As-Salam. Fuh ... 5 hari bercuti .... sakan aihh ... hari-hari terakhir dalam bulan Mac sempena cuti penggal persekolahan dihabiskan dengan cuti bersama keluarga. Kepada rakan-rakan blogger yang sudi jenguk Instagram milik HH, tentu dah sedia maklum kemana pergi HH sekeluarga di cuti sekolah yang baru berakhir.
Uji Mantap Blog Dengan Ketiadaan Entri Terbaru
Ok. Kembali bercerita soal dunia blog. Apabila seorang blogger bercuti, perkara yang mungkin bermain di minda ialah mengenai trafik blognya. Apakah ia akan naik, turun atau tak berubah? Ramai blogger yang ambil berat soal ini tentu resah gelisah, bila blog ditinggal tanpa entri terbaru.
Sebenarnya, penting bagi seorang blogger untuk bereksperimen prestasi blognya apabila tanpa entri terkini. Ini adalah untuk mengetahui beberapa perkara penting.
Perkara Penting Yang Boleh Dilihat Semasa Blog Tanpa Entri Terbaru
- Prestasi blog tanpa entri baru atau update terkini.
- Melihat entri-entri yang popular ketika tanpa update terkini.
- Melihat keberkesanan SEO blog.
- Kenal-pasti pembaca berulang, pembaca setia dan pengunjung baru.
- Melihat keberkesanan interaksi sesama pengunjung yang singgah menerusi komen.
- Melihat keberkesanan iklan yang diletakkan dalam blog ketika tiada sebarang 'promosi' blog dibuat.
Di atas adalah beberapa perkara penting yang perlu dieksperimen dan dinilai semasa blog tiada update terkini. Ia penting untuk seorang blogger melihat di mana kekuatan dan kekurangan blog. Ia boleh dijadikan satu pengukur untuk memantapkan blog serta persediaan menyediakan entri-entri yang lebih baik pada masa akan datang.
Alhamdulillah, kalau ikut statistik yang disediakan menerusi blogger.com ni, secara amnya, blog masih boleh mendapat trafik sekitar 5K pageviews. Dan kebanyakkan trafik ini dijana daripada entri-entri informatif yang tentunya ada ciri-ciri SEO.
Menerusi statistik lain seperti entri paling banyak hits, entri paling banyak komen, kita boleh agak apa yang pengunjung dan pembaca mahu kita persembahkan atau sediakan di dalam blog.
Seorang blogger perlu uji mantap blog tanpa entri terbaru agar boleh mencari niche tersendiri, dan boleh merangka tema tertentu - terutama buat blogger yang tercari-cari tema dan jenis blog yang mereka sedang buat.
Blogger perlu paling tida; mengetahui untuk buat analisis kecil-kecil sebegini agar boleh menjadi seorang blogger yang baik. Blogger picisan .... tepi-tepian pun kena lihat, kerana ini adalah satu ilmu blogger yang perlu dijadikan amalan agar nanti anda tidak nganga mulut apabila ada blogger baru yang mampu buat lebih baik dari anda. :)
*p.s: Nanti akan ada cerita mengenai cuti-cuti HH bersama keluarga di NazimHassan.com
woooo... sgt mantop....
ReplyDeleteterbaik lah tuan ! mantap! blog lisa pun masih terkedek kedek lagi. Trafik paling kuat sekadar 10K, hmmm
ReplyDeletesangat bersetuju....kene lihat keberkesanan blog..tapi susah nk capai macam HH ni...terlalu mantap..
ReplyDeleteIshhh @facebook-1360958390:disqus ... siapa kata susah ... saya pun macam anda juga dulu ... tapi sebab kejemuan dalam blog itu tak pernah sampai tahap cipan, maka alhamdulillah ... segalanya berakhir dengan baik.
ReplyDelete10K tu ok apa, saya dulu pun cam @google-45676bd217d6afc8eacd063f2b5462af:disqus gak ..kedek2
ReplyDeleteterima kasih, atas usaha mendalami ilmu .. dan in Sha Allah dikongsikan kepada anda semua ..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.