Memandangkan nisbah yang jauh beza ini, adalah penting blogger baru untuk tonjolkan diri dalam dunia blog dengan aktifkan diri dalam apa jua aktiviti yang dibuat oleh blogger-blogger yang jauh lebih lama punyai blog. Blogger lama sudah ada nama, dah dikenali, maka dengan berhubung dengan blogger ini, akan memberikan kelebihan untuk dikenali. Dikenali bagaimana? Dikenali oleh blogger tersebut dan rangkaian rakan blogger mereka yang dah lama jadi pengikut.
Aktifkan Diri Sebagai Blogger
Apabila anda aktifkan diri, kehadiran anda akan dirasai. Lama-lama, in Sha Allah, sedikit demi sedikit anda akan dikenali dalam rangkaian rakan blogger sedia ada, dan berkemungkinan besar akan berjaya menambah pengikut anda sendiri.Bagaimana nak aktifkan diri? Teknik menambahkan follower buat blogger baru adalah dengan sertai perkara-perkara yang akan saya dedahkan ini.
Teknik Menambahkan Follower Buat Blogger Baru
- Sertai segmen dan kontes mahupun giveaway yang dianjurkan. Meriahkan ia walaupun anda bukan bermaksud untuk menjadi salah seorang pemenang. Sokong dengan mempromosikan ia.
- Sertai aktiviti yang dibuat sesama blogger aktif dalam rangkaian blogger tersebut. Kadangkala, blogger yang dah dikenali ini tak ada masa untuk buat kontes, giveaway mahupun segmen, jadi anda kenalpasti rakan blogger lain yang aktif dalam rangkaian blogger tersebut, dan berikan sokongan anda.
- Aktif dalam interaksi. Cara ini memerlukan anda saling memberi komen dan membalas komen yang ditinggalkan. Komen dengan cara yang boleh memikat komentor lain untuk mengenali dan singgah ke blog anda.
- Blog anda perlu mesra pengunjung untuk memudahkan blog anda dapat pengikut hampir serta-merta. Jika blog anda menyukarkan pengunjung untuk menyukai blog, mana mungkin dapat tambahkan jumlah follower.
- Bersama rakan blogger aktif lain dalam perjumpaan, aktiviti luar supaya dapat saling kenal-mengenal. Aktiviti perjumpaan riadah atau santai seperti minum-minum kedai mamak, pergi berkelah, tengok wayang boleh anda sertai, atau sertai ziarah rakan blogger - yang mungkin ada masalah seperti keuzuran atau hadapi kematian.
- Memilih rakan-rakan blogger aktif dalam rangkaian blogger untuk lebih intim dan mesra, dan paling penting yang ada blog dengan tema dan niche yang sama. Jadi rakan baik samada dunia maya mahupun dunia realiti. In Sha Allah, anda akan terkejut dengan cara blog baru anda berkembang.
Teknik-teknik di atas dikongsikan atas beberapa pemerhatian yang saya lihat pada blogger baru yang cepat dikenali dalam dunia blog. Mereka dengan mudah mendapat tempat dalam dunia blog, dan kehadiran mereka terus dirasai hampir serta-merta.
Blogger Lama Sombong
Dengan kata lain, blogger baru jangan sombong pada blogger lama. Adakala blogger baru kata blogger lama ramai yang sombong dan tak mahu jenguk blog mereka, namun hakikatnya andalah yang seharusnya mesra dengan mereka, dan cuba 'pikat' mereka dengan cara ramah anda. Elakkan memaksa untuk disukai.Selamat mencuba.
Thanks di atas perkongsian...no 5 tu macam susah sikit.
ReplyDeleteVery useful tips.. tq.
ReplyDeletesetiap segment/ga/contest yg blogger anjurkan mesti ada kene like/follow mcm2 page.. ini pun salah satu cara utk increase kan follower.. tp tak pasti lah sama ada cara ni ok atau tak utk blogger baru praktikan..
Blogger lama sombong? Bro HH ok je pon hehe...tq tips ni...mmg selalu sedut info bguna kat sini...
ReplyDeletetips yg sangat2 berguna..thanks bro
ReplyDeleteKena rujuk entri saya mengenai penganjuran segmen atau kontest, sbb ada perkara-perkara yang perlu dilihat dan dipertimbangkan.
ReplyDeleteHehehee... :) saya peramah ehh? Hmm ...
ReplyDeleteTerima kasih @fairus mohamad noor
ReplyDeleteTerima kasih @ieta .. harap dapat pratikkan mana yang sesuai.
ReplyDeleteYa, tak perlu nak rush ... sbb benda ni sebenarnya akan berlaku dengan sendiri - benda susah dapat akan susah nak hilang ... :)
ReplyDeleteaku walaupun dah 5 tahun blogging,tapi sebenarnya ok je ngan blogger baru ni..tapi lau blog depa tu semak sangat...entri suratkhabar...hurm..elok betulkan dulu le..
ReplyDeletepasal follower bagai ni malas nak amek kisah sangat..biar la..ada ke takde..aku lebih pentingkan subscriber...hehehe..:D
Tips terbaik
ReplyDeleteTerima kasih brother. Sangat berguna.
ReplyDeleteokeh.. hheeeee
ReplyDeleteTips yang baik HH..cuma pada new blogger macam i ni, rasanya tak perlu rushing sangat nak kumpul folower kan..kena slow & steady...and jangan cepat give up kalau tak ramai follower and kurang visitors..kena usaha lebih siit kot..
ReplyDeleteTerbaik & sgt2 suka dgn tips ini
ReplyDeletethanks for the tips..
ReplyDeleteBlog kalau dah ditinggalkan lama-lama.. pengikut pun menghilang begitu sahaja...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.