As-Salam. Masih ada yang tidak berapa nak faham mengenai Google Pagerank (PR) dengan Alexa Ranking. Keliru mungkin antara kualiti dengan kuantiti (trafik). Sebelum saya tulis lebih lebar dan lebih panjang, secara mudah untuk difahamkan ialah PR = Kualiti, Alexa = Trafik.

Apa beza antara Google Pagerank (PR) dengan Alexa Rangking ini.
Panduan blogger ketahui beza Google Pagerank dan Alexa Ranking

Beza Google Pagerank dan Alexa Ranking

Google Pagerank (PR)

Dikira berapa banyak backlinks berkualiti (dengan kata kunci sama) yang diberikan kepada sesebuah entri atau blog. Harus difahamkan bahawa setiap entri ada PR dia tersendiri yang menyumbang kepada PR keseluruhan blog tersebut.

Lihat contoh ini:
Pagerank pada entri ini dipaparkan adalah 0/10. Manakala pagerank untuk blog ini secara keseluruhannya ialah seperti ini:

Banyak pagerank dalam blog ini - Panduan Blogger belum lagi diberikan penarafan pagerank, jadi kerana itulah PR blog ini masih lagi tidak bergerak-gerak.

Mengapa berlaku? Seperti contoh pertama tadi, pagerank 0/10 bermakna tiada backlink berkualiti diberikan atau terdapat pada entri tersebut, walaupun ada blog lain yang merujuk kepada entri tersebut yang mungkin PRnya tidak begitu bagus.

Kesimpulannya, blog ini masih belum mencapai kualiti yang bagus kerana ia masih lagi belum menjadi rujukan 'sebenar' kepada kata kunci yang terdapat dalam entri tersebut. Itulah pentingnya blog perlu ada niche kerana dengan adanya niche, kata kunci pada setiap entri takkan lari dengan kata kunci bagi keseluruhan blog.

Harap anda faham mengenai Google Pagerank ini.

Alexa Ranking

Alexa Ranking adalah mengenai trafik, walaupun blog anda tidak mempunyai PR yang baik, namun tidak semestinya blog anda tidak boleh mendapat trafik yang tinggi, asalkan anda bijak mempengaruhi enjin carian untuk satu-satu kata kunci - hanya untuk entri tersebut.

Blog mungkin boleh dapat trafik tinggi disebabkan oleh 1,2 atau beberapa entri yang panas dalam blog anda, kerana penggunaan kata kunci khusus untuk entri tersebut - teknik ini dinamakan On Page SEO.

Ia tiada kaitan secara langsung dengan backlinks, tetapi baclinks daripada blog lain boleh menyumbang trafik tetapi bukan untuk penarafan kualiti atau PR - kecuali .... jika blog yang memberikan backlinks tersebut berada dalam niche yang sama.

Harap anda faham dengan penjelasan yang saya berikan ini.

Google Pagerank lebih kepada jangkamasa panjang, berbeza dengan Alexa Ranking yang selalunya untuk jangkamasa pendek. PR bagi sesebuah blog mungkin akan jatuh apabila nisbah jumlah entri dan jumlah backlinks yang ada PR baik adalah terkurang dari nisbah jumlah entri keseluruhan.

Catatan di atas merupakan pemahaman saya menerusi - http://en.wikipedia.org/wiki/PageRank

Mohon maaf kalau ada kesilapan.


18 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. mcm mane kualiti itu dikira? google yg tentukan ke?

    BalasPadam
  2. byk dan antara nye para pembaca.. bile suatu entri tu berkualiti, kmgknn bnyak user internet akan buat sbgai panduan dalam menulis di internet.. contoh.. user forum menulis satu artikel di dalam forum dan meletakkan entri berkualiti tersebut sbgai panduan dan scare tak langsung dapat satu backlink..


    harap bro HH bantu, kot2 ade salah :)

    BalasPadam
  3. Ya, ada algorithma ... seperti dalam wikipedia tu ..

    BalasPadam
  4. Saya ingtkan PR hanya utk blog...rupanya setiap entri pun mempunyai PR tersendiri...Thx for info.
    p/s: Wajah baru...patriotik :)

    BalasPadam
  5. Bagaimana nak masukkan PR & Alexa dalam blog? Saya dah cuba tapi tak boleh.....

    BalasPadam
  6. Perkongsian yg baik...sampai sekarang PR msh 1...Alexa spt biasa turun naik.

    BalasPadam
  7. backlink ni rupanya memang sesuatu yang sangat penting ye..

    BalasPadam
  8. Mmg penting kalau mahu diperkenalkan siapa anda dlm dunia blog

    BalasPadam
  9. Pr mmg susah...kena rajin bina network

    BalasPadam
  10. Apa maksudnya @miki kimi? Widget?

    BalasPadam
  11. Ya... setiap entri dn page ada pr tersendiri.

    BalasPadam
  12. tq tuan atas pencerahan

    BalasPadam
  13. so, lps ni byk2 la bg backlink kat aku yer en boni. ahaks...!

    BalasPadam
  14. teringinnya blog aku ni nak jadi blog PR3 ke atas..udah 5 tahun duk PR2 je..oh..apakah silapku..

    BalasPadam
  15. pun tahu PR ni utk blog scr keseluruhan xtahu pulak entri pun ada hehe..

    BalasPadam
  16. Assalammualaikum...HH,

    Terima kasih sgt atas penerangan yg sangat2 jelas nie...

    mselim3

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement