As-Salam. Ramai blogger baru timbul sana sini. Dan nampaknya, kebanyakkan dari mereka ini adalah blogger dalam kalangan belia remaja, sekitar umur 17-25 tahun. Tak pasti sebab mengapa tetiba ada ramai blogger baru dalam kalangan umur sebegini. Saya tak diamkan diri, cuba berfikir dan mencari sebab dan walla ..... ikuti entri ini sepenuhnya.
Panduan Blogger - Blogger Baru Hanya Mahu Glamour dan Populariti

Blogger Baru Hanya Mahu Glamour dan Populariti

Apa yang saya nampak ialah, kebanyakkan blogger baru dalam lingkungan usia tersebut mahu atau mencari jalan mudah untuk dikenali ramai atau dengan kata lain - gila glamor. Ya, tak main-main punya reka ni, tapi inilah antara yang saya nampak sekarang. Apatah lagi tatkala ini, banyak majalah dok promosi dan pangpangkan wajah blogger dan blog. Dan pula, kebanyakkan majalah-majalah ini mensasarkan golongan sasaran dari kalangan umur yang saya sebutkan tadi.

Serius. Nampak benar remaja Malaysia dahagakan populariti dan mahu dikenali. Yelah, mahu nampak macam superstar, mana tahu rezeki keluar majalah disebabkan blog, pastu ada gambar kiut cun disuakan, akan dapat pula jadi pelakon ke, penyanyi ke .. paling tidak jadi model untuk iklan Vitagen.

Maaf kalau terasa bahasa sedikit kasar. Cuma agak kecewalah sedikit sebab bila buat blog bertujuan sedemikian. Buat blog sebab nak dapatkan pendapatan online .... itu lain cerita, boleh lagi diterima. Tapi .... buat blog sebab nak cari populariti mudah ... aiseh... tolonglah.
Majalah Hijabista Tampilkan Blogger Berhijab Cun

Impian Blogger Baru Mahu Muncul Dalam Majalah Popular

Ramai blogger baru yang ada impian untuk muncul dalam majalah dan akhbar. Saya boleh pastikan tu, sebab saya ada baca dalam sessi jalan-jalan mesra dunia blog Malaysia, saya nampak ianya berlaku. Dan mereka memang menulis mengenai impian tersebut - mahu muncul dalam majalah dan akhbar.

Hasrat Disampaikan Di Mana-Mana

Belum cukup entri sendiri, ada ramai yang meninggalkan komen pada blog-blog yang pernah muncul dalam akhbar dan majalah popular; bertanyakan tips dan petua untuk menjadi pilihan editorial pihak berkenaan.

Pentingkah wajah muncul dalam majalah ni? Lihat blogger terkenal dengan lauk pauk sedap selera, kuih muih wajah jelita dan petua dapur - Mat Gebu menerusi blog DapurTanpaSempadan. Walaupun dapat tawaran muncul dalam video, dalam akhbar, dalam majalah, sedikit pun blogger sedap cubit-cubit ini nak paparkan wajah dia yang kiut tu.
Petua buat blogger baru mahu masuk dalam majalah terkenal

Perkara Penting Untuk Muncul Dalam Majalah

Tak payah tanya pasal petua dan tips untuk muncul di majalah andai blog anda setakat bahan bacaan remeh temeh yang tak datangkan manfaat pada orang lain. Maaf berkata, ada blogger baru sebegini menulis entri seperti menulis nota di pintu jamban. Tolong kasihan sedikit pada pengunjung dan pembaca blog anda. Berikanlah sesuatu yang boleh berikan inspirasi, yang ada isi, yang ada ilmu, yang ada info, yang ada cerita seronok untuk dibaca.

Kalau mahu muncul di majalah dan raih populariti, lihat diri dan blog dulu samada layak atau tidak. Jangan berangan kalau anda tidak usaha untuk mendapatkan apa yang anda ingin dapatkan itu.

Ada faham?

*p.s: Asalnya saya mahu tulis tajuk Blogger Baru Gila Populariti Murahan .. tetapi tak tergamak pula, sebab nak beli majalah yang dok promosi blog tu bukan murah ..... habis juga duit tabung nak beli cendol kat Banting - Titan.



33 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nasihat yg sepatutnya dilihat oleh blogger2 baru dri sudut yg positif..
    nice wrote bro HH..kekadang ramai yg sukar berpijak dibumi yg nyata.hehe

    ReplyDelete
  2. cendol banting baru singgit aje semangkuk. celah mana duit tabung lu leh habis. haha..

    ReplyDelete
  3. hehehe.. amik sebijik... gila glemer la sangat akan. huhu.

    ReplyDelete
  4. macam2 ragam manusia sekarang.. dunia boleh pulak dikejar sungguh2.. akhirat g tinggal kat belakang.. cari redha ALLAH lagi baik....

    ReplyDelete
  5. nice entry.... pedas jugak bagi yg betul2 terkena batang idung tu...gulpp!!


    www.jaakechik.com

    ReplyDelete
  6. Bagi mereka, kejayaan terletak pada nama popular.

    ReplyDelete
  7. blogger baru, blogger lama2, masing ada kelebihan dan kekurangan mereka tersendiri...

    ReplyDelete
  8. banyak nye perempuan kan..hurmm,x dpt dinafikan,wanita di jadikan pelaris...(banyak lagi nak taip,x sampai hati nak tulis)

    ReplyDelete
  9. Perghhh! Dahsyat ni. Tapi memang betul. Saya setuju dengan apa yang bro hasrul katakan.

    ReplyDelete
  10. Saya harap blog saya tak membosankan pembaca.. Huhu~~

    ReplyDelete
  11. sedih bila segelintir perempuan yang tidak sedar mereka hanya dijadikan pelaris :(

    ReplyDelete
  12. wowww mendalam sangat. Serious fenomena sekrg, bukan setakat blog dah, jd cover majalah atau model majalah pun dah ramai. Tkpela mybe tu kebahagian dorg. Hrp tk buat benda tk elok. Kite positif je.

    ReplyDelete
  13. sokong juga blogger muda nih
    membina mereka budaya menulis
    tp kalau semata2 jd blogger sbb nak glemmer x patut la tu :)

    ReplyDelete
  14. Saya sokong apa yg HH cakap tu. Ramai remaja yg suka populariti. Walau apa pun, pilihan ditangan masing-masing. Wallahualam

    ReplyDelete
  15. Huhuhu, if mereka layak then they deserved it. Saya setuju dengan HH. Blogger baru masa sekarang ni terkial-kial mencari populariti sehingga sanggup menciplak hasil karya orang lain untuk dijadikan post sendiri.


    Buat blog ni bukan semata-mata untuk mengejar populariti sahaja. Menulis sesuatu yang lahir dari hati dan penuh informasi adalah perkara yang patut diutamakan. Dan ini mungkin boleh menjadi lombong emas pada masa yang akan datang, hehehe.

    ReplyDelete
  16. It's going to be finish of mine day, except before end I am reading this impressive post to increase my knowledge.

    Here is my blog post; Pure Garcinia Cambogia Extract

    ReplyDelete
  17. Tak jelas matlamat, tu jadi gitu.

    ReplyDelete
  18. Hahaha... tak emo ... saja2 je buat emo, kasik terkesan di hati ... :P

    ReplyDelete
  19. Popular kalau sbb kebaikan tak mengapa.... :)

    ReplyDelete
  20. Betul tu @gnesop ... mereka perlu 'belajar' untuk menulis cerita yang boleh berikan sesuatu kepada diri dan kepada orang lain.

    ReplyDelete
  21. Hmm .. tapi tak patutlah juga, kadangkala dipergunakan oleh pihak lain untuk lariskan majalah mereka - duit tu ...:)

    ReplyDelete
  22. Harapnya tidak .. :) anda pembaca setia di sini, tentu pastinya tidak .. hehhehe

    ReplyDelete
  23. Terima kasih @Nabeel Fikree ... errr tak penah nampak ehh di sini sebelum ni

    ReplyDelete
  24. Tak mengapa, tak nak tulis tak mengapa @nu bailah ...

    ReplyDelete
  25. Ntahnya @Cik Tia kan .. cer bagi peluang kat abam yang gelap ni lak masuk jadi cover ..berani ke idak deme tu

    ReplyDelete
  26. bro, ada ke semalam kat SDBdB13.. tak tau yanGg mana satu la... kalau tak boleh berGambo kan..

    ReplyDelete
  27. kita bukan nak jadi jahat.. sendiri cek trafic depa.. tapi tak de la tinggi mana..
    masuk majalah hanya popularity segera... header cantik cun melecun...
    takkan hasrat berblog nak masuk majalah je kan.. fikir fikirkan lah..

    ReplyDelete
  28. Betul...asalkan jangan sampai makan diri sudahlah

    ReplyDelete
  29. xnak popular sebab xcantik.hahahaha..better banyak ilmu kat dada dari banyak entry copypaste...mohon ada yg terasa.kakakakka~

    ReplyDelete
  30. Alaaa...sis tak leh le masuk majalah kan, brp tadi umur yang diambil masuk majalah..17-20 tahun?? Aduhhh terlewat 25 tahun sis berblog...tak leh nak glamer le ye..Sian sis kan..

    ReplyDelete
  31. heeeeee... ayat yg pedaS tu HH, sib bek teman bukan dalam lingkungan umo yg HH sebut 2.. xdelea rasa sape makan coklat gigi dia kaler coklat.. hik3.. tp betul n setuju dengan pendapat HH tu.. mmg ada segelintir yg macam tu.. tp ada jugak yg buat blog dengan ikhlas hati tanpa mengharapkan apa2..

    ReplyDelete
  32. rilek bro..usah terlalu emo...mereka memang perlukan perhatian...terutama yang belum berkahwin,.saya setuju dengan kenyataan bro..

    ReplyDelete
  33. Ibnuismaini IsmailJune 8, 2013 at 3:49 PM

    Omak, tersentap pulak rasanya walaupun tidak terlibat dan terlintas niat cenggitu. sbb kita bkn gadis, tapi lelaki biasa. wakakak...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement