As-Salam. Tahniah kepada blogger fotografi yang dikenali kekacakkannya - Aizul Marcello yang telah melangsungkan perkahwinan dengan selebriti, model dan juga 'bekas' blogger Lynda Roslan pada 12 Mei 2013 di Shah Alam.

Dua-dua cantik, sama padan kacak dan jelita. Dan dua-duanya punyai aura dan karisma selain pengikut mereka sendiri. Aizul memang cekap dengan kamera, malah banyak gambar-gambar hasil kreativitinya yang saya sendiri sangat terliur melihat dan menatapnya di blog Aizul Marcello.

Manakala Lynda Roslan, seorang model dan bekas blogger yang memang awesome cun. Saya sendiri pernah tampilkan mengenai Lynda Roslan dalam beberapa entri saya dahulu, sebelum dilamar menjadi artis residen Mig Pictures - Lynda Roslan - Pelakon Baru Mig Pictures

Murah rezeki kata orang, Lynda Roslan kemudian jadi model produk tudung terkenal, dan akhirnya wanita cantik ini telah memiliki jenama tudung sendiri. Itulah, tuah manusia tak macam tuah ayam yang boleh nampak di kaki .. hehehe...

Tahniah pada mereka berdua, sesungguhnya mereka telah menunaikan salah satu sunnah yang sangat dituntut, dan moga rezeki mereka berdua akan bertambah. Didoakan buat Aizul dan Lynda akan kekal bahagia hingga ke akhirnya dan cepat-cepat menimang cahayamata yang comel ... :)

Foto Perkahwinan Lynda Roslan dengan Aizul Marcello

Panduan Blogger - Gambar Perkahwinan Lynda Roslan - Aizul Marcello Panduan Blogger - Gambar Perkahwinan Lynda Roslan - Aizul MarcelloPanduan Blogger - Gambar Perkahwinan Lynda Roslan - Aizul Marcello Gambar Persandingan Lynda Roslan - Aizul Marcello Foto Cun Perkahwinan Aizul dengan Lynda Roslan

Oh ya, buat mereka yang tak tahu, Aizul merupakan adik-beradik ... tak pasti samada adik atau abang .. kepada seorang lagi blogger terkenal yang juga cun melecun ... Irene Nadia Marcello yang juga telah pun berkahwin .. ) ...

Panduan Blogger Blogspot Malaysia - Gambar Romantis Lynda Roslan dan Suami

Tahniah buat mereka berdua, dan terima kasih kepada Photophenomgraphy Studio kerana berkongsi gambar cantik cun terbaik ini.

Kredit Foto: Photophenomgraphy Studio

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tahniah2 huhu secocok

    BalasPadam
  2. semoga berkekalan jodoh pengantin ni...

    BalasPadam
  3. assalamualaikum hh...selamat pengantin baru buat Aizul n Lynda...moga jodoh kekal hingga hujung nyawa..;)

    BalasPadam
  4. kalau dah photographer tu...tambah plak cun wifenya..model lagi tu...pehh..terbaiklah depa ni..selamat pengantin baru..:D

    BalasPadam
  5. fairus mohamad noor15 Mei 2013 pada 9:14 PG

    sama cantik&sepadan..moga jodoh berkekALAN..

    BalasPadam
  6. Tahniah buat pasangan pengantin

    BalasPadam
  7. Dah dekat sebulan mereka ni kahwin .... :)

    BalasPadam
  8. Hmm tu la seronok je tengok kan .. pasti lepas ni gambar famili semuanya terbaekkk

    BalasPadam
  9. sama cantik sama comel.. semoga mereka berbahagia hinggalah ke syurga..amin..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement