ketika dahulu, sampai blog kena penalti, adsense pun kantoi.

    ReplyDelete
  36. Good info, i will try hard to do best.. Setuju Bro..

    ReplyDelete
  37. Banyak tips yg belum dibuat dan perlu konsisten.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konsisten atau dengan kata lainnya Istiqamah

      Delete
  38. Nak naik PR1-2 senang...
    Nak naik PR3-4 dah kurang senang.
    Nak Naik PR5-10 lagi tak senang....

    PR bagus kekerapan googlebot crawl web akan lebih bagus lagi..

    Ikhlas,

    Amin Johar
    Jurutera SEO Malaysia

    ReplyDelete
  39. bagus info...ada orang kata berblog tanpa pelawat bagaikan seperti syok sendiri. ada pula yang kata, berblog biarlah hasil kerana kepuasan kita menulis..
    emm kalau saya, berblog biarlah sebagai medan untuk saya sampaikan penulisan saya. janji saya tahu nak buat semua tu dan try error try error hehehe supaya tidak ketinggalan huhu
    kamianakmelayuterhebatmasakini.blogspot.com

    ReplyDelete
  40. Assalammualikum.... HH,

    Terima kasih atas info yang dikongsikan ini... traffik tinggi yang biasa mselim3 tgk kebanyakkan blog2 hiburan dan politik... pape pun ape yg penting kita ada niche tersendiri ... itu juga pandangan mselim3 aje...

    mselim3

    pls: Apa yg penting seronok dalam berblog dan berkenal2 dengan blogger lain.

    ReplyDelete
  41. As Salam,
    Byk nya maklmumat yg berguna. terim kasih HH

    ReplyDelete
  42. saya selalu tinggalkan komen tak kira dlm blog PR tinggi ataupun tidak. kalau sempat blogwalking le... hehe... Terima kasih sifu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement