Warna-warna ini kalau kena dengan penampilan blog, apatah lagi dengan tema, in Sha Allah, blog anda akan kelihatan segar dan menarik untuk pengunjung yang singgah. Dan mana tahu, kemungkinan kerana warna ceria itu akan buat si pengunjung jatuh cinta - ada pengunjung akan sukakan sesebuah blog sebab keceriaan dan rekabentuk blog; kontra dengan isi kandungan .. hehehehe.
Jadi, mungkin anda tertanya-tanya apakah warna-warna sedondon ini, macam mana nak buat, apakah kod warna tersebut?
5 Pilihan Warna Sedondon Bagi Menceriakan Penampilan Blog
Berikut saya kongsikan contoh untuk 5 pilihan warna sedondon yang boleh menceriakan blog anda.Warna-warna yang saya berikan ini adalah warna-warna selamat - iaitu terkandung dalam 216 warna web selamat untuk digunakan, yang tidak memberatkan blog.
Warna-Warna Menceriakan Blog
Aplikasikan warna-warna ini pada warna latar, warna header, warna sidebar atau footer blog anda, terserah pada anda. Boleh juga digunakan sebagai warna-warna pilihan untuk warna link atau permalink dalam entri, serta boleh dijadikan warna tulisan blog. Boleh juga digunapakai bagi navigasi blog anda.Terserah pada anda untuk menggunakan variasi warna sedondon ini, atau boleh sahaja kontrakan ia untuk lebih efek yang menawan dalam blog.
Untuk warna-warna lain yang mungkin anda boleh cuba, boleh rujuk pada Color-Hex (klik)
Selamat mencuba.
huhu... apa boleh buat. next time ada lagi..
ReplyDeletebab2 warna2 ni... memang faveret mia..
ReplyDeletesy risau jika ubah lagi latar belakang warna blog akan berat huhu..
ReplyDeleteWarna tidak memberatkan sbb ia bukan dicapai tetapi ia memang standard penetapan bagi sesebuah laman sesawang, apatah lagi jika menggunakan 216 warna selamat yang telah saya nyatakan.
ReplyDeleteUbah ... ke lain kalilah?
ReplyDeleteSaya mmg suka nak selalu mai blog sifu ni sbb penuh dgn keceriaan. Chayyalah sifu :)
ReplyDeletehehe. kalo sy, ini kalilah!
ReplyDeleteassalamualaikum hh...menarik kalau ada warna yg sama dan tidak memberatkn blog kita...;)
ReplyDeletesatu panduan yang menarik ini..
ReplyDeleteSesuailah tu dengan nama blog ... merah belakooo ... tapi malang ...merah tak dapat teruskan perjuangan ....
ReplyDeleteHH memang tukar tema warna blog sebulan sekali ke? apa pendapat HH dengan tema warna blog saya?
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.