As-Salam. Antara widget yang menarik yang dapat bantu sesebuah blog kenalpasti pengunjung ke blog adalah widget traffic dari Feedjit Live. Widget ini memang popular, malah HH pernah menggunakannya satu ketika dahulu untuk ketahui secara dalam talian dari mana datangnya trafik ke blog.
Widget Papar Informasi Pengunjung Secara Live Menerusi Feedjit
Penggunaan dan pemasangan widget Feedjit Live ini adalah percuma, malah anda tidak perlu daftar pun untuk menggunakannya.
Anda hanya perlu isi butiran yang diinginkan dalam kotak - Personalize Your Feedjit, seperti skema warna, kelebaran widget (maks 300), jumlah pengunjung yang mahu dipaparkan serta pilihan untuk pelarasan warna widget anda untuk disesuaikan dengan layout blog anda.
Dah isi dan sudah puas hati dengan preview yang disertakan, anda hanya perlu klik butang Go! dan paparan di bawah akan muncul bagi meneruskan pemasangan widget tersebut dalam blog. Mudah gitu .... tutup mulut pun leh buat punyalah .. !!
Ikuti apa yang diberitahu semudah A-B-C .... dan anda sudah boleh lihat widget ini beraksi seperti yang dapat anda lihat di blog rakan blogger ini - Deqnoor.com
Antara informasi menarik yang boleh anda dapat bila guna widget Feedjit Live ini ialah anda boleh tahu lokasi pengunjung blog anda. Dan keduanya, dari mana pengunjung blog anda tersebut boleh singgah ke blog anda - samada secara terus atau melalui enjin carian seperti Google.
Informasi Pengunjung Menerusi Feedjit
Contoh boleh dilihat seperti di bawah ini, yang HH ambil 'tanpa izin' dari Deqnoor.com:
Mungkin tak berapa nak jelas .... jadi HH besarkan imej ini untuk lebih nampak.
Menerusi Feedjit Live, anda boleh tahu dari negara mana datangnya trafik ke blog, guna pelayar internet jenis apa, sistem pengoperasian komputer yang digunakan, dan paling penting sekali ialah samada trafik itu dijana menerusi secara terus (direct) atau melalui enjin carian seperti Google dan Yahoo.
Secara terus (direct) kemungkinan besar adalah pengunjung itu sendiri taip alamat blog anda. Buktikan bahawa blog anda sudah ada pembaca setia yang sentiasa ingat url dan alamat blog anda.
Malah, anda boleh tahu samada trafik itu datang daripada rakan blogger lain yang memasukkan blog anda di dalam bloglist mereka. Kalau ada, akan muncullah snapshot serta butiran blog tersebut.
Menarik bukan? Dengan widget ini terpasang di blog anda, mudah bagi anda tahu perkara-perkara mengenai trafik blog anda dari semasa ke semasa, mahupun secara terus (Live).
Cubalah, jika teringin sambil leleh air liur ... boleh klik pautan ini untuk pasang widget Feedjit Live Traffic ke dalam blogspot anda.
Selamat mencuba.
freedjit ni sesuai pada permulaan ja.. coz kita boleh tengok dari mana dtangnya pengunjung kita dan ke entry mane tapi.. rasanya sekarang tak perlu lagi coz google analytic dah ada.. dan blogger stats pun dah ada utk tengok.. kalu banyak widget tkut beratkan blog bagi internet yg slow.. tapi kalu blog ringan apasalahnya utk tyang kepada umum..
ReplyDeleteSaya lak dah lama tak guna .. hehehehe
ReplyDeleteKena pilih widget yang sesuai.
ReplyDeleteHMm ramai blogger lama masih lagi guna Feedjit ni ...
ReplyDeleteYa, digalakkan blogger baru pasang widget ini dalam blog mereka.
ReplyDeleteFeedjit amat bagus.
ReplyDeletesy buat sejak guna domain *blogspot dulu.
bgs juga widget ni. dl SA pasang skrg x lg. Bnyk widget blh melambatkn loading blog..
ReplyDeleteAJ memang dah lama ada widget ni.....
ReplyDeleteterima kasih atas panduannya..saya dah pun pasang dekat blog.
ReplyDeleteMieya pon baru je pasang widget nie.
ReplyDeletedulu pernah guna..lepas tu buang..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.